Jujur dia serba salah. Tadi ikan di pasar dinaikkan sedikit lambat dari laut jadi bersesak-sesak dengan orang, singgah ke kedai runcit untuk mencari bahan masakan tenghari nanti, dan jika perlu memasak rasanya orang makan tenghari mereka baru mahu bersarapan.

"Tak apa."

Pinggan dihulur. Sengaja dia beli nasi lemak lebih sebungkus. Takut tidak cukup untuk Kasyaf.

"Awak makan tempoyak? Saya ingat nanti nak masak patin."

"Makan." Nampak seperti dingin tapi sejujurnya Kasyaf agak kekok dengan layanan Dhiya yang berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku di antara mereka malam tadi. Kalau Kasyaf jadi Dhiya, mungkin masih marah.

Senyuman dia ukir. Tidak sabar rasanya ingin memasak untuk Kasyaf. Dhiya paling handal memasak ikan patin masak tempoyak.

Sebenarnya Dhiya tidak lah reti memasak, cuma ikan patin sahaja. Itu sahaja yang sempat dia belajar dengan arwah baba. Tapi Dhiya ada berhajat untuk belajar memasak dengan mak su di hari kelapangan. Kerana sekarang ada perut yang perlu dia isi.

Air teh yang masih panas diisi ke dalam cawan. "Tak apa lah, awak makan dulu. Saya nak pergi belakang, kemas peti beku. Kalau ada apa-apa awak panggil je saya."

"Awak dah makan ke?" soalan Kasyaf membuatkan langkahnya terbantut. Hatinya sedikit berbunga mendengarkan Kasyaf berkata lebih dari satu patah perkataan.

"Belum, tak apa awak makan dulu." Takut jika Kasyaf tidak selesa makan dengannya.

"Jom lah makan sekali."

Sedikit terkejut tapi kegembiraan tidak boleh disembunyikan dengan ajakan itu. Kerusi ditarik dan sebungkus nasi lemak dibuka.

Untuk pertama kali setelah 9 tahun, Dhiya makan di meja makan bersama lelaki yang dia kasihi, bergelar sebagai suami kesayangannya.

MALAM itu Dhiya duduk membuang masa di balkoni. Selimut nipis menjadi pilihannya untuk mengelakkan diri dari dikekang sejuk malam.

Seperti tidak percaya dia sudah bergelar isteri orang. Di usia 34 tahun. Agak tua untuk seorang wanita tapi bagi Dhiya tiada yang lambat untuk dipanggil terlambat.

"Ehem."

Kepala dialih memandang pintu sliding door. Kelihatan Kasyaf di situ memandangnya sebelum larikan pandangan.

"Jom lah duduk sini."

Kasyaf turutkan sahaja ajakan itu. Dia ambil tempat di sofa bersebelahan dengan Dhiya.

"Awak nak air? Saya boleh buatkan." Serba salah pula didepannya hanya ada air untuk Dhiya seorang.

Kepala pantas menggeleng. "Tak apa. Kalau saya nak, saya boleh ambil sendiri." Tidak mahu menyusahkan Dhiya.

Keningnya terangkat sebelum senyum nipis. Kiranya Kasyaf akan bersikap seperti lelaki klisye di dalam novel dan drama melayu yang akan mengendahkan pasangan disebabkan perkahwinan yang tidak dipersetujui. Rupanya tekaan dia salah.

Walaupun sedikit, Dhiya dapat merasa Kasyaf mencuba untuk membina jambatan dalam hubungan mereka. Jika bukan sebagai suami isteri, mungkin sebagai dua manusia yang mempunyai hubungan baik.

"Pais tadi sedap? Mana lagi awak prefer? Pais ke tempoyak patin?" berselera sungguh Kasyaf makan di tenghari dan malam tadi walaupun lauk.

Kasyaf angguk laju. "Sedap." Jujur dia tidak bohong. "Dua-dua sedap, saya suka pais. Maybe sebab saya tak tahu lauk tu ada." Sungguh ini kali pertama dia makan ikan patin tempoyak yang dimasak sebegitu. Rasanya lebih pekat berbanding yang berkuah.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now