Chapter 6

59.7K 2K 94
                                    

' Life is short'


SUDAH seminggu mereka tiba di Malayia dan Hashim telah berjaya menghubungi anak buah Tengku Mikhail dengan bantuan daripada Usopp.

Ketika dia sedang berjalan pulang ke rumah dia melihat dua buah kenderaan dihadapan rumahnya.

Hashim segera berlari ke dalam semak tetapi keberadaannya disedari oleh salah seorang anak buah musuhnya itu.

Mereka mengejarnya.

Hashim membiarkan dirinya ditangkap kerana dia melihat salah seorang daripada pemuda itu melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Dia bimbang akan keselamatan anak perempuannya.

Amira menyembunyikan tubuh kecil di bawah katil.

Seluruh tubuhnya mengeletar ketakutan. Kedengaran bunyi bising di luar membuatkan badannya bertambah menggigil.

' Ya Allah selamatkan aku.' Doanya.

" Cari dia sampai dapat."

" Baik Boss."

Amira mendengar suara derapan kaki semakin menghampiri tempat persembunyiannya.

" Boss... Bosss."

" APA!!! Buat kerja kalau tak panggil aku tak boleh ke hah!. Ish kerja nak panggil aku saja. Tak boleh harap." bebelnya.

" Kami dah dapat tangkap Hashim Boss."

" Bagus!!!. Bawa dia balik ke markas aku tahu nak buat apa dengan dia, berani dia main sorok-sorok dengan aku, siap dia aku kerjakan."

" Baik Boss!!."

Amira mendengar semua perbicaraan orang tersebut.

Jantungnya bagaikan mahu berhenti berdegup.

' Ya Allah, selamatkan ayah.' Doanya lagi.

Keadaan kembali sunyi dia yakin orang itu semua sudah pergi.

Dia menghela nafas lega tetapi masih tidak keluar dari tempat persembunyiannya itu kerana pesan ayahnya.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.


TENGKU MIKHAIL dan anak buahnya tiba di lokasi yang di maklumkan oleh pemberi maklumat.

Tanpa berlengah dia mengarahkan semua anak buahnya untuk mengepung gudang itu.

" Baik kau bagitahu saja di mana kau sorok benda itu."

" Aku tak tahu!. Benda apa yang korang cari pun aku tak tahu." balas Hashim.

" Kau ni banyak alasan betullah! Kau nak mampus ke bodoh!!!. Kau tak sayang nyawa kau ke hah!." marah lelaki itu lagi sambil menyepak perut Hashim.

" Macam mana ni boss, nampaknya kita siksalah dia macam mana pun dia still tak nak buka mulut." kata lelaki itu kepada ketuanya.

" Kau buatlah sampai dia buka mulut dia. Apa yang susahnya, ish semua benda nak tanya aku."

" Orang tua tu dah mampus! kau tak payah nak acah jadi pengikut sangatlah bodoh. Kau pikirkan nyawa kau yang ada pada aku sekarang ni." ujarnya sambil menarik rambut Hashim supaya mendongak memandangnya.

Anak buah Tengku Mikhail yang sudah mengambil tempat masing-masing hanya menunggu arahan untuk bertindak.

" Mic Testing... Mic Testing 1 2 3. Testing 1 2 3." ulang Tengku Mikhail menggunakan pembesar suara.

Mendengar suara dari luar membuatkan mereka yang berada di dalam gudang itu menjadi panik dan mula meliar mencari dari mana datangnya suara itu.

" Sorry for disturbing your night sir, may I know if there someone name Abdul Hashim here?. Please step out." Rayyan ketawa berdekah-dekah dengan kata-kata Tengku Mikhail itu.

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now