Badan Mikayla ditolak ke dinding dan dirinya kini dikepung dengan tangan Muiz. Muiz langsung tidak lepas memandangnya tajam. Mikayla mulai merasa seriau namun rasa kecewanya terhadap Muiz masih menggunung.

Tubuh Muiz ditolak sedikit namun tenaga Mikayla langsung tidak mampu membuatkan Muiz berganjak malah suaminya semakin mendekatkan jarak antara mereka. Mikayla semakin terkepung.

"Tepilah."

"No." Jawab Muiz tegas.

Mikayla menolak badan Muiz sekuat mungkin dan dia terdorong ke belakang sedikit. Baru sahaja hendak melarikan diri, tangan Mikayla sudah direntap kuat oleh Muiz. Sedar-sedar sahaja badan Mikayla sudah berada di dalam pelukan Muiz.

"B lepaslah." Rayu Mikayla sambil tangannya menolak badan Muiz.

"You are not going anywhere." Ujar Muiz tegas dengan gigi yang diketap. "Now listen to me." Ujarnya sambil menolak dagu Mikayla dengan tangan kanan untuk memandangnya.

Mikayla memejamkan mata serapat mungkin.

"Sayang, look at me." Arah Muiz.

"Taknak. B buat I takut." Balas Mikayla jujur. Berhadapan dengan Muiz yang serius mendebarkannya.

Muiz tersentap dengan jawapan yang diberikan oleh Mikayla. Segera dia beristighfar di dalam hati dengan apa yang dilakukan kepada Mikayla. Pelukan dileraikan sedikit dan tangan kanannya mengelus pipi Mikayla.

Sedar akan pelukan yang semakin longgar dan cuma sebelah tangan sahaja yang merangkulnya, Mikayla menolak badan Muiz sekuat hati sehingga pelukan tersebut terlerai dan dia segera melarikan diri ke bilik lamanya dan pintu bilik dikunci.

Muiz yang terhenti di balik pintu mengeluh berat. Tangannya mengetuk pintu bilik.

"Sayang. Bukalah. We need to talk." Pujuknya dari luar.

"I taknak.. I taknak tengok muka b, I taknak dengar suara b, I taknak fikir pasal kita, I taknak apa-apa!" Laung Mikayla dari dalam bilik.

Muiz terkelu dengan balasan isterinya dari dalam bilik. Namun cepat-cepat dia memujuk hati sendiri  untuk lebih bersabar dan memahami. 'Perempuan kalau masa emosi mana fikir panjang dah. Main cakap je semua tak pakai akal.'

"Please? B minta maaf sebab terkasar tadi. B tak sengaja. B cuma nak sayang dengar je dulu." Ujarnya setelah sedikit tenang dan memilih untuk tidak menghiraukan ayat Mikayla.

Tiada respons dari dalam bilik.

"Tadi phone b takde bateri sebab b bangun lambat, malam semalam b tidur lewat. Sayang pun tahu kan? Sampai lecture hall baru ingat lupa bawa powerbank. So b minta Alice tolong caskan. Tu je. Demi Allah sayang, b tak tipu pun." Jelas Muiz akan hal sebenar dengan bersungguh-sungguh dari luar bilik.

"Habis tu dia nak datang rumah ni buat apa?" Tanya Mikayla lantang sebaik pintu bilik dibuka kasar.

Tanpa berlengah, Muiz meloloskan diri untuk masuk sebelum ditutup semula oleh Mikayla.

"B tak tahu. Demi Allah b tak pernah bawa balik perempuan rumah ni. Hmm kalau ada pun sekali and sorang je sebelum ni."

Mikayla ketawa sinis. "See? Ada juga kan."

Muiz memandang Mikayla tajam. "It was you. The one and only." Jawabnya mendatar. "Sayang, we really need to talk." Ujar Muiz sekali lagi.

Mikayla menyilang tangan ke dada. "No. I dah cakap kan I taknak semua benda yang ada kaitan dengan b. I need some space." Balas Mikayla turut bertegas. Kedua tangannya diangkat tanda menghalang Muiz dari terus mendekati.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now