Chapter 5

60.5K 1.9K 33
                                    

' Welcome back '

Hari ini adalah hari pertama selepas 10 tahun, dia meninggalkan negara kelahiran ayahnya itu

Flashback.

" Come in."

"Abbiamo la notizia che la casa del padre di Tengku in Malesia è stata attaccata." (Kami mendapat berita bahawa rumah ayah Tengku di Malayia di serang). Maklum orang suruhannya.

"Prenota un biglietto per la Malesia ora."(Tempah tiket ke Malaysia sekarang juga.) arahnya kepada orang suruhannya itu.

"Tutto ok."(Baik)

End flashback.

Kepulangan kali ini adalah tidak di rancang dan kerana dia menerima satu berita buruk bahawa rumah ayahnya telah di serang oleh satu kumpulan kongsi gelap.

Keadaan persekitaran banglo Tan Sri Amir bising dengan bunyi ambulan dan bomba.

Bomba memadam api yang merebak dengan laju membakar hangus tanpa sisa banglo mewah itu.

Tengku Mikhail lompat turun dari kereta menuju kearah ayahnya yang di bawa keluar dari rumah sebelum dihalang oleh pengawal peribadinya, Rayyan.

" Sabar Mika kita tak boleh dekat lagi buat masa sekarang. Kita belum tahu situasi sebenar." larang Rayyan.

" Betul tu Mika. Kita tidak boleh bocorkan location kita sebab aku percaya musuh kita sedang memerhati." sampuk Daniel.

Hubungan mereka bertiga berubah dari pengawal peribadi dan majikan kepada kawan baik.

" Ikut ambulan itu dan arahkan budak kita untuk rampas ambulan itu."

" Okay boss." jawab Daniel menghubungi rakan kerjanya yang lain.

Fikirannya saat ini kosong.

Walaupun dia salahkan ayahnya kerana meninggalkan mereka berdua hingga dia dipaksa menjadi orang suruhan bapa saudaranya.

Dia sudah lama memaafkan kesalahan ayahnya itu.

Dia berhasrat pulang ke Malaysia sebaik saja selesai menguruskan kes kematian ibunya dan mengambil alih perniagaan bapa saudaranya.

Semuanya sudah selesai dan dia juga telah menjadi seorang billionaire tetapi kepulangannya di sambut dengan kematian ayahnya.

" Mika budak kita dah berjaya merampas ambulan tu." maklum Rayyan.

" Tapi mereka di kejar oleh dua kenderaan yang tidak dikenali." sambungnya lagi.

" Hapuskan tanpa tinggal sebutir habuk pun." ujarnya mengetap gigi menahan amarah yang membuak didada.

" Your wish is my command boss." kata Rayyan dan Daniel serentak.

Mereka bergegas ke location ambulan yang membawa Tan Sri.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Sudah tiga minggu berlalu selepas kejadian meragut nyawa ayahnya itu, lokasi orang kanan ayahnya masih belum di ketahui.

Mereka telah mencari Hashim seluruh negara tetapi hingga hampir ke jalan buntu tapi dia tetap tidak mengalah.

Dia tetap mengarahkan anak buahnya untuk tetap mencari orang kanan ayahnya itu sampai jumpa, walaupun harus di cari hingga ke lubang cacing.

Knock. Knock.

" Come in."

" Tengku kami dah berjaya mengesan keberadaan Hashim."

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now