DARK AREA (WEST)

208 25 0
                                    

  Matahari memancar pada pagi ini menyedarkan dua orang jejaka yang sedang nyeyak tidur di bawah pohon. "Huragh!!!" kedengaran seseorang menguap . "Amboi buruk perangai" sapa Jihoon yang perlahan lahan bangun menuju ke tepi sungai . Dia menadah air lalu membasuh wajahnya. Sung woon turut melakukan hal yang sama.
.......

"Jauh lagi ke perjalanan kita?"Soal Sungwoon sambil mengemas barangan mereka dan di masuk kan kedalam beg sandang itu. "Mengikut peta ni.. Tidak lah berapa jauh" balas Jihoon. "Kenapa semua ni hutan  eh? Kristal tu ada dalam hutan ni ke?"soal Sungwoon seraya menunggang kuda nya. "Aku pun tak tahu lah.. Mungkin" ucap Jihoon "Jom lah.. Kita kena cepat" ucap Sungwoon. Jihoon mengangguk seraya bergerak dengan kuda nya terlebih dahulu kehadapan.

Istana (Sword Kingdom)
Wilayah Cahaya

"Jadi mereka dah pergi jalan kan misi untuk mencari FOUR CRYSTAl OF MAGIC FOUNTAIN tu?"soal Jisung tidak percaya.Dia, daehwi dan Minhyun baru sahaja sedar semalam. Hari ini mereka di khabarkan dengan berita tersebut oleh white witch "Cukup ke persiapan mereka.. Misi ni lebih sukar"ujar Minhyun bimbang "Bertenang lah.. Mereka adalah kesatria yang memegang the element sword.. Mustahil mereka tak mampu untuk lakukan..saya percaya kan mereka" ucap White witch yakin "Kalau boleh saya tak mahu lah mereka tercedera atau...terkorban" ucap Jisung pula "jika ada yang terkorban itu di nama kan takdir mereka" ucap White witch . "Saya percaya mereka akan pulang dengan selamat" Yakin Daehwi menuturkan.

.........

Jihoon dan Sungwoon masing berlegar di seketikar kawasan itu. "Ikutkan .. Ini lah tempat nye" ucap Jihoon "Tapi dah dekat 20 minit kita cuba geledah kawasan ni.. Tak ada apa apa pun" keluh sungwoon

wahai anak muda...
Nak kemana....
Apa yang di cari...

Mendengarkan itu Jihoon dan Sungwoon terus menoleh.

Kelihatan seorang nenek tua dengan tongkat nya . Rambut panjang beruban menutupi separuh wajah di hadapan dengan baju lusuh. Sungwoon memegang erat lengan Jihoon. Jihoon pula dengan riak tenang dan damai.

"Oh nek, kenapa jalan seorang diri dalam hutan ni..nek nak kemana?"Soal Jihoon ramah sambil tersenyum. Sungwoon berbisik "Woi.. Kau ni entah dia ni manusia ke tidak ke.. Kau main nak buat baik je.. Tengoklah keadaan kita dekat hutan belantara ni" tegas Sungwoon. "Hiss kau ni x baik lah"balas Jihoon sambil mengulam senyuman kepada wanita tua itu. Dia melepaskan pegangan tangan sungwoon. Lalu mendekati nenek tersebut. Sungwoon dia hanya terpaku.

"Rumah nenek berdekatan aje dekat sini, nenek keluar nak cari makanan tapi tak jumpa" keluh wanita itu. "Lah ye ke?"soal Sungwoon. "Nenek tinggal dengan siapa mana keluarga?"sambung sungwoon luluh juga hati dia mendengar keluhan wanita tua itu. Teringat pula atok nya dirumah. "Mereka.. Semua telah pergi" ucap Nenek itu. "Em..macam ni lah nek" Jihoon menyelongkar beg galas nya. Dia mengambil sebuku roti dan sebotol minuman "Ini je yang saya mampu beri.. Nenek makan lah" hulur Jihoon. Nenek mengambil nya dengan perlahan "Terima kasih orang muda." ucap nya. "Sama sama nek" Jihoon tersenyum manis. Nenek itu menapak perlahan untuk pergi "Er..nek , kami boleh hantar kan.." kata kata Jihoon terpintas apabila mendengar serangkap syair dari wanita itu yang mula berjalanan menjauhi mereka berdua.

Ia bersinar didalam rumah....
Rumah terletak di dalam pohon...
Pohonnya pula yang kecil sekali...
Antara semua..
Hendak disiram dan dibaja...
Sehari semalam ia tumbuh...
Menjadi terbesar melangkau Semua..

Berkerut dahi Jihoon dan sungwoon mendengar baris syair yang langsung tidak di fahami.

Kabus berarak secara tiba tiba menutup pandangan mata Jihoon dan sungwoon terhadap nenek tersebut. "Nenek..apa maksud syair tu? Kenapa nenek baca syair tu kepada kami? Saya tak faham?"Soal Sungwoon bertubi. Kabus mula menghilang bersama menghilang nya wanita tua yang misteri itu. "Sungwoon" jihoon menunjuk kan peta di tangan nya. Peta tersebut terpadam dan perlahan lahan membentuk tulisan syair tadi.

Sungwoon meraba belakang tengkuk nya yang meremang "Si...siapa...ne..nenek tadi tu?"soal nya tergetar. Jihoon memandang sekeliling dan dia mengeleng tidak tahu.

Terdapat tulisan di atas Syair tersebut.

Fine a key from the poem
You will know it

Tahniah wahai orang muda .. Anda berjaya elakan kematian dan lulus ujian...

{✔️} SWORD (WANNA ONE)Where stories live. Discover now