Chapter 73

30K 891 91
                                    


🌹🌹🌹

MEREKA menyelinap masuk ke dalam bangunan yang kelihatan kosong itu dengan perlahan.

" Aku dah settle. " maklum Shahrul melenggang keluar bersama kembarnya dari bangunan itu.

" Ryan ni budak tu. " kata Amirul dia mengheret kolar baju budak lelaki itu dan mencampakkan dalam bonet kereta.

" Settle dah semuakan. Jom gerak. " ajak Rayyan.

Mereka bergerak balik misi kali ini senang sekali di selesaikan.

Misi mereka pada malam ini tidak di turut serta oleh Tengku Mikhail kerana dia mengambil alih tugas Hazid dan Iskandar untuk menjaga keluarganya.

Tengku Mikhail galak merenung isterinya yang sedang menyusukan puterinya.

" Abang janganlah tenung macam tu. " tegur Amira, naik segan dia bila Tengku Mikhail menenung dadanya seperti itu.

" Sayang makin besar. " Tengku Mikhail meramas perlahan bahagian atas dada Amira.

" Sedap ke princess papa?. " tanya Tengku Mikhail mengusik pipi Tengku Damia.

Sesekali saja dia menarik supaya terlepas dari bibir kecil itu membuatkan puterinya itu merengek.

" Sayang bila nak dapat baby lagi?. "

" Ish abang ni sayang pantang pun tak habis lagi. "

Tengku Mikhail mendekat bibirnya untuk mencium Amira tapi di tolak.

" Tak elok depan anak. " tegur Amira.

" Yelah. Yelah. Bukannya princess faham pun. " sungut Tengku Mikhail, dia kembali mengacau Tengku Damia.

Bunyi bising di luar menarik perhatian Tengku Mikhail dia pantas bangun dari katil dan mengintai dari pintu biliknya.

" Sayang bangun. Duduk sini jangan keluar selagi abang tak panggil. " arah Tengku Mikhail.

Dia suruh Amira berbaring dalam tab mandi ,di baringkan puterinya atas dada Amira dan menyelinap keluar.

Tengku Mikhail tidak menggunakan tangga mahupun lif untuk turun ke bawah melalui tingkap.

Tengku Adam Haizard beradu tenaga dengan dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

Fizikalnya tidak cukup kuat untuk berterusan berlawan dengan dua lelaki yang berbadan tiga kali ganda daripadanya itu.

" PAPA! PAPA!. " jerit Tengku Adam Haizard kuat sebelum mulutnya di tekup dari belakang.

Belum sempat ubat dicucuk pada leher Tengku Adam Haizard dua orang lelaki itu terbaring tidak bernyawa.

Tengku Mikhail membuat isyarat supaya puteranya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Tengku Adam Haizard menunjukkan ke arah dapur bahawa ada 2 orang di dapur.

Dia melangkah perlahan menghampiri ayahnya setelah ayahnya mengisyaratkan supaya mendekat.

" Bawa mama, Jess and baby masuk office papa. Tekan butang merah bawah almari sorok mama dekat situ. Go now. "

Book 1:Tengku Adam MikhailDonde viven las historias. Descúbrelo ahora