Episode 16

15.8K 504 6
                                    

AKU berdiri sambil berjalan mundar mandir. Aku runsing memikirkan ibu yang masih belum balik ke rumah. Ibu ke kedai runcit dan ibu berkata aku tak perlu menemaninya. Mungkin kerana tadi ibu lihat aku sedang mengemas sebagai persiapan untuk keluar dari rumah ini. Namun yang aku tertanya-tanya, ibu beli apa? Sedangkan esok kami akan keluar dari rumah ini.

"Ibu ni kenapa tak balik-balik lagi? Ya Allah risau pula, "

Aku berkali-kali menelefonnya. Tapi tidak dijawab. Hatiku mula risau. Ada apa yang terjadi kepada ibu? Kedai runcit itu tidaklah begitu jauh namun kalau berjalan kaki tak penat pun. Aku terus mengambil keputusan untuk melihat ibu di sana.

"Kenapa Mayra? Ibu mana? "

Soal Abang Mukhriz yang baru sampai di tingkat bawah. Dia menjinjit beberapa beg pakaiannya kemudian diletakkan di sebelah sofa.

"Ibu tak balik lagi, tadi ibu kata nak pergi kedai. Mayra nak pergi tengoklah, "

"Abang ikutlah, takut jadi apa-apa pula pada ibu. Ibu bukannya sihat sangat tu,"

Baru saja aku dan Abang Mukhriz ingin memulakan langkah pertama keluar dari rumah, tiba-tiba sebuah kereta yang agak berjenama berhenti di depan rumahku.

"Siapa yang datang ni? Mayra kenal ke kereta tu? "

Tanya Abang Mukhriz kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepala kemudian memerhatikan sahaja pintu kereta itu dibuka dari dalam.

Abang Mukhriz berjalan ke arah pagar kemudian membuka selak pagar. Seorang lelaki yang tinggi dan mempunyai style yang agak urban keluar daripada kereta. Dia memakai kemeja hitam berkolar namun tidak dibutang sampai atas sehingga menampakkan rantai silver yang dipakainya.

Tiba-tiba pintu di bahagian penumpang pula terkuak. Aku terus bergegas menuju ke kereta itu apabila melihat susuk tubuh yang keluar daripada kereta itu.

"Ibu! "

Wajah ibu kelihatan amat pucat saat ini.

"Macamni bro, mak kau tadi hampir pitam. Aku terjumpa dia tengah terduduk kat tepi jalan, muka dia pucat betul."

"Ya Allah, ibu. Patutlah tak balik-balik, Mayra dengan abang risau sangat. Ibu dah okay ke tak? "

Aku terus memaut bahu ibu. Patutlah rasa tak sedap hati.

"Terima kasih bro, lain hari InsyaAllah Tuhan balas balik pula lepas apa yang kau dah buat. Ni aku nak bagi... "

Abang Mukhriz seperti ingin membuka dompet namun cepat-cepat lelaki itu menghalang.

"Eh takpa, aku ikhlas. Janganlah macamni bro, kita sama-sama Melayu tolong sesama sendiri. No need to pay, ikhlas dari hati ni. Cumanya aku baru buka cafe dekat depan sana, "

Lelaki itu menghulurkan sebuah kad kepada Abang Mukhriz.

"Ni kad aku , kalaulah kau nak pergi kafe aku. Call je nombor ni bro, okay? Makcik jaga diri ye, saya balik dulu. "

"Terima kasih ya, "

Lelaki itu menghulurkan senyuman kepada ibu kemudian pada Abang Mukhriz. Aku hanya memerhatikan saja keretanya meluncur laju meninggalkan rumah kami.

Lelaki kedua yang baik, menolong orang yang lebih tua. Selepas Fareel, barulah muncul lelaki tu.

"Ibu jom masuk,"

Abang Mukhriz membantu ibu berjalan manakala aku mengawasi langkah ibu. Sejurus sampai di dalam rumah , ibu duduk di atas sofa dan bersandar.

"Nasib baiklah dia ada tadi. Ibu pun tak tahu kenapa tiba-tiba ibu rasa macam nak pitam....beria tadi dia nak ibu pergi hospital. Tapi ibu taknak, "

ASMARAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα