Chapter 7

62.2K 2K 227
                                    

Dalam satu tahun sudah dua kali dia memijakkan kakinya ke tanah perkuburan islam itu.

Amira duduk menunduk tidak berani mengangkat wajahnya, dia takut ditenung tajam tiga pasang mata lelaki didepannya itu.

" How long kita nak tenung dia macam tu?" tanya Rayyan mula berasa bosan.

Daniel melepuk belakang kepala Rayyan suruh diam.

Mulut Rayyan memang tidak pernah diam ada sahaja benda nak di pertikaikannya.

" So...Your name is Amira right?" Amira mengangkat mukanya bila mendengar pertanyaan daripada Rayyan itu.

" Ya, saya Amira." balasnya dengan gugup.

" Wow boss, your future wife is so f*king gorgeous." kata Rayyan lagi.

" Shut up buffalo!" tegur Daniel, menarik tangan Rayyan keluar dari rumah bagi memberi ruang pada Amira dan Tengku Mikhail untuk berbicara.

" Ayah kau amanahkan supaya aku jaga kau so satu saja cara supaya aku senang untuk jaga kau... Kita kahwin sebab aku tak nak bawa anak dara orang ke hulu ke hilir tanpa arah." putus Tengku Mikhail.

" Hah?" terkejut dia mendengar kenyataan Tengku Mikhail itu.

" Kau pekak ke?"

" Kahwin? Tapi Mira belum habis sekolah lagi. SPM pun belum lagi." balasnya perlahan.

" Jangan nak banyak bunyi. Siapa nak bayar sekolah kau kalau bukan aku so just do as I say. Understand!?"

Amira mengangguk faham.

" Ouch." Amira memandang tepat ke mata Tengku Mikhail bila tiba-tiba pipinya di cengkam kuat.

" Aku paling tak suka bila aku bercakap orang tak pandang aku. Bila aku tanya jawab dan pandang aku, faham?" tanya Tengku Mikhail sambil mengetap giginya.

" Faham." merah mukanya ini merupakan kali pertama lelaki bukan mahram menyentuhnya.

Puas dengan jawapan Amira, Tengku Mikhail melepaskan pipi gebu itu.

' Lembut gila pipi dia. Aku rasa macam nak gigit.' kata hati Tengku Mikhail dan meninggalkan Amira berdiri kaku di situ.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

RUMAH banglo milik arwah Tan Sri Amir yang dulu sepi kini dipenuhi dengan ramai orang walaupun separuh rumah tu masih dibiarkan dengan kesan terbakar.

Selesai akad nikah dia mengarahkan anak buahnya untuk menjemput semua jiran tetangga dan kenalan arwah papanya.

Mereka membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran di banglo milik arwah papanya itu.

" Congratulations...Tengku."

" Congratulation...Tengku."

Sepanjang berjalan melangkah masuk ke dalam rumah dia tidak henti-henti menerima ucapan tahniah.

BANGGG!!! BANGG!!!

Semua tetamu yang hadir menjerit dan menunduk ketakutan. Ada yang berlari menyorok di belakang dinding dan bawah meja bila mendengar bunyi tembakkan itu.

" Bro, nampaknya ikan dah makan cacing." bisik Rayyan pada Tengku Mikhail sambil senyum sinis.

" Of course, tengoklah siapa yang bagi umpannya." balas Tengku Mikhail riak.

" Eleh next mission aku pula yang akan buat plan." kata Rayyan tidak mahu mengalah sebelum berlari keluar dari belakang kereta untuk melihat keberadaan penyerang mereka.

Book 1:Tengku Adam MikhailOnde as histórias ganham vida. Descobre agora