Batu nisan yang didirikan sejak 9 tahun yang lalu dipegang. Sayu dan sebak mulai hadir.

Tapi dia tepis rasa itu. Tidak mahu jatuhkan lagi air mata. Menangis bukan sebab utama dia datang ke sini.

Saja, mahu melawat memandangkan beberapa hari lagi dia akan berkahwin.

Sepatutnya itu hari bahagia mereka bersama, seharusnya arwah baba yang menjadi wali dan arwah mama yang sibuk tidak menang tangan menguruskan majlis perkahwinannya.

Tapi takdir Allah, siapalah Dhiya yang boleh menidakkan semua itu.

"Tak lama lagi Dhiya akan kahwin." Terketar-ketar suara tahan sebak.

Air mata diseka. "Betul ke apa yang Dhiya buat ni, baba?" batu nisan itu dipandang sahaja walaupun dia tahu tiada jawapan yang akan dia dapat.

Dhiya bangun dari duduk. Matahari sudah semakin tegak di langit, sudahlah dia tidak membawa payung.

"Dhiya pergi dulu, ada masa Dhiya datang lagi."

Telefon di dalam beg diambil, perlu tempah grab. Tapi belum sempat dia hidupkan telefon, lututnya terasa lemah.

Telefon di tangan jatuh menyembah bumi. Ingin dia ambil semula tapi sakit pada perut menyerang kembali.

Kali ini lebih menyengat. Kepala juga seakan-akan berputar, mungkin kerana berjemur di bawah cahaya matari. Darah sudah keluar dari hidung.

Banyak kali Dhiya beristighfar di dalam hati agar diberikan kekuatan.

Bukan sekarang, tidak di sini. tiada sesiapa di sini untuk menolongnya.

Tangan digagar mencari ubat. Sebelah lagi cuba menggapai telefon.

Ubat berterabur di tanah apabila Dhiya seolah-olah hilang rangsangan. Matanya mulai berat untuk dibuka.

"T...to...tolong."

TANGAN bersilang di dada. Pandangannya jauh dibuang entah ke mana.

Dia masih kaku di situ, tidak berganjak dari tadi. Apa yang dia dengar dari doktor masih mampu belum dia hadamkan baik-baik.

Dhiya ada kanser? Sesuatu yang tidak dia tahu dan langsung tidak diberitahu oleh Dhiya? Kecilnya dia di hati Dhiya.

Bekas ubat yang berada di tangan dia genggam sekuat yang boleh. Dia sendiri seorang doktor, dia tahu itu ubat apa dan fungsinya.

Sampai hati Dhiya rahsiakan semua ini dari dia?

Tuhan sahaja yang tahu apabila suaminya yang bertugas di wad kecemasan memberitahu Dhiya rebah dan dimasukkan ke wad.

Yang lebih mengejutkan apabila doktor memberitahu Dhiya mempunyai kanser.

Bagaimana dia boleh terima semua itu? Bagaimana boleh Dhiya lalui semua ini seorang diri.

Patutlah selama ini dia perasan berat Dhiya mulai susut. Apabila suaminya memberitahu dia terserempak dengan Dhiya di hospital, dia sedapkan hati sahaja dengan jawapan tempoh hari.

Suara seseorang batuk menyedarkan Iman dari lamunan. Tubuh dipusingkan dan dia lihat Dhiya sudah sedar.

Jelas terpancar riak terkejut apabila melihat Iman di situ.

Di mana dia sekarang? Dhiya tahu dia di hospital tapi hospital mana? Berharap agar ini bukan hospital tempat Iman bekerja.

"Dhiya." Setiap langkah Iman mendekatinya membuatkan jantung Dhiya berdegup dengan kencang.

Senyuman palsu diukir. "Man, kau buat apa dekat sini?" melihatkan baju yang dipakai pesakit lain, Dhiya panjatkan syukur. Hospital kerajaan.

"Hadi bagitahu kau pengsan." Kerusi bersebelahan dengan katil ditarik lalu dia duduk di situ.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzKde žijí příběhy. Začni objevovat