Tangan dikepal lemah sebelum bersilang memeluk tubuh. Kesal. Tiada apa yang mampu dia buat sekarang selain mendoakan Medina untuk kuat.

"Baby tu paling lama Dina kandung. Dina ingat kali ni dia mampu untuk dapat cahaya mata sebab bertahan lama dari baby sebelum ni." Iman tambah lagi, sayu hati dia apabila perkara itu terjadi pada Medina. Jika dia sendiri, dia tidak tahu apa akan terjadi, mungkin lebih teruk berbanding apa yang terjadi pada Medina.

Hidung yang peding membuatkan Dhiya larikan mukanya daripada terdedah kepada Iman. Dia faham perasaan Dina, lebih dari faham.

"By the way, kenapa kau tak datang hari tu? Kata nak datang?" banyak kali juga dia hubungi Dhiya hari itu apabila batang hidup tidak kelihatan. Namun yang dia dapat hanyalah mesej mengatakan Dhiya tidak jadi datang.

Kepala mengulang tayang kejadian hari itu. "Ada emergency." Anak mata jatuh sekadar pandang lantai, takut akan bertembung dengan mata Iman.

Tubuh pinggul bersandar pada balkoni. Dia pandang Dhiya, ada sesuatu yang ingin dia tanya Dhiya. "Dhiya."

"Ya?"

"Kau okay kan?"

Air liur ditelan. Tiba-tiba sahaja anak tekak dirasakan perit. "Maksud kau?"

Iman lepaskan keluh kecil. "Kau tak sembunyikan apa-apa daripada aku kan?" seperti ada sesuatu yang Dhiya simpan.

Sengaja dia lepaskan tawa kecil untuk elakkan keadaan daripada menjadi kekok. "Mana ada apa-apa. Kau tahu kan aku ni tak pandai simpan rahsia."

"Itu dulu, sekarang kau dah lain. Kalau tak mengelak dari kitaorang, tak sah." Nampak dengan jelas sejak Dhiya dan Kasyaf menjalinkan hubungan, Dhiya mengelak dari mereka semua, terutama sekali setelah mereka berkahwin.

"Kau masih sukakan Kasyaf?" tiba-tiba sahaja dia bertanya, was-was walaupun sering Dhiya nafikan.

Keruh air muka Dhiya dengan soalan itu. "Apa ni? Kalau Dina dengar macam mana?" suaranya agak kecewa. Sampai bila mahu bertanya seperti itu?

"Sorry."

Mereka berdua diam. Medina sama-sama menjadi pandangan mereka.

"By the way Hadi ada nampak kau dekat hospital few days before Medina keguguran. Kau buat apa dekat situ?" Iman tanya soalan yang sudah berkeliaran di benak fikirannya sejak suami dia memberitahu khabar itu.

Dhiya cuba ingat. Bila? Jika beberapa hari sebelum kejadian itu, adakah hari sewaktu dia melakukan pemeriksaan kesihatan? Atau hari keputusan itu keluar. Tapi, "Hadi buat dekat Kuantan?"

Mata dikecilkan memandang Dhiya atas bawah. "Kau ni dah kenapa? Hadi dah nak dekat setahun dah di transfer ke sana? Kau lupa ke?" rasanya sudah dia beritahu hal ini kepada Dhiya dulu.

Dia cuba untuk mengingat. Ada ke?

"Ni aku nak bagitahu, tak lama lagi aku pun pindah Kuantan." Dua tahun Iman berusaha untuk dipindahkan ke cawangan di Kuantan memandangkan ibubapa serta suaminya di sana. Kerana berbeza tempat kerja, terpaksa suaminya berpisah dengan Iman dan anak-anak.

Jantung Dhiya berdegup laju. "Bila? Hospital sama ke?" jika dengan suami Iman pun boleh terserempak, bagaimana jika dia terserempak dengan Iman nanti? Dhiya tidak mahu sakitnya diketahui oleh sesiapa.

"Around two weeks, or sooner. Sebab aku nak uruskan hal barang-barang nak kena transfer, urusan sekolah anak-anak aku lagi. Tak adalah, lain. Hadi kerajaan, aku hospital swasta."

Jawapan Iman membuatkan Dhiya lega. Bersyukur tidak sama.

"Tak apa lah, aku nak kena balik. Nak masak untuk anak aku."

Mereka berdua berjalan masuk ke bilik. Usai Iman berikan beberapa nasihat untuk Medina, dia berlalu pergi meninggalkan Dhiya dan Iman berdua di bilik itu.

Dhiya ambil tempat di sedikit ruang pada katil untuk dia duduk di situ. Dia juga sudah mahu pulang. Sebolehnya dia mahu sampai di Kuantan sebelum Asar.

Tangan Medina yang hangat dia bawa ke tangannya. "Dina." Lalu mata mereka bertembung. Dhiya pandang sahaja mata yang memerah menahan air mata dari jatuh.

"Aku harap kau kuat." Alih-alih, air mata Dhiya yang jatuh sebelum turut disambut dengan tangisan sendu Medina.

"I know it is hard but you need to be strong, percaya yang ajal maut itu rahsia Allah, juga rezeki milik Allah, aku nak kau percaya benda tu." Dhiya pernah rasa apa yang Medina rasa. Sewaktu baba pergi, Dhiya juga ingin pergi bersama.

Medina rasa dunianya gelap dan Dhiya tahu perasaan itu. Tapi apa yang perlu mereka buat dalam keadaan seperti itu adalah percaya dan terima ketentuan Allah.

Nafas ditarik. "Apa-apa pun yang jadi, kitaorang akan selalu ada untuk kau. Iman, Hanan-" lidah terasa masin apabila air mata masuk ke dalam mulut.

"-dan juga aku. Kitaorang selalu ada untuk kau so kalau ada apa-apa yang jadi, you can always reach us, always." Dhiya tarik tubuh Medina ke dalam pelukan, membiarkan Medina sekali lagi untuk menangis dalam dakapannya.

Dia biarkan untuk Medina menangis semahu-mahunya sambil bibir Dhiya berzikir kepada Tuhan agar memberikan Medina kekuatan dan kesabaran.

Apabila sudah reda, pelukan dileraikan. Dhiya sapu air mata Medina yang membasahi pipi. Kedua-dua tangan dipegang. "Aku balik dulu, kalau ada apa-apa, call je aku."

Bahu Medina disentuh lembut lalu beg tangan yang diletakkan di tepi diambil.

"Dhiya."

Kakinya terhenti dari meninggalkan bilik itu. Dia pandang sahabatnya.

"Kau nak ke kahwin dengan Kasyaf? Berikan dia zuriat yang aku tak mampu."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now