Chapter 54

33.6K 991 14
                                    


🌹🌹🌹

"MASUKKAN semua ini dalam bonet. " arah Rayyan.

Dia mendonggakkan kepalanya melihat ke langit.

Jam menunjukkan pukul 6:30 petang tetapi langit sudah kelihatan kelam seperti malam.

RING. RINGG.

"Ciao."

"Ti auguro il meglio."( All the best.)

" Grazie. "(Thank you)

" Let's move. " arah Rayyan memasukkan telefon ke dalam poket seluarnya.

Operasi menyelamatkan Tengku Mikhail di ketuai oleh Rayyan.

Hampir dua minggu mereka membuat  persiapan dan rancangan dengan terliti kerana orang yang mereka akan hadapi agak licik.

Mereka bimbang sekiranya tersilap langkah nyawa ketua mereka menjadi taruhan.

Sepanjang Tengku Mikhail hilang mereka melakukan urusan harian mereka seperti tiada apa yang berlaku.

Mereka ke pejabat seperti biasa, berjual beli senjata api seperti biasa.

Semua itu di lakukan demi mengaburi mata musuh kerana mereka tahu musuh memerhati.

Rayyan dan Adam bertemu dengan rakan kongsi Mike dalam dunia mafianya.

Rakan kongsi Mike Tyson ialah seorang ketua mafia Jerman.

Mereka tidak mahu terlibat dengan dunia mafia tetapi setiap masalah ada penyelesaiannya dan mereka harus bijak mengambil kesempatan.

Mereka semua bergerak ke kereta masing-masing selepas mengangkat tanda tabik pada Rayyan.

' Bertahan Mika aku datang. ' doa Rayyan.

Flashback.

" Kau buat apa dekat sini Mike. " mereka memerhati setiap langkah Mike.

" Aku?. "

" Ya. Kau lah siapa lagi. " balas Amir. Untuk apa tiba-tiba sahaja Mike muncul di hadapan rumah mereka.

Di antara mereka tidak ada seorang pun mahu berurusan atau berkaitan dengan Mike Tyson kecuali Tengku Mikhail.

Mafia muda itu tampak baik di luar tetapi pada hakikat sebenarnya dia seorang yang TERAMATLAH licik terutamanya dalam dunia perjudian.

Setahu mereka Mike sudah pulang ke Italy kerana urusannya di Malayia sudah selesai.

Kenapa lelaki kacukan Italy-malayu itu masih berada di sini?.

" Opss sorry aku ganggu korang. Mika suruh aku pegangkan 'barang' dia so aku datang untuk pulangkan tetapi aku tak tahu nak pulangkan dekat siapa. " kata Mike dengan nada sedih, dramanya.

" Barang apa?. "

Mereka melihat anak buah Mike mengheret 'barang' yang di maksudkan oleh Mike Tyson.

" Addio. "(goodbye) kata Mike dan berlalu pergi di ikuti anak buahnya meninggalkan 'barang-barang' itu di situ.

End flashback.

Amira yang berdiri bersama Jessica di pintu rumah memandang sayu empat buah kereta itu berlalu pergi.

" Mira jom masuk. " ajak Jessica menarik tangan Amira ke dalam rumah.




JESSICA menyandarkan tubuhnya pada kepala katil sambil memeluk bantal ke dadanya.

Ini merupakan kali pertama dia duduk bukan duduk malah baring di atas katil empuk milik Tengku Mikhail.

Kilat menyambung-yambung di luar buat dia berasa takut tinggal sendirian di biliknya.

'You kena balik dengan selamat Adam. ' bisik hati Jessica seperti berbicara dengan suaminya.

" Jess nak makan apa-apa Mira boleh sediakan. " tanya Amira memecah kesunyian bilik itu.

" I tak lapar. Just stay here with me. " balasnya.

Mendengar jawapan Jessica Amira kembali mengalihkan tumpuannya pada Tengku Adam Haizard.

Flashback.

" Macam mana Mira masuk sini?. " tanya Iskandar.

Mereka memandang hairan bagaimana Amira boleh masuk ke bilik bawah tanah itu.

" Mira nak tolong selamatkan abang Mika. " kata Amira tegas.

" You think this is a plaything ?. It's dangerous?. " marah Rayyan.

" Mira tahu apa yang Mira buat. " tegas Amira.

" Kalau kau betul nak tolong. Tolong jaga diri kau and Haizard. Kau nak aku kecewakan Dani untuk kali kedua ke kalau jadi apa-apa dekat kau?." tanya Rayyan suaranya mula mengendur.

" Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau, Mira. So please jaga diri kau. "

" Betul tu. Apa kami nak jawab dekat bos kalau jadi apa-apa dekat Mira. " pujuk Amir pula.

" Janji dengan Mira yang korang akan bawa balik abang Mika tak kira apa pun. "

" Kami janji. " tekat mereka semua.

End flashback.

Amira menghayun buaian untuk menidurkan anaknya dengan perlahan.

" Sayang, Uncles akan bawa papa balik. Mama tak sabar nak jumpa papa. Kita doakan papa selamat ya sayang. " kata Amira pada anaknya.





TENGKU Mikhail batuk keluar darah apabila perutnya di tumbuk bertubi-tubi tanpa henti.

Dia mengangkat mukanya memandang Dato' Najib.

Senyum sinis di hadiahkan kepada Dato' Najib yang memandangnya.

" Stop!. " anak buah Dato' Najib menghentikan kerja mereka.

" Mikhail. Mikhail. Kau memang anak Tan Sri Amir. Hahahaha. " dia mengelengkan kepalanya sambil ketawa.

" Like father like son. Tapi jangan risau aku tak akan bunuh kau macam aku bunuh bapak and mak kau yang cantik tu. "

Tengku Mikhail mengetap kuat giginya dan merenung tajam muka Dato' Najib.

Jika sekarang dia tidak terikat kejap di kerusi sudah hancur muka tua itu di kerjakan.

" Kalau Julia pilih aku, sekarang mesti dia masih hidup dan bahagia. Tapi mak kau tu bodoh!! dia pilih Amir si miskin tu daripada aku. " luah Dato' Najib sambil ketawa kecil.

" Aku boleh bagi dia apa sahaja tapi Amir miskin tu juga pilihan dia!. TAK GUNA!!!."

Dato' Najib menendang kerusi dengan penuh amarah sehingga terpelanting.

" Start it again. " arahnya dan berlalu keluar.

Dia ketawa kuat mendengar jeritan kesakitan dan jeritan Tengku Mikhail memakinya.

To be continues...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now