Chapter 4

57.5K 1.9K 259
                                    

BALQISH menunggu anak majikannya itu selesai mandi sambil menyediakan pakaian tidur untuk anak majikannya itu.

Ini merupakan tugasnya sebagai seorang pembantu dan merupakan perkhidmatan pertama pada anak majikannya itu.

Tiba-tiba Balqish terlanggar cawan kaca yang berada di hujung meja tidur menyebabkan cawan itu terjatuh dan dia terjerit kecil.

" Ehem..."

Mendengar suara dibelakangnya dia memusingkan badannya dan melihat Tengku Mikhail yang hanya bertuala paras pinggang baru keluar dari bilik air.

Terkejut melihat tubuh majikannya, dia terus mengalihkan pandangannya, walaupun remaja itu muda darinya tubuh badan remaja itu tidak seperti lelaki dewasa.

" Pandang saja sini..."

" Kenapa Tengku panggil saya?. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?." tanya Balqish menundukkan pandangannya.

" Suami you mana?." pertanyaan di balas pertanyaan.

" Suami saya ada di luar Tengku."

" Apa you panggil kain yang ada atas kepala you itu?." tanya Tengku Mikhail.

" Ini tudung Tengku atau boleh di panggil hijap, kenapa ye Tengku?."

" Ohhhh.. So this kain tu memang kena pakai dekat atas kepala saja ke?." tanyanya lagi.

" Ya Tengku. Hijap untuk tutup rambut dan biasanya kalau bukan orang islam mereka menggunakan tudung ni untuk lilit di leher seperti selendang." terang Balqish.

" Ohhhh...."

" So... you rasa yang mana lagi cantik?." tanya Tengku Mikhail menunjukkan dua helai kain tudung berwarna pink belacan dan biru laut kepada Balqish.

Balqish membelek dua helai tudung yang berada di tangan majikannya itu dengan teliti.

Dia berpikir sejenak sebelum memberi jawapan kerana dia bimbang tersalah membuat pilihan.

" Bagi pendapat saya warna pink belacan ini Tengku tapi kalau untuk orang yang berkulit cerah warna biru laut ini pun sesuai juga." terangnya.

Tengku Mikhail menganggukkan kepala mendengar penjelasan Balqish.

" Boleh saya tahu untuk siapa tudung ni Tengku?." tanyanya lagi perlahan kerana bimbang di marah.

" For my mom."

" Ohh kalau untuk puan sri saya rasa warna pink ni lagi sesuai." Tengku Mikhail berpusing kearah pembantu rumah mereka itu bila mendengar ucapan pembantu itu.

" You pernah jumpa my mom ke?."

" Tak pernah... Saya tak pernah jumpa Puan Sri depan-depan tapi saya pernah tengok gambar Puan Sri dalam bilik Tan Sri waktu saya kemas bilik Tan Sri."

" Hmm... Okay lah you boleh keluar I nak tidur."

" Baik Tengku, kalau ada apa-apa nanti Tengku panggil saja saya atau abang Hashim kami ada je dekat dapur." kata Balqish sebelum mengundur diri.

Dia memilih tudung untuk dihadiahkan kepada arwah mamanya bulan depan merupakan hari lahir mamanya.

Mamanya ingin memakai tudung tetapi di tegah oleh bapa saudaranya.

Dia hairan dengan sikap bapa saudaranya itu yang menghalang hasrat mamanya untuk memakai tudung sedangkan tudung hanyalah sehelai kain biasa.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

BALQISH yang baru keluar dari bilik anak majikannya itu terkejut melihat suaminya yang sedang terduduk sambil menangis di tepi pintu bilik itu.

" Abang. Abang ni kenapa? Abang sakit ke?" panggilnya perlahan, Hashim mengangkat muka memandang isterinya.

" Qish..."

" Kenapa abang duduk dekat sini?. Kenapa abang menanggis ni?."

" Qish... Maafkan abang Qish..."

" Ya Allah, dah kenapa abang ni menangis macam budak kecil ni, abang sakit ke?." tanya Balqish lagi hairan sambil mengesat air mata suaminya itu.

Belum sempat Hashim menjawab soalan isterinya itu.

Tengku Mikhail membuka pintu bilik dari dalam dan memandang mereka berdua.

" Kau ingat aku nak tidur dengan isteri kau ke?. Hahahaha. What the... It's just a joke okay." kata Tengku Mikhail.

" Tengku tak ada buat apa-apa pada sayang kan?." tanya Hashim pada isterinya dan memandang kearah majikan mereka itu.

" Abang ni merepek apa, Tengku tu muda dari saya. Saya ni dah tua bangka, tak ada maknanya Tengku tu nak buat benda pelik-pelik dekat saya."

" Mana ada tua... Awak muda dan cantik lagilah, abang ni yang dah tua tak sesuai dengan sayang..."

" Ish merepek je abang ni. Yelah... Yelah tapi saya tua dari Tengku lah abang ni." balas Balqish.

Hairan dia dengan perangai suaminya yang menjadi pelik sejak dua menjak ini.

" Ehem..." dua-dua mereka mengalihkan pandangan kearah Tengku Mikhail.

" Are you guys done? I'm hungry make me something to eat... Please." arah Tengku Mikhail sebelum menambah perkataan tolong pada akhir ayatnya.

" Baik Tengku." balas mereka serentak dan berlari turun ke dapur.

Tersenyum Tengku Mikhail melihat terlatah dua orang suruhan papanya itu.

Dia yakin bahawa papanya akan selamat dan ada yang menjaga papanya walaupun dia tiada.

Tapi senyumannya mati apabila dia terpandang papanya yang dari tadi menjadi pemerhati itu.

Tan Sri Amir tersenyum dengan perangai anak lelakinya itu.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Ketika Tengku Mikhail sedang mengambil angin di belakang banglo milik papanya itu

Dia melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain seorang diri dengan anak patung, dia melangkah kearah kanak-kanak itu.

'Comel budak ni' detik hatinya.

Dia mendekati kanak-kanak perempuan itu.

Amira mengangkat muka dan memandang kearah Tengku Mikhail.

Mata yang bulat berwarna hitam, pipi yang tembam berkemerahan kerana panas matahari dan tangan yang kecik itu sibuk bermain dengan mainannya.

Budak itu menghadiahkan senyuman manis padanya tapi dia membalas dengan menrampas anak patung dari tangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu.

Menangis kanak-kanak perempuan itu bila mainannya di rampas kasar.

Dia berdiri dan cuba mendapatkan semula mainannya itu, dia melompat dan menarik seluar Tengku Mikhail.

Balqish berlari keluar mendengar tangisan anaknya, langkahnya terhenti bila menyedari kehadiran Tengku Mikhail di depan anaknya.

Tengku Mikhail tunduk menyamakan ketinggiannya dengan Amira.

" Hey budak kecik you nak benda ni?." tanyanya.

Amira mengangguk kepala dengan laju sambil mendepakan kedua tangannya cuba mencapai mainannya semula.

" In your dreams." balas Tengku Mikhail dan mencampak mainan itu ke kolam ikan.

Dia berlalu pergi meninggalkan Amira yang terduduk menangis atas rumput itu.

Balqish segera berlari mendapatkan Amira dan cuba menghentikan tangisan anaknya itu, bimbang jika tangisan itu membuat majikannya marah.

Tengku Mikhail berlalu dengan senyuman di bibirnya.

To be continued...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now