"So kalau you masalah I? I guess takpe kan?"

Mikayla mengangguk.

"Then stop questioning me." Marah Muiz sambil memberikan kata putus. Mikayla di hadapannya dijeling tajam.

"Look. Kalau I buat salah, b patut tegur atau nasihat ke apa so that I sedar apa yang I buat tu salah dan takkan ulangi lagi lepas ni. Tapi kalau b main tarik tali macam ni macam mana I nak tahu apa salah I?" Balas Mikayla dengan suara yang bergetar. Dia makin terasa dengan Muiz.

Muiz ketawa kecil. "Jadi keluar tak bagitahu dan keluar dengan lelaki lain tak salah la di mata you?" Dia menuturkan soalan cepumas tersebut buat Mikayla.

"Bila pula I keluar dengan lelaki lain.. Ohh. B ada datang butik ke?" Soal Mikayla seakan tidak percaya. Baru dia teringat tengah hari tadi dia makan tengah hari bersama Datin Mira dan anaknya.

Separuh hati Mikayla merasa bersalah dengan Muiz kerana suaminya tidak makan tengah hari kerananya.

Soalan Mikayla tidak dijawab oleh Muiz.

"Sorry. I tak tahu." Tangan kanan Muiz dicapai dan dikucup namun sebaik kucupan tersebut selesai Muiz segera menarik tangannya dari genggaman Mikayla.

"I tengah main game kan." Marahnya bernada menyindir.

"B." Panggil Mikayla untuk mendapatkan perhatian Muiz.

Tiada respons dari Muiz.

Tangan Mikayla memegang lengan Muiz dan digoncangkan sedikit. "B.." Sekali lagi dia memanggil dengan suara yang dileretkan.

Kali ini hanya rengusan Muiz yang didengari. Masih tiada jawapan.

Telefon dikeluarkan dari dalam poket seluar. Nombor Mia dihubungi. Dia tahu hanya itu yang dapat meyakinkan Muiz.

"Hello kakak." Sapa Mikayla sebaik panggilannya dijawab. Telefon sengaja ditukar kepada loudspeaker untuk didengari oleh Muiz.

Muiz di sebelah terkejut dengan tindakan Mikayla. Dia memasang telinga untuk mendengar perbualan isterinya itu.

"Ya Kay, ada apa call?"

"Hmm kakak tengah buat apa? Busy ke?" Soal Mikayla. Karang tak kena masa pula dia telefon memandangkan sudah pukul 10.30 malam.

"Tak buat apa pun. Tengah tunggu Abang Hez tidurkan Hezfan je. So I'm free to talk now." Balas Mia di hujung talian.

Mikayla menghela nafas lega. "Macam mana Kay nak cakap eh. Hmm. Kakak boleh bagitahu Muiz tak yang tadi Kay memang lunch dengan Datin Mira tak sebab dia dah salah faham sekarang ni." Jelas Mikayla tanpa berselindung lagi.

Mia ketawa halus sebaik mendengar kenyataan Mikayla. "Pass phone dekat dia boleh?" Pinta Mia dan Mikayla tanpa berlengah menghulurkan telefon kepada Muiz.

Telefon bertukar tangan dan Muiz ke balkoni untuk berbual dengan Mia. Mikayla hanya diam di atas katil dan menginrai dari dalam bilik gerak-geri suaminya itu.

Muiz kembali setelah beberapa minit berbual dengan kakaknya. Telefon dihulurkan kepada Mikayla sebelum dia kembali berbaring di atas katil.

"Walaupun b taknak dengar, I nak cakap juga. I sedar silap I ikut diorang lunch tu tanpa bagitahu b. I minta maaf. Tapi I tak makan dengan lelaki tu je. Mak dia ada sekali cuma mungkin masa b nampak tu kami baru masuk kut. Mak dia on the phone dekat luar so sebab tu dia masuk lambat sikit. B patutnya call I so that salah faham ni tak jadi dan kita boleh makan sama." Jelas Mikayla panjang lebar.

"I know." Balas Muiz pendek sebelum memeluk Mikayla yang sedang duduk. Rambut Mikayla diusap perlahan. "And I'm sorry too." Sambungnya.

Mikayla terpinga-pinga dengan sikap Muiz dan sedar-sedar pelukan sudah dileraikan.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now