Chapter 10

62.9K 1.8K 230
                                    

' you're amazing, Just the way you are.'

AMIRA melambai tangan kanannya kepada Rayyan yang telah menghantarnya sebelum berlari masuk ke dalam sekolah.

Dengan bersemangat Amira melangkah memasuki pintu pagar sekolah.

Akhirnya dia berjaya kembali ke sekolah selepas 3 bulan menjadi pelarian.

" Woiii jalan pandang depan." tegur sekumpulan pelajar perempuan dan salah seorang daripadanya menolak belakang kepala Amira.

Mereka berjalan pergi sambil ketawa meninggalkan Amira yang berjalan dengan kepala menunduk itu.

Dia terlupa yang manusia itu masih wujud di sekolahnya tapi itu semua tidak akan mematahkan semangatnya.

Dia telah berusaha keras mendapatkan kebenaran untuk kembali ke sekolah jadi dia tidak akan menyiakan usahanya itu.

Tekadnya.

" Weh kitaorang dengar bos ayah kau yang dulu kau banggakan sangat tu dah mati. Betul ke?" tanya Jannah.

" Betul ke dia mati terbakar? Sebab tu ke kau ponteng sekolah sampai tiga bulan." tanya Nurul.

Mereka bertiga mengerumuni meja Amira. Farisha meletakkan tangannya pada bahu Amira dari arah belakang, jarinya mencuit pipi Amira.

" Isha makin cantik budak ni." kata Jannah memegang muka Amira.

Amira menolak lembut tangan Jannah yang memegang pipinya.

" Aku dengar ayah kau pun baru mati juga kan. Entah-entah kau yang bakar rumah bos ayah kau." sambungnya lagi.

Muka Amira mula memerah bila mereka mempermainkan arwah ayahnya.

" Budak ni dah jadi bisu agaknya. Eh yang mati tu bapak kau bukan kau. Jadi jawablah bila orang tanya tu." kata Nurul menunjal kepala Amira dengan buku.

" Ish buat habis air liur jelah cakap dengan dia ni." kata Nurul sambil ketawa mengejek.

Kata-katanya itu di sambut dengan ketawa oleh kawan-kawannya yang lain.

" Jomlah bla buang masa je." ajak Nurul.

" I miss you." bisik Farisha pada Amira sebelum mengikut rakan-rakannya balik ke kelas mereka.

Tangan Amira jadi sejuk dengan bisikkan Farisha di itu.

Semua budak kelasnya hanya mampu melihat dari jauh ketika dia di buli, tidak ada seorang pun yang sudi membantunya.

Tapi dia faham semua itu kerana mereka semua tidak mampu berbuat apa dengan pangkat dan pengaruh keluarga Farisha di dalam sekolah itu.

Melihat ramai budak sekolah berkumpul didepan pintu masuk sekolah menarik perhatian Jannah dan Nurul.

Mereka berdua menarik tangan Farisha untuk melihat.

Ada budak perempuan terjerit-jerit sambil melompat melihat kearah Tengku Mikhail yang sedang berpeluk tubuh pada Audi silvernya itu.

" Isha pehhh cunnn wehh kereta dia." kata Jannah sambil jerit kecil.

" Alaa setakat audi. Aku boleh suruh daddy aku belikan lah kalau korang nak naik." balas Farisha angkuh.

" Bukan kereta yang dia maksudkan tapi pemilik kereta tu. Oh My God mengancam jiwa. Oppa..." kata Nurul sambil tersenyum gedik.

Farisha menjulingkan anak matanya dan pergi meninggalkan kawan-kawannya itu.

Dia tidak berminat dengan kedua-duanya benda itu. Minatnya hanya pada satu.

Memikirkan si dia saja sudah membuat dia tersenyum gembira.

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now