"Kita bincang dekat dalam lah. Macam tak sesuai dekat sini. Lagipun I tak solat lagi." Balas Mikayla sambil memandang Muiz. Wajahnya mempamerkan riak berharap.

Jam di tangan kiri Muiz pandang sekilas. Sudah pukul empat lebih maka dia mengangguk. "Okey."

Mereka berdua bangun dan masuk ke dalam rumah. Hati Mikayla berdebar-debar apabila memikirkan bahawa dia akan berdua di dalam bilik bersama Muiz.

'Alahai bodohnya aku juga yang ajak dia masuk dalam tadi.' Bebel Mikayla kepada dirinya.

"Kita solat dulu lah lepas tu you cerita." Ujar Muiz setelah duduk di birai katil. Dia masih teragak-agak untuk menukar baju melayunya. Karang tukar depan Mikayla dia cop sengaja pula.

"You masuk dululah Muiz." Suruh Mikayla memandangkan dia memerlukan masa yang lama untuk membuka veil, tudung serta bajunya itu.

"Sure?" Soal Muiz.

Mikayla mengangguk laju. "I takut you tunggu lama nanti. Lagipun I nak buka ni semua dulu. Sempatlah you mandi dulu."

"I see." Jawab Muiz sambil melirikkan pandangannya kepada Mikayla. "You tak nak I tolong?"

"Tolong ap.. Apa?" Soal Mikayla semua dengan tergagap-gagap. Muiz pandang dia macam tu. Sah ada agenda lain!

"Tolong you buka veil, tudung dan baju laa." Jawab Muiz sambil tersengih.

Cis.

"Thanks but no thanks." Balas Mikayla sambil menolak dada Muiz sedikit.

"I nak tolong je pun. You rasa ada orang lain ke yang boleh tolong you sekarang ni?" Provok Muiz pula. Dia tahu bahawa agak leceh untuk membuat jarum-jarum yang dipinkan di veil dan tudung.

Mikayla mengetap bibir sebelum menjawab. Dia mahu keluar dari bilik dan menyuruh Maria namun risau sekiranya tetamu terlihatkan dirinya nanti.

"Ya lah. Tapi veil dan tudung je. Janji?" Ujarnya tidak yakin dengan Muiz.

Muiz ketawa dengan balasan Mikayla. "Risau sangat. I suami you kut. Dah sah dah pun." Cakap Muiz sambil kenyit mata. Tangannya mulai mencabut jarum peniti yang disematkan.

"Ok dah. I masuk dulu tpai jangan segan untuk minta tolong lepas ni. In case you susah nak buka dress you ni." Pesan Muiz dengan senyuman lebar sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air.

"Hish pervert!" Omel Mikayla seraya mencuba menarik zip belakang bajunya namun agak susah.

Dia mendapat satu idea maka telefon segera di ambil dan mesej buat maria segera dihantar.

Mikayla:
Ya masuk bilik Kay jap.

Dia menunggu beberapa ketika sambil membelek mesej-mesej yang lain. Ada beberapa sedara dekat yang mengucapkan tahniah buatnya dan Mikayla membalas mesej tersebut.

Maria:
Taknak lah Kay. Ada apa sebenarnya? Abang Muiz kan ada dalam bilik. Seganlah.

Balas Maria beberapa ketika kemudian.

Mikayla:
Masuk jelah. Nak minta tolong bukakan zip baju ni.

Maria:
Laa apa masalah suruh jelah hubby tu bukakan. Mana tahu on terus. Cepat sikit ibu ayah dapat cucu 😝😎

"Allahu." Mikayla tepuk dahi. Adiknya bukan setakat tidak mahu membantu malah melencong ke tempat yang tidak sepatutnya pula.

Mikayla:
Sebab seganlah Kay minta tolong Ya ni. Senget. Eh budak otak tu jangan kuning sangat boleh tak?

Maria:
Kuning apa nya nampak love love love je ni. Apa nak segan. He's your husband anyway.

Mesej Maria dibiarkan tidak berbalas. Mikayla mulai menarik muncung kerana tiada siapa yang mahu membantunya.

Muiz keluar dari dalam bilik air dengan hanya memakai tuala menutupi pinggang sehingga lutut.

Melihatkan keadaan Muiz, Mikayla segera menutup mata. Segan!

"Apa ni you main keluar macam tu je. Lupa ke I ada dalam bilik ni?" Marah Mikayla bagi menyembunyikan rasa segannya.

Muiz garu kepala. "Apa yang salah? Takkan you nak I keluar berkemban pula? Itu you kejap lagilah kut." Balas Muiz dengan tidak memahami maksud Mikayla.

Mikayla memalingkan wajah ke sebelah kiri. Tidak mahu memandang Muiz. Wajahnya yang kemerahan diperhatikan Muiz.

"Okey faham." Ujar Muiz seraya memgambil dan menyauk t-shirt kelabu dari dalam bagasinya. "Alah I bukan keluar naked pun I pakai tuala kut." Omel Muiz tidak puas hati.

"I dah pakai baju ni so you boleh pandang sini."

Mikayla memalingkan wajah lambat-lambat dan menghadiahkan jelingan buat Muiz. Masalahnya dia tidak biasa. Muiz apa tahu.

"You kenapa pakai baju ni lagi? Cepat Kay, dah nak asar ni." Ujar Muiz.

Mikayla diam tidak menjawab.

"Kay? I tanya kan?" Soalnya lagi dan kini dia sudah menukar tuala kepada kain pelikat. Bersedia untuk solat zuhur. Awalnya dia mahu berjemaah dengan Mikayla namun memandangkan Mikayla mungkin lambat lagi siap maka lebih baik dia solat terlebih dahulu. Karang dua-dua terbabas.

Mikayla masih diam. Wajahnya kembali dipalingkan dari Muiz.

"You tahu tak once I dah selesai akad nikah depan tok kadi tadi dosa you I yang tanggung tau." Muiz mulai membebel kepada Mikayla yang diam tak berkutik.

"Baju I susah nak buka." Jawab Mikayla.

"Habis tu tak reti nak minta tolong I?" Sindir Muiz sinis. "Jangan risaulah Kay I tak buat apa-apa lah dekat you. I ada wuduk kan ni." Ujarnya seakan memujuk pula.

"You janji?"

Muiz segera mengangguk.

Mikayla bangun dari katil dan berdiri di hadapan Muiz. Rambutnya disanggul tinggi bagi memudahkan kerja Muiz.

Melihatkan leher jinjang Mikayla yang putih mulus dan bau wangi dari wangian yang dipakai serta bau rambut wanita tersebut menjadikan Muiz terleka.

"You buat apa lagi Muiz?"

Teguran Mikayla mengejutkannya dan Muiz mula menarik turun zip di belakang baju Mikayla.

"You jangan tengok!" Tegah Mikayla.

"Habis tu I tak tengok macam mana nak tarik zip ni? Kay you jangan gerak tau takut tersentuh batal pula wuduk I." Pesan Muiz lebih kepada memberikan pesanan buat diri sendiri.

Mendengarkan jawapan Muiz, Mikayla hanya mampu ketap bibir.

"Ok dah." Ujar Muiz lalu meletakkan tuala di atas bahu Mikayla. "I tak tengok dah." Jawabnya sebelum berpaling.

Mikayla melurutkan dress perlahan-lahan sebelum dia mengintai Muiz di belakang dan ternyata dia sudah mulai solat zuhur di bucu biik dan keadaannya membelakangi Mikayla.

Muiz okey je tapi kenapa Mikayla pula yang berdebar semacam!

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now