Muiz Adrian merupakan senior setahun berbanding Mikayla. Dia mengenali Muiz semenjak semester pertama lagi sewaktu mengikuti perjumpaan pelajar Malaysia di Malaysia Hall.

Dalam tidak sedar Mikayla mula menyimpan perasaan terhadap Muiz yang seringkali diperhatikan dari jauh semenjak tiga tahun lepas.

Mikayla tahu bahawa tidak mungkin lelaki itu akan perasankan kehadirannya yang hanya orang biasa berbanding Muiz yang datang dari keluarga berpengaruh di Malaysia. Manalah dia nak kawan dengan orang selekeh macam Mikayla.

"Muiz Adrian." Balas Mikayla setelah lama diam. "Siapa tak kenal. You ni antara hot and rich guy dekat sini. Anak Datuk Mus kan. One of the best student each semester pula tu. Of course la I kenal you." Balas Mikayla jujur dengan soalan Muiz itu.

Muiz senyum nipis meskipun agak terkejut dengan kenyataan gadis dihadapannya. "I never brag about my family status sebab yang ada pangkat dan kaya tu parents I, bukan I pun. So I'm just a normal person cuma I bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang berada. The rest is, I'm just like other people." Jelas Muiz panjang. Dia tidak gemar dikenali sebagai anak Datuk Mustafa yang sememangnya terkenal dalam bidang perniagaan tanah air.

"That's what makes you special."

Terbeliak mata Muiz mendengarkan respon yang terbit dari bibir gadis itu.

"Hah?"

"Taklah you down to earth macam ni. Sebab tu I suka you. Tu maksud I special." Balas Mikayla bersama senyuman di bibir.

Senyuman yang terukir tidak bertahan lama sebaik sedar bahawa dia sekali lagi terlanjur kata.

"Aduii kenapalah mulut aku ni langsung takde kompromi selamba je keluar benda-benda tak sepatutnya ni?" Gumam Mikayla perlahan hanya untuk didengari olehnya.

Tercengang Muiz seketika sewaktu mendengarkan pengakuan Mikayla di hadapannya.

'Dia ni confess dekat aku ke sekarang ni?' Desis hati kecilnya.

"I think I got to go. Ada hal sikit." Sampuk Mikayla tanpa menunggu balasan Muiz.

Dia segera berlalu dari situ sebelum dirinya semakin tidak boleh dikawal dan lebih memalukan diri sendiri.

"Sorry but may I know your name?!" Soal Muiz setelah sedar gadis itu mula berlalu.

Segera dia berpaling sebelum menjawab sepatah.

"Mikayla."

🌸🌸🌸
"Mikayla."

Nama tersebut meluncur laju di mulutnya. Kedengaran indah ditelinga nya. Tanpa sedar, terukir senyuman di wajahnya.

Entah kenapa tiba-tiba wajah gadis itu menyapa lagi hari ini. Meskipun sudah beberapa bulan berlalu semenjak mereka terserempak di perpustakaan hari itu.

Teringatkan perbualannya bersama Kak Shima beberapa hari lepas.

"Kak Shima kenal Mikayla?" Tanya Muiz sewaktu makan di restoran tempat Kak Shima bekerja secara part time.

Keningnya bertaut.

"Mikayla? Siapa tu?"

Eh Kak Shima ni aku tanya dia dia tanya balik.

"Student Malaysia sinilah. Maybe junior saya."

Sekali lagi Muiz dipandang dengan wajah keliru. "Mikayla.. Mikayla.. Mi.. Hah! Kay ke maksud Muiz?"

"Ya lah kut. Mana saya tahu nickname dia."

"Habis tu kenapa tanya pasal dia. Crush dekat dia ke?" Tebak Kak Shima sambil menaik-naikkan keningnya.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now