"Aku pun nak cakap tentang perkara yang sama."

Kepala diangkat. Seketika mereka saling berpandangan.

"Kau nak cakap apa?" tanya Medina ingin tahu.

"Kau tak nak cakap dulu?" dia tanya kembali.

"It's okay, kau lah cakap dulu."

Nafas ditarik sepanjang yang boleh sebelum dihembus, mencari kekuatan. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?"

Dada Medina mula berdegup laju. "Siapa dia?" Medina sepertinya sudah boleh agak siapa 'dia' yang dimaksudkan.

"Suami kau, Kasyaf."

Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya, begitu juga dengan Dhiya. Tidak beralih mata mereka memandang masing-masing. Medina pandang Medina, Medina pandang Dhiya.

Terasa seperti hanya mereka berdua sahaja di kafe ini sehingga masing-masing dapat mendengar helaan nafas mereka.

Dhiya larikan pandangan.

Dhiya tahu benar dan sedar dengan apa yang dia katakan tadi. Dia sendiri tahu bahawa apa yang dikatakan oleh Medina hari itu adalah tidak ikhlas datang dari hati tapi peluang itu tidak mahu dilepaskan olehnya.

Hakikat bahawa dia dulu yang sukakan Kasyaf, dia dulu yang bersama Kasyaf tidak mahu Dhiya nafikan oleh sesiapa. Memang sayang Dhiya pada Medina melebihi kasih dia pada Kasyaf.

Tapi tiada apa yang Medina akan hilang jika dia dan Kasyaf bersama. Mereka berdua tahu Kasyaf cintakan siapa. Dhiya tahu tiada tempat untuk kasihnya pada Kasyaf dalam hati lelaki itu.

Anak bersama dengan Kasyaf? Itu juga Medina tidak perlu risau kerana jika ditakdirkan Dhiya sembuh sekalipun, Dhiya tidak akan pernah mampu.

Kali ini sahaja. Kali ini sahaja izinkan Dhiya untuk letakkan dirinya di tempat pertama. Dia ingin pentingkan diri. Dia ingin dapatkan apa yang hatinya inginkan.

Tapi itu tidak bermakna Dhiya ingin rampas Kasyaf dari Medina. Cuma Dhiya ingin habiskan sisa hidupnya yang masih berbaki dengan orang yang dia kasih dan sayang, iaitu Kasyaf dan Medina.

Sesiapa boleh kutuk dan marah kan dia. Tapi Dhiya tidak mahu ambil kisah. Kali ini, Dhiya mahu ambil kira perasaan dia terlebih dahulu.

Dhiya kenal Medina. Wanita di hadapannya tidak akan membenci Dhiya. Paling-paling pun mungkin marah. Kerana Dhiya tahu siapa dia di dalam hati Medina.

Seandainya Medina menolak, Dhiya tidak akan memaksa. Dia faham kerana memang sejak dari dulu Medina tolak soal poligami, apatah lagi dengan—

"Memang itu pun yang aku nak cakap. Aku memang nak suruh kau kahwin dengan Kasyaf pun. Apa yang aku cakap hari tu, bukan main-main." Getar pada suaranya cuba untuk Medina halau.

Hati siapa tidak akan bergoyang seperti ini? Walaupun mulut berkata seperti itu, akalnya tidak. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri.

Hari ini dia ingin perjelaskan kepada Dhiya bahawa apa yang dia katakan tempoh hari tidak dimaksudkan olehnya langsung. Waktu itu mungkin emosinya tidak stabil jadi dia cakap apa yang terlintas di hatinya.

Tapi apabila Dhiya utarakan permintaannya, hati memujuk supaya menerima.

Kenapa?

Dia sendiri tidak tahu. Mungkin kerana Dhiya tidak pernah meminta apa-apa darinya selama ini. Mungkin juga dia sayangkan Dhiya yang teramat sangat sehingga dia sanggup berkongsi kasih.

Seleranya mati di situ. Saat ini dia terasa seperti ingin menangis. Perkara yang paling dia takutkan akan berlaku. Dan itu akan berlaku dengan sahabatnya sendiri.

Mulutnya diibaratkan seperti dikunci mendengarkan jawapan Medina. Jujur jika Medina menolak sekalipun, Dhiya tidak terasa hati.

Fikirnya Medina akan bantah, fikirnya Medina akan menghalang.

Dia cuba untuk baca air muka Medina. Dia tahu Medina sekarang ini sedang berperang dengan perasaan sendiri. Dia tahu Medina terpaksa dengan jawapan tadi.

Tapi Dhiya tidak dapat nafikan hatinya sedikit gembira dengan jawapan Medina. Lelaki yang dia kasihkan selama ini, mungkin akan menjadi miliknya.

Menjadi miliknya setelah dia khianati sahabat baiknya sendiri? Akan bahagia kah hatinya?

Sekarang sahaja dia dapat baca muka Medina seperti ingin menangis. Bagaimana pula jika mereka benar-benar berkongsi kasih dengan lelaki yang sama.

Adakah dia akan merampas dan menghancurkan kebahagian yang selama ini mereka bina?

Tapi Dhiya tahu dan berjanji, jika mereka disatukan sekalipun, hubungan mereka adalah bersifat sementara.

Ya, panggil Dhiya apa sahaja panggilan yang kalian ingin panggil.

Perampas.

Pemusnah rumah tangga sahabat baik sendiri.

Kerana Dhiya rela, Dhiya sanggup asalkan sebelum matanya tertutup rapat, dia ingin merasai kasih dan sayang dari lelaki yang dia cintai. 

Walaupun itu hanya secebis. 

Walaupun itu suami Medina.

Walaupun itu suami Medina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now