Aira Kirana tersengih . Ini Aira lah ! Memang tak lah dia akan cair dengan budak setan di depan dia ini . Nakal - nakal dia pun , tak seteruk lelaki di hadapan dia ini .

" My dear , Kirana .. " dia menyengetkan kepalanya . Tak sedar bila masa dia sudah berdiri di hadapan gadis itu . Kepalanya ditundukkan menyamai ketinggian Aira Kirana .

" That so rude for me .. " bisiknya perlahan . Mata Aira Kirana terkelip beberapa kali . Terpesona dengan mata lelaki itu . " .. call me Fir " katanya lalu meniup perlahan wajah Aira Kirana .

Aira Kirana terkebil - kebil . Otak dia cuba mentafsirkan perkara yang baru berlaku tadi . Kaki dia mengeras dan tidak bergerak . Bibir dia bergetar seakan - akan mahu mengatakan sesuatu . Tanpa dia sangka --

" I really love those lips . Really sexy .. " dan dia mencium bibir gadis di hadapan dia dengan senyuman nakal . Kemudian dia melepaskan bibir itu . Lembut saja . " -- I'm addicted on you , my dear Kirana " bisik lelaki itu penuh menggoda .

" Firhad Aqasha .. what you doing here ? " suara itu menyentakkan Aira Kirana dari lamunan . Firhad Aqasha segera menegak kembali badan dia . Muka diselambakan . Wajah Ilya Fatiha dan pelajar lelaki itu dipandang dingin .

" We are just make out . Just like you guys .. why ? It's disturbing you ? " selamba juga dia menutur kata . Aira Kirana menunduk menahan rasa malu .

" Ohh -- " Ilya Fatiha hilang kata - kata . Dalam diam dia menyimpan rasa marah kepada Aira Kirana . Gadis itu sudah merampas Firhad Aqasha daripadanya . Lelaki yang menjadi igauan dia selama ini .

Ilya Fatiha dan lelaki itu melangkah pergi meninggalkan dua pasangan itu . Aira Kirana mengetap gigi kuat . Mata dia tajam memandang riak selamba Firhad Aqasha .

" Dasar budak setan ! " katanya penuh geram lalu meninggalkan lelaki itu tanpa menoleh lagi . Hati dia panas . Ciuman pertama dia telah dicuri oleh lelaki itu .

Firhad Aqasha mengukir senyuman. Comel ! Tapi dia tak rasa bersalah -- menang dah lama dia mahu rasa seulas bibir itu . Sangat menggoda . Firhad Aqasha tersenyum lebar apabila teringatkan adegan tadi .

" Kirana .. Kirana .. you make me desire on you "

+++

" Nur .. " tegur seorang pelajar lelaki di meja sebelahnya . Perlahan saja dia memanggil gadis di sebelah dia . Bimbang dia tertangkap bercakap semasa pembelajaran .

Nur Aqira menjungkit kening dengan muka berkerut . Jarang sekali rakan sekelas dia menegur . Ini kali pertama . Malah lelaki itu pula merupakan seorang pengawas . AJK pengawas Tingkatan 3 .

" Ni surat untuk kau . Ada orang kirim suruh aku kasi pada kau " bisik dia perlahan lalu menghulurkan sekeping kertas . Nur Aqira menyambut dengan baik .

" Siapa ? " tanya Nur Aqira . Lelaki itu menjungkit bahunya dan kembali fokus ke depan .

Nur Aqira menjadi semakin pelik . Memang tak pernah dia terima surat selama ini . Surat itu perlahan - lahan dibuka dengan wjaah ingin tahu . Buka saja , hidung dia disapa dengan bauan yang wangi . Bau wangian lelaki !

Kepada Nur ,

Saya tahu awak mesti tertanya - tanya siapa saya kan ? Jangan risau , saya bukan stranger . Saya seorang lelaki . Lelaki yang mampu membimbing awak hingga ke syurga . Saya dah lama perhatikan awak selama ini . Jujur saya katakan , saya cintakan awak . Sejak awak mula - mula masuk ke sekolah ni lagi . Awak tahu tak .. wajah awak sering hadir dalam mimpi saya . Tidur saya tidak lena kerana awak . Saya selalu menginginkan awak  menjadi -- teman hidup saya .

Saya tahu awak tidak sukakan saya , tapi saya tidak kisah . Saya sukakan awak . Tiada sesiapa yang mampu halang cinta kita . Saya terlalu sayangkan awak , Nur . Terlalu . Saya harap awak dapat balas cinta saya .. kerana hanya Nur saja yang ada dalam hati saya . Kini . Selamanya .

Your sweetheart ,

Tengku Hakim Ariz ( T . H . A )

Wajah Nur Aqira terus berubah .  Nama ini , lelaki ini . Tengku Hakim Ariz -- nama yang membuatkan dirinya sering dalam ketakutan . Selama ini lelaki itulah yang mengirimkan bunga - bunga dan coklat - coklat yang mempunyai tanda nama T . H . A .

Sungguh dia tidak sangka . Tapi dia tidak pernah melihat wajah pelajar lelaki tersebut . Semuanya dijadikan perantaraan antara pelajar lain. Siapa dia -- Nur Aqira sendiri tidak pasti . Tapi bagi dia -- Tengku Hakim Ariz seorang psiko !

" Psst ! Nur .. " sekali lagi namanya dipanggil . Kini semua pelajar sedang menyakin nota yang sedang ditulis oleh guru . Dapatlah mereka berbual tanpa rasa tertangkap oleh gurut tersebut .

" Kau nak apa ? " soal Nur Aqira . Nada dia cuba dikawal . Karang tertangkap , berjemur lah dia di bawah terik cahaya matahari .

Pengawas lelaki itu tersengih . Belakang lehernya digosok . Nur Aqira membaca tanda nama lelaki itu -- Syed Amzar Shauqi . Nur Aqira memandang Amzar dengan muka ingin tahu .

" Aku harap kau jauhkan diri kau dari si Hakim psiko tu . Aku dengar - dengar dah ramai pelajar perempuan jadi mangsa dia . Aku sebagai rakan kau , nak nasihatkan je . Terpulanglah pada kau nak dengar atau tak . Aku dah bagi amaran pada kau " kata Amzar dalam nada serius .

" Thanks Amzar " ucap Nur Aqira . Dia akan sematkan kata - kata pengawas itu di dalam fikiran dia . Ya -- dia harus menjauhi lelaki psiko itu .



GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें