"Good job Eya, dia ingat dia kahwin dengan anak Datuk Mus, dia boleh bahagia. Dia salah. It's so funny that turned out we were their ex." Ujar Syahir sambil ketawa lucu. Elya di sebelah dipandang.

"Kan Syah. But somehow it'll make things easier." Balas Elya.

"How was Ed? Was he good?" Tanya Syahir penasaran seraya memaparkan senyjm senget.

Dahi Elya berkerut. "What?" Tanya Elya semula.

Syahir senyum sinis kemudiannya. "Come on Eya, you don't need to play innocent with me. In bed of course." Jawab Syahir selamba.

Soalan Syahir dibalas dengan rengusan Elya. "Ed in bed?" Balasnya mengulang semula soalan Syahir sebelum ketawa panjang.

"You know what, Ed tu nampak je metroseksual, tapi first base jelah paling jauh kami pernah pergi. Itu pun pegang tangan je. Nothing more than that. Boring right? But that's what makes me wanna treasure him more."

Syahir hampir terlopong. "Seriously?" Badan Elya ditilik atas bawah. "You're hot, girl." Ujarnya dengan nada tidak percaya. "Wait.. So meaning that, the baby wasn't his?" Soal Syahir sambil menjongket kening.

Syahir setia untuk mendengar jawapan Elya.

Pantas Elya mengeleng. "There's nothing about me and him to start with. Dah setahun lebih kitorang clash. Eya saja guna cerita tu untuk provok Mikayla dan buat dia hilang arah."

"You're crazy Eya."

Deringan loceng mengganggu perbualan Elya dan Syahir. Elya mengerling jam di dinding. Pukul 10.30 pagi. Dengan malas dia bangun dan berlalu menghampiri pintu memandangkan orang gaji mereka keluar ke pasar.

"Siapalah yang pagi-pagi dah datang rumah orang ni." Omelnya sebelum membuka pintu.

Wajah Elya bagaikan hilang darah apabila melihat Muiz dan Ian sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya.

Dia memaksa senyum di bibir. "Eh.. Ed.. Y.. You buat apa datang rumah I pagi-pagi ni?" Soal Elya berbasa basi. Riak tegang Muiz dipandang sekilas.

"Just cut the crap Elya. Sekarang you nak mengaku ke tak?"

Elya tayang muka keliru meski hatinya sudah berbolak balik. "Mengaku apa ni Ed?"

"Mengaku jelah kau yang buat Kay gugur. Kalau kau tak tolak dia, dia takkan gugur." Sampuk Ian yang mulai bengang.

Muiz sudah mengetap giginya. "Elya, bukti semua dah ada, it's either you pergi serah diri atau tunggu polis datang tangkap you. There's nothing in between." Ujarnya tegas memberikan amaran.

Elya sudah kecut perut dengan dakwaan Muiz.

"Ed. Are you kidding me? Bukti apa maksud you?" Soalnya masih berlagak tidak tahu apa-apa.

Muiz menekan send skan mesej yang sudah tersedia sedari tadi.

"You check lah telefon you." Ujar Muiz.

Baru sahaja Elya mahu melangkah masuk ke dalam rumah, Syahir sudah muncul dengan telefon Elya di tangan.

"Eya, Ed nak apa tiba-tib hantar video dekat Eya?" Tanya Syahir yang kemudiannya terkejut memandang Muiz di muka pintux

Kemunculan Syahir di balik pintu bukan sahaja mengejutkan Muiz namun juga Ian. Keduanya bagaikan terkelu sebaik melihat Syahir berada di rumah Elya.

"It all makes sense now." Ujar Muiz sambil memandang Elya dan Syahir tajam. Perasaan marah Muiz semakin menggila. Hatinya benar-benar sakit dengan apa yang dilakukan oleh mereka kepada Mikayla.

"Syahir, aku dah lama pendam marah aku dengan kau. Kau ingat aku tak tahu ke kau dengan Izzy tu ada skandal? Selama ni aku pejam mata je since kau dengan Izzy tak kacau kami. Tapi aku salah. She's a part of you guys. Kau ingat aku tak tahu ke semalam Izzy gigih hantar gambar aku masuk night club tu. Untuk apa? buat Kay lagi curiga?" Bebel Muiz panjang. Syahir dipandang tajam. Dia benar-benar benci melihat wajah itu.

Mikayla boleh tertekan disebabkan oleh sekeping gambar yang dihantar Izzy. Isterinya malah meminta cerai dari Muiz hanya kerana gambar yang dihantar oleh Izzy. Bagi Muiz, mereka sengaja mahu mempermainkan perasaan Mikayla yang baru sahaja keguguran.

"Aku dengan Kay ada buat salah dengan korang semua ke sampai kami tak boleh nak bahagia?!" Muiz mulai bersuara kuat dan ada getar di dalam suaranya. Marah Muiz tidak mampu ditahan lagi.

"Sebabnya aku tak dapat rasa Mikayla sebelum kau!" Jawab Syahir dengan memprovok Muiz.

"Sial!" Bentak Muiz sebelum berlari masuk ke dalam rumah Elya.

Grill yang sedia terbuka memudahkan Muiz untuk masuk ke dalam. Sekelip mata sahaja Syahir segera ditarik kuat dan badannya ditolak ke dinding dengan agak kuat. Belum sempat Syahir membetulkan duduk, dia menerima satu tumbukan padu di pipi. Rahangnya terasa kebas kerana tumbukan Muiz. Perutnya disepak dengan menggunakan kepala lutut dan Syahir kini menyeringai kesakitan.

Elya mulai menikus di tepi pintu. Dia terkejut melihat sisi bengis Muiz. Lelaki yang selama ini cuma berlembut dan tidak kisah sudah berubah sepenuhnya.

Syahir ingin membalas tumbukan Muiz namun Muiz lebih pantas mengelak malah dia berterusan menyerang Syahir secara bertubi-tubi.

Suara erangan kesakitan Syahir bergema di dalam apartment Elya kerana setiap tumbukan mengenai target dengan tepat. Dia tidak mampu melawan Muiz yang sudah naik gila. Hanya sekali dua balasannya mengena.

"Aku takkan bagi kau peluang balas balik lah jantan sial! Sama macam Kay, dia tak boleh nak buat apa pun masa Elya tak guna ni tumbuk dia." Ujar Muiz seraya melepaskan geramnya buat Syahir.

"Muiz, dah lah. Karang mati tak dapat pula kita tengok dia masuk penjara. Silap haribulan kau pula yang masuk dalam." Ujar Ian yang sedari tadi memerhati. Syahir yang separa lunyai dipandang dengan rasa kesian. Muiz benar-benar naik hantu.

Pujukan Ian berhasil apabila Muiz akhirnya berhenti menyerang Syahir.

"Simpan sikitlah untuk kau terus hidup." Ujar Muiz sinis kepada Syahir. "Ingatkan power sebab mampu takluki ramai perempuan, heh lembik rupanya." Mui ketawa dengan ayatnya sendiri.

"Anyway, for you Elya. I takkan buatkan diri I jadi dayus semata-mata sebab pukul you walaupun I rasa nak sangat cekik you sampai mati. But still you perempuan paling tak guna I pernah kenal."

Telefon di tangan Elya disambar dan dilempar kuat ke dinding. Membuatkan telefon Elya pecah berderai. Sama seperti hati Elya yang kini hancur melihat telefonnya dibaling oleh Muiz.

"You can record all you want, but I won't let it go anywhere. You rakam I tumbuk Syahir untuk apa? Nak viral? Nak ugut I nanti? Nak tunjuk dekat Kay? Don't make it too obvious then for next time."

Ian ada memberinya isyarat tentang Elya sewaktu Muiz sedang menumbuk Syahir namun Muiz membuat isyarat semula untuk membiarkan sahaja.

"That's was all for my wife and baby. Apa yang korang dua buat lagi teruk dari ni sebab korang dah bunuh dua nyawa dan aku takkan maafkan sampai bila-bila. Kay tak salah, baby aku pun tak berdosa. Kalian yang hati busuk." Ujar Muiz sebelum berlalu keluar dari rumah Elya.

🌸🌸🌸
Moday blues ke tu? Hee. Another chapter untuk korang. Terkejut tak baca plot twist yg Syahir ni sedara Elya? 🙋🏻‍♀️
Thanks for reading. Ok next chapter baru ada part Muiz dengan Kay. Kita settle satu-satu okey. Sebab I taknak lah kes Elya tu tergantung je.
So macam biasa, dah baca jangan lupa vote n comment ok 😘😘😘

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now