Malam tadi berjaga sepanjang malam memandangkan ada pembedahan yang berlangsung selama 15 jam. Tadi pagi apabila dia ingin singgah ke hospital untuk bertemu hadi, lelaki itu khabarkan tentang keberadaan Dhiya.

"Susah-susah je Hadi bagitahu kau."

Iman pandang sahaja Dhiya, mahu melihat sejauh mana lagi dia boleh membohonginya. "Dhiya."

"Ya?" pandangan dilarikan, tidak mahu bertentang mata dengan Iman.

"Kau tak ada benda ke nak bagitahu aku?"

"Tak ada."

"Sure?"

"Sure."

"Not even about this?" bekas ubat Dhiya diletakkan di atas almari kecil bersebelahan dengan katil.

Pucat seperti tidak berdarah Dhiya. Rahsianya ketahuan. "Tu ubat arwah mama aku."

Iman senyum sinis. "Really? Arwah mama kau meninggal 24 tahun lepas dan ubat ni expirery date dia 2 tahun lagi. Lama betul." Tidak pernah dia alasan tidak masuk akal seperti itu.

"Man."

"Kau tak boleh rahsiakan apa-apa dari aku. Sekarang ni aku just nak penjelasan, how, when, why kau rahsiakan dari aku. Perkara ni ada kaitan ke dengan kenapa kau nak kahwin dengan Kasyaf."

Tembakan soalan Iman membuatkan dada Dhiya menjadi sesak. Ini belum masanya untuk dia jelaskan.

Jarum yang tercucuk pada tangan ditanggalkan walaupun sedikit menyengat. "Aku busy."

"Dhiya." Suara Iman sedikit keras.

Beg tangan diambil, Dhiya perlu segera beredar dari situ.

"Dhiya." Tubuhnya menghalang Dhiya dari pergi tapi ditepis.

"Dhiya!" Iman tegaskan suaranya sambil memegang lengan Dhiya, menghalang dia dari pergi.

"Apa?" suaranya lirih. Didesak seperti ini membuatkan dia ingin menangis.

Adegan mereka yang mengumpan perhatian pesakit dan jururawat yang berada di situ tidak diperdulikan.

Pegangan dilepaskan. "Jelaskan."

"Jelaskan apa?"

Subhanallah, ini yang dia benci soal Dhiya. Suka bermain tarik tali, buat-buat tidak tahu topik yang sedang dibincangkan. "Pasal kanser kau."

"Okay fine. Aku ada kanser. Puas hati?"

Iman pandang Dhiya terkebil-kebil. Puas hati? Bagaimana boleh Iman berpuas hati apabila kawan baiknya sendiri menghidapi penyakit yang boleh membawa mati?

"It is my second cancer dan semuanya terlambat." Hidungnya pedih, mungkin empangan air mata akan pecah bila-bila masa.

Pemberitahuan itu agak mengejutkan. Kanser yang kedua? Bermaksud Dhiya pernah merahsiakan semua ini darinya? Dan apa maksud sudah terlambat? "Maksud kau apa?"

Nafas ditarik panjang. Makluman dari Doktor Amina 2 minggu yang lalu kerana pendarahan yang dia alami masih segar dalam ingatan.

"Kanser aku dah merebak."

"AKU ingatkan bila aku dah bebas 5 tahun yang lepas, aku akan sembuh. Tapi aku salah, doktor kata kanser aku datang balik dan kali ni sel aku membiak dengan aktif."

Suaranya serak tapi tiada air mata yang jatuh. Sudah kering air matanya menangisi nasib yang tidak akan berubah.

"Bila doktor kata yang—" Allah, kuat kan hatinya.

"—yang dia merebak, aku tahu aku dah tak ada banyak masa."

Tangannya yang digenggam oleh Iman dibiarkan sahaja. "Dhiya." Iman menangis seperti seorang kucing hilang anak. Dia pernah dia sangka seberat itu ujian yang Dhiya hadapi.

Patut lah selama ini Dhiya sudah lain. Dhiya yang dia hidup untuk 6 tahun ini tidak sama dengan Dhiya yang kenal di bangku sekolah.

"Kau boleh sembuh. Aku kenal banyak doktor, aku bawa kau jumpa diaorang. Kau akan sembuh."

Kepala digeleng. "Aku dah penat berusaha, Man. Aku rasa usaha yang aku letak dah melebihi daya aku. Aku tengok macam mana kanser ambil arwah mama aku, I went for 14 chemoterapy sessions, I went bald, aku buang rahim aku."

"Aku cuba untuk hidup, tapi mungkin sudah tertulis yang aku akan terima nasib yang sama dengan mama."

Air mata diseka. Ada sesuatu yang ingin dia tahu. "Kalau kau dah buang rahim kau, kenapa kau setuju dengan cadangan Dina untuk kahwin dengan Kasyaf?"

Pandangan dibuang ke arah ombak yang memukul pantas. Ada kalanya membasahi batu-batu besar di persisiran pantai.

Mereka datang ke sini, mungkin kerana hospital adalah bukan tempat yang sesuai untuk mereka bincangkan. Mungkin juga kerana Dhiya suka tempat ini.

"Sebab aku cintakan dia."

"Sebab aku nak dia temankan aku disaat akhir aku, aku nak dia yang menjadi manusia yang iringi aku mengucap nanti." Kedengaran pentingkan diri bukan?

"Dia suami Medina, Dhiya."

"Aku tahu." Suara tenggelam disebalik sebak.

Kepala angguk lemah. "Aku tahu. Aku tak nak jadi perempuan baik untuk sekali ini sahaja. Sebelum aku pergi, aku nak jadi perempuan pentingkan diri untuk kebahagiaan aku."

"Tak payah, kau tak perlukan dia. Aku boleh jaga kau, aku akan temankan kau. Aku boleh ambil cuti sampai kau sembuh." Tangisannya pecah lagi.

Bagaimana mungkin dia boleh membiarkan Dhiya untuk mengambil kebahagian orang lain semata-mata untuk bahagiakan diri?

Iman faham dan tahu benar Medina rela dan idea bodoh ini datang dari dia sendiri. Tapi Dhiya tidak boleh gadaikan diri dengan semua ini. Tidak perlu libatkan diri kerana ini semua tidak betul.

Pandangan dipusingkan memandang Iman. Usahkan Iman, Dhiya sendiri tahu kesan dari perbuatannya ini akan mencetuskan masalah tapi, "Aku nak dia. Aku nak Kasyaf sebelum aku tutup mata aku."

"Dhiya—"

Tubir mata pecah mengalirkan air jernih. "I don't even want to fight this time, tapi bila Medina bagitahu aku, I thought aku takkan lepaskan peluang ni. Bila Medina cakap yang Kasyaf setuju, aku terus bagitahu doktor aku yang aku nak buat kemo."

"Aku sanggup sekali lagi untuk lawan, biarkan diri aku sakit dengan kesan sampingan kemo sebab kali ni aku biarkan Kasyaf untuk jadi sebab utama untuk lawan."

Salahkah dia? Mungkin. Jahatkan dia? Juga mungkin.

Anak mata cuma pandang Dhiya, membiarkan diri untuk cuba memahami walaupun sebolehnya ingin Iman halang.

Mungkin kali ini sahaja Iman perlu pejamkan mata, seolah-olah apa yang Dhiya lakukanada lah perkara yang betul.

Mungkin kali ini sahaja Iman perlu pejamkan mata, seolah-olah apa yang Dhiya lakukanada lah perkara yang betul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now