Episod 23

15.6K 495 12
                                    

HARI ini aku pergi kerja seperti biasa. Tiada langsung bayang Fareel pada pagi tadi kerana biasanya kami akan bertembung semasa waktu pagi. Dia ingin mengelak dariku. Itulah kenyataannya. 

"Mayra, jom pergi lunch. Ada restoran baru buka, aku ingat nak try makan kat sana. "

Erin yang berada di meja hadapanku bersuara. Aku terus melihat waktu pada skrin komputer. Oh, sudah tengah hari rupanya. Cepatnya masa berlalu, bisikku dalam hati.

"Yeke baru buka? Okeylah kita makan kat sana hari ni. Aku pun dah bosan makan restoran Kak Pah kau tu, "

Aku mengemaskan mejaku kemudian mengambil beg tangan. Selesai semuanya, kami berdua berjalan beriringan menuju ke lif.

"Kau dengan boyfriend baru macam mana? Bila nak kenalkan kat aku? " tanyaku kepada Erin.

Erin tersenyum malu memandangku. Tiba-tiba lif terbuka dan kami terus melangkah masuk.

"Dia okey je. Mungkin sebelum puasa nanti, kami nak bertunang. Lepastu, lepas raya nanti kahwin. Hehehe, sudi nak jadi pengapit aku? "

"Tahniah Erin. Kau yang kahwin dulu rupanya ya,"

"Jodoh yang tak disangka-sangka. Padahal aku kenal dia tak sampai setahun pun, "

"Handsome ke orangnya? "

Pantas Erin mengangguk.

"Dia tu memang ideal type aku. Kenapalah aku tak jumpa dia dengan lebih awal? So, takdalah aku ni meroyan lepaa kena tinggal dengan Thaqif dulu. Huh!"

"Ala setidak-tidaknya si Thaqif tu dulu pernah bahagiakan kau, kan? Biasalah, setiap orang yang kau jumpa dalam hidup mesti akan ajar kau sesuatu sama ada benda tu buruk atau baik. Tapi yang dah lepas tu lepaskanlah. Keep moving forward je,"

Erin mengangguk faham. Ting! Setelah sampai di G, aku dan Erin beriringan keluar.

"Kau dengan polis tu apa cerita? Fareel kan nama dia?"

Aku tersentak pabila nama Fareel disebut. Pandangan kosong aku lemparkan kepada Erin.

"Aku pun tak tahu. "

Hanya jawapan itu yang mampu berikan kepada Erin. Entah kenapa setiap kali aku teringat peristiwa kelmarin, hatiku sakit teruk.

                   **********

"KAU tahu tak, mamat meja hujung sana dari tadi usha meja kita ni tau?"

Aku terus mengunyah spageti yang berada dalam mulutku. Tak tahu pula restoran yang baru buka ni restoran western. Ada pula makan tengahari macam gini? Ah, tak kisahlah. Janji aku kenyang.

"Biarlah dia nak usha ke apa. Kau cantik harini, itu yang dia nak usha sepanjang masa. "

"Tapi aku tak rasa dia usha aku."

Aku menoleh ke belakang. Oh, lelaki yang hitam manis itu. Dari tadi kami sampai, dia memang berada di situ juga. Hairannya, tiada makanan pun di atas meja. Hanya kertas dan fail sahaja. Siapa sebenarnya dia ni?

"Amacam? Handsome tak?"

Aku menggeleng kemudian menyuapkan makanan ke dalam mulutku.

"Apa nama restoran ni? "

"Fella Fekka. FF!  Unik betul nama dia, "

Aku cuma mengangguk. Kemudian aku menghirap jus epal dengan menggunakan straw.

Tiba-tiba terasa seseorang menghampiri kami. Aku dan Erin hanya berpandangan apabila melihat lelaki hitam manis itu yang datang ke meja kami! 

"I'm Fella Fekka's owner. So how? Everything is alright? Thanks for coming, girls."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ASMARAWhere stories live. Discover now