Hatinya senang. Kata orang kalau memikat seseorang, ikat perutnya dulu.

"Tu lauk favorite Medina." Topik soal Medina dibuka. "Dulu kalau tidur dekat rumah saya, Dina sendiri yang request dengan arwah baba."

Tahu. Medina sejak zaman mereka bercinta lagi selalu bercerita tentang lauk itu. Lebih-lebih lagi ketika mereka belajar bersama di Jerman. Orang mabuk bercinta, Medina mabuk teringan patin!

"Selalu angau." Tanpa sedar senyum hadir di bibir.

Tawa kecil tercetus dari bibir Dhiya. Setuju. "Saya rasa dia lebih suka patin tempoyak daripada kitaorang."

Lelaki itu juga turut tergelak bersama.

Malam ini terasa lebih indah berbanding hari-hari lain. Bukan berlebihan tapi Dhiya rasa sudah agak lama ketawa tidak kedengaran di rumah ini.

"Esok saya pergi pasar beli ikan lepas tu masakkan sikit untuk Dina." Ikan yang dia beli pagi tadi tidak banyak dan sudah habis memandangkan dia ada bagi 2 ekor kepada mak su.

Lagipun jika beli banyak-banyak tiada yang makan. Kalau Dhiya seorang di rumah memang tidak rajin lah untuk memasak semata-mata untuk kenyangkan satu perut sahaja.

"Nak saya temankan ke?"

"Tak apa." Dhiya tidak mahu Kasyaf bersesak-sesak dengan orang lain di pasar. Takut tidak biasa.

Kasyaf angguk kecil. "Oh ya, minggu depan saya tak balik," ujar Kasyaf perlahan tapi masih boleh didengari oleh Dhiya yang hanya membalas dengan anggukan kecil.

Seperti yang telah dipersetujui memandangkan Kasyaf bekerja di Kuala Lumpur jadi pada hujung minggu sahaja bermula Jumaat petang sehingga Ahad sahaja Kasyaf akan berada di Kuantan. Hari yang lain lelaki itu akan bersama dengan Medina.

Dhiya terima sahaja tanpa bantahan. Lagipun dia perlu faham Medina dan dia bukanlah satu-satunya perkara yang menjadi komitmen Kasyaf. Kerja, ibu bapa, keluarga dan lain lagi.

Lagipun Kasyaf tidak memohon cuti walaupun berkahwin. Kata dia, syarikat tempat yang dia bekerja agak sibuk memandangkan ada projek dengan syarikat dari luar negara.

Tiada sedikit pun Dhiya ambil hati. Dia terima dan faham sahaja.

"Okay."

"Kerja dekat office overloaded. Kalau tak selesaikan cepat nanti makin bertambah," tanpa disuruh Kasyaf berikan penjelasan. Mungkin tidak senang hati.

"Tak apa, saya faham." Dhiya juga pernah bergelar pekerja. Jadi dia faham benar apabila berurusan dengan orang dan kerja.

Sebelum terlupa, segugus kunci yang ada dibawa bersamanya sejak dari tadi diletakkan ke atas meja. "Itu kunci rumah ni."

"Kalau saya tak ada ke, atau jadi apa-apa ke senang sikit."

Kunci diambil lalu Kasyaf pegang sahaja. "Terima kasih."

Teh yang sudah semakin dingin disisip perlahan oleh Dhiya. Suasana di antara mereka menjadi senyap. Sama-sama mereka menghayati malam yang agak dingin itu.

LAJU sahaja Medina bangun dari sofa apabila terdengar pintu pagar dibuka. Dia intai disebalik langsir.

Gembira hati apabila melihat kereta Kasyaf masuk ke dalam kawasan parkir. Dia rindukan suaminya walaupun baru 2 hari tidak bertemu.

Sandal disarung dan apabila Kasyaf keluar dari perut kereta, tangan lelaki itu diraih sebelum disalami penuh kasih. Kasyaf mencium dahi isteri kesayangannya.

Pintu kereta bahagian belakang dibuka apabila perasan akan satu plastic. "Jam ke on the way sini?"

"Tak ada lah, okay je." Bahunya sedikit lenguh.

Pintu kereta ditutup apabila plastic itu diraih. Medina membuntuti Kasyaf masuk ke dalam rumah. "You dah makan?"

"Dah."

Jawapan itu membuatkan Medina kecewa. Hari ini dia berperang seorang diri di dapur menyediakan makanan kesukaan Kasyaf untuk menjemputnya pulang.

Pipi Medina disentuh lembut. "Tapi I lapar lagi." Dari luar rumah lagi hidungnya sudah menangkap bau masakan Medina. Mana mungkin dia tolak makanan yang dimasak isterinya.

Dia hanya senyum nipis, tahu Kasyaf sedang mengambil hati. "By the way ni apa?" mereka berdua sama-sama berjalan pergi ke dapur. Tudung saji yang menutupi makanan dibuka.

Kasyaf basuh tangan di sinki. "Dhiya kirim pais patin dekat you."

"Ya ke? Thank you." Aneh, walaupun dia teringin lauk ini sejak dua menjak rasa teruja itu hilang. Pelbagai soalan bermain dalam benak fikirannya.

"Dhiya suruh panaskan dulu sebelum makan." Kasyaf cuba ambil plastik itu dari tangan Medina tapi dihalang.

Kedudukannya dijauhkan sedikit dari Kasyaf. "Tak apa, I boleh buat."

Tangannya sibuk membuka pembalut aluminium dan Kasyaf hanya memerhati. Dia mendekati tubuh isterinya. Wangi.

Bahu Medina sedikit terangkat apabila tangan Kasyaf melingkari pinggangnya kemudian dagu lelaki itu mendarat pada bahunya.

"You okay?"

Hujung bibir digigit. Tangannya terhenti dari membuat kerja. Terasa ingin menangis. Kenapa dia terlalu mencintai lelaki ini sehingga sanggup biarkan dirinya disakiti.

Apabila isterinya tidak menjawab, bibirnya singgah pada pipi Medina lalu dikucup hangat. "I love you."

Segera Medina pusingkan badannya. Tubuh lelaki itu dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan. "I love you more."

Kasyaf tahu apa yang menggangu fikiran Medina. Dia tidak berkata apa melainkanberharap Medina boleh bertenang dalam pelukannya.

 Dia tidak berkata apa melainkanberharap Medina boleh bertenang dalam pelukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now