Masih sama. Langsung tiada jawapan.

Muiz keluar dari kereta yang sudah di parking sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut.
Keadaan yang bingit merimaskan Muiz. Entah betul atau tidak tindakannya masuk ke tempat yang terkutuk ini.

Matilah Muiz kalau Datuk Mus tahu.

Mata melilau melihat keadaan sekeliling yang gelap dan hanya disirami lampu berwarna warni dan Muiz memfokuskan penglihatannya untuk mencari Mikayla di dalam kelab tersebut.

Beberapa wanita menyapanya untuk menjadi temannya malam ini namun ditolak Muiz dengan mengatakan dia sudah mempunyai teman.

Berhampiran dengan tempat tarian, Muiz dapat menangkap wajah Mikayla yang baru sahaja berdiri kerana ditarik oleh lelaki yang Muiz lihat dalam gambar di rumah seketika tadi.

Tubuh Muiz terasa menggeletar dengan apa yang dilihatnya dan tanpa sedar kaki Muiz mulai menghampiri mereka.

"Come on darling. Just one dance with me." Pelawa lelaki tersebut.

Mikayla hanya mengeleng. "I don't know how to.." Jawabnya cuba menolak dengan cara baik.

"Who cares. You just dance with your own way. No one really cares." Marah lelaki tersebut.

Muiz menepuk bahu lelaki tersebut.

"Excuse me. May I talk to her for a while?" Ujar Muiz dengan riak tegas namun dia cuba berlagak tenang.

Lelaki itu menolak Muiz dengan sedikit kuat. "What the heck dude?! She's my company for tonight. I already paid her to entertain me." Balasnya sambil merengus.

"How much did you pay her?" Soal Muiz.

"250 bucks." Balasnya tanpa perasaan.

Muiz telan liur. 250 dollar untuk satu malam? Dia cuba menenangkan diri sebelum memberikan respons.

"I can repay you more. 300? Or just choose any other hot chick in here. The one with you is so suck at bed. I'm settling my bed issue with her." Tawar Muiz kepada lelaki tersebut dengan yakin meskipun dia sendiri segan dengan ayat yang keluar dari mulutnya.

Riak wajah pelanggan Mikayla sedikit kendur. Seolah terbeli dengan kata-kata Muiz memandangkan layanan Mikayla yang hambar terhadapnya. "I'lll take your offer. She's bad at entertaining me anyway and yet she could be bad in bed too. So annoying. Give me the money." Dia hulurkan tangan di depan Muiz.

Dengan lagak tenang Muiz meletakkan tiga keping AUD 100 ke atas tangan lelaki tersebut sebelum menarik Mikayla untuk mengikutinya.

Muiz kini mampu menarik nafas lega. Sebenarnya dia takut juga untuk berhadapan dengan lelaki tadi namun tanpa disangkanya dia mampu bersikap rasional dan tidak banyak tanya.
Mikayla di hadapannya di tarik keluar dari kelab malam tersebut.

"Apa masalah you ni?" Soal Mikayla sambil meronta mahu lengannya dilepaskan.
Kehadiran Muiz secara tiba-tiba sangat mengejutkannya dan Mikayla dua kali lebih terkejut apabila kedatangan Muiz ke Escapade adalah untuk menariknya keluar dari situ.

"We'll talk later. I nak keluar dari sini dulu."

"Bagi I ambil barang I dulu." Rayu Mikayla.

"Okey."

Mikayla masuk ke dalam loker dan mengambil barangannya sebelum segera menghampiri Muiz.
Riak Muiz dilihatnya sekilas. Langsung tiada kelembutan dan hanya ketegasan yang dipamerkan.

"Masuk." Arah Muiz setelah tiba di tempat parking kereta.

"Why should I?" Marah Mikayla.

Muiz ketap rahang. Cuma mengawal amarahnya.
"Get in the car." Arahnya sekali lagi dengan rahang yang diketap.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now