Episod 22

14.9K 500 19
                                    

AKU memerhatikan gelagat Fareel yang dari tadi lagi kelihatan resah. Apakah yang mengganggu fikirannya? Sebenarnya lepas saja balik dari rumah Mak Langnya semalam, dia tak banyak cakap. Macam ada sesuatu yang amat memberi kesan kepada Fareel. Tetapi, apa dia?

Hanya kami berdua sahaja di meja makan ini. Sunyi sepi seperti tanah perkuburan.

Suapan ke mulutnya juga perlahan. Begitu juga dengan kunyahan.

"Sedap tak saya masak asam pedas tu? Secukup rasa tak? " ujarku dengan nada yang ceria. Fareel terus mengangkat muka dan memandang aku.

"Eh sedap, Mayra. Awak belajar dengan ibu ya? Ibu pandai masak, anak pun pandai masak lah kan. "

Nada suara yang diberikan oleh Fareel itu kelihatan dibuat-buat. Dia berpura-pura mesra. Aku tahu.

Aku merenung wajah Fareel yang selalunya tenang namun hari ini sepertinya gelisah yang teramat sangat. Apa yang disorokkan oleh Fareel?

"Saya nak cakap sikit dengan awak , boleh?"

Kata-kata yang diucapkan oleh Fareel cukup menyentakkan jiwaku. Mungkin dia nak berterus terang?

"Saya basuh tangan dulu. Awak pun pergilah basuh tangan kalau dah habis makan tu. "

Aku bingkas bangun dan menuju ke sinki. Selepas sudah membasuh tanganku, kelihatan Fareel sudah menanti di belakang untuk menunggu giliran. Sejurus tiba kembali di meja makan, tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Hatiku mula tidak berasa senang.

Aku memerhatikan Fareel yang berjalan di hadapanku untuk pergi ke tempat duduknya tadi. Dia masih saja kacak meskipun berpakaian sempoi. Sudah malam begini pun dia masih kelihatan handsome, seperti selalu.

"Mayra Adeena."

Suara garaunya menyapa telingaku. Nama penuhku disebutnya. Jarang-jarang Fareel akan memanggil aku dengan nama itu kecuali dia ingin mengatakan sesuatu yang mustahak. Nampaknya topik malam ini ialah topik yang besar, penting dan amat......mustahak.

"Mengenai kata-kata saya yang saya takkan lepaskan awak. Mengenai kata-kata saya yang nak hidup bersama awak, dengan bahagianya. Mengenai kata-kata saya yang saya takkan sia-siakan. Semua yang saya pernah berjanji dan katakan tu, saya nak tarik balik. "

Perlahan dan lemah suara Fareel saat itu namun jantungnya berdegup dengan lajunya. Aku tersentak dan bungkam tanpa kata-kata. Kata-kata Fareel membuatkan aku terkesima.

Hanya renungan bercampur baur yang mampu aku berikan kepada Fareel saat ini. Mataku berkaca-kaca dan menunggu saja empangan air mata ini untuk pecah. Aku terluka, sungguh aku terluka!

"Awak tak sayang saya ke Fareel? Awak dah bosan dengan saya? Kenapa awak buat saya macam ni? Silap saya yang mana satu sampai awak nak tinggalkan saya ni? Are you serious, to end everything after what we've been go through together? "

"Mayra.... "

"Jadi selama ni awak berpura-pura ajelah? Awak cakap awak serius dengan saya, tapi ni yang awak balas? Are you losing your mind?! " jerkahku kerana tak mampu menahan perasaan.

Fareel tertunduk. Bukan itu yang aku nak sebagai respon kau, bukan tu! Jeritku dalam hati.

"Jadi, mengenai kata-kata awak yang awak takkan sakitkan hati saya , tu pun awak nak tarik baliklah kan? "

Bergetar suaraku menanyakan soalan itu. Perlahan-lahan Fareel mengangguk. Aku terus meraup wajahku. Satu keluhan kecil aku lepaskan.

"What's wrong with you actually? Awak bukan Fareel yang saya kenal. Awak macam... lelaki yang pengecut. Menyesal saya percayakan awak , Fareel. Saya menyesal. "

Mataku merenung tajam wajah Fareel di hadapan ini. Namun setelah melihatkan Fareel tidak memberikan respon, aku terus bangun meninggalkannya seorang diri. Hatiku bagai ditoreh-toreh! Sakit.


**********

FAREEL kaku tidak bergerak daripada kerusi ini. Sudah satu jam dia berada di situ semenjak Mayra meninggalkannya tadi. Fareel bukannya sengaja ingin menyakiti Mayra namun apakan daya. Masa tak mampu diputarkan kembali. Mayra akan terus mengingati insiden yang amat merobek hatinya tadi.

Fareel, dia ialah lelaki yang menjadi saksi Mayra menjadi mangsa seks kepada Iqram. Lemah dan bodohnya kerana dia tak menegakkan kebenaran dan tidak melindungi Mayra yang hanya berusia 6 tahun. Dia serba salah. Dia terus gelisah apabila memikir semua ini. Fareel runsing!

Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri, sebaik sahaja dia menemukan budak perempuan yang menghantuinya dalam memorinya itu, Fareel akan jujur dan memohon maaf. Itu janji Fareel. Namun , dia tak sanggup untuk berterus terang kepada budak perempuan itu yang kini telah dewasa. Hal ini kerana dia ialah Mayra Adeena. Wanita yang amat disayangi oleh Fareel.

Dia tak mampu untuk jujur kepada Mayra. Barulah dia tahu, Mayra sangat terseksa kerana peristiwa itu. Betapa sakitnya Mayra menanggung trauma setiap kali hujan lebat dan guruh kerana ketika itu, peristiwa keji itu berlaku kepada diri Mayra.

Fareel meraup wajahnya. Apa yang harus dia lakukan?

Mayra telah terluka. Kata-katanya tadi menusuk hati Mayra yang juga ikhlas menyayangi Fareel. Walaupun begitu, Fareel tidak pernah ada sedikit pun rasa untuk melepaskan dan melupakan Mayra dari hidupnya.

Dia cuma keliru. Seolah-olah kerjayanya sebagai polis, tidak berguna lagi. Itu antara sesalan Fareel hingga ke saat ini.

********

SELEPAS menghantar baju milik Abang Mukhriz yang sudah siap dilipat ke bilik abang, aku terus keluar dari bilik itu. Tidak mahu terserempak dengan Fareel yang berada di bilik sebelah.

Janggal. Janggal teramat sangat.

Aku terus melangkah menuju ke tangga untuk ke tingkat bawah. Tiba-tiba terdengar ada orang yang mendaki anak tangga ini dari bawah.

Fareel kini berada di hadapanku. Aku tak mampu untuk bergerak. Hanya mataku dan matanya yang bertaut untuk seketika. Jantungku berdegup kencang saat ini. Rambut Fareel kelihatan agak serabai. Adakah dia juga terluka kerana ingin melepaskan?

"Mayra. "

Lembut suara Fareel memanggil namaku.

"Patut tak saya lupakan apa yang dah terjadi malam tadi? Hati saya sakitlah setiap kali saya teringat. "

"Jangan lupakan sebab saya memang maksudkan kata-kata saya malam tadi tu. "

"Saya nak sebabnya, Fareel. Kenapa? Kita baru hampir sebulan awak dah buat saya macamni. Kenapa Fareel? Apa sebenarnya yang tak kena dengan diri awak ni? "

Fareel hanya diam tanpa berkata-kata.

"Saya benci tengok respon awak macam ni. "

Aku terus berjalan menuruni ana tangga meninggalkan Fareel. Sakit hati yang semalam nampaknya bertambah lagi hari ini. Cukuplah malam tadi puas aku menangisi Fareel.  Aku sangat terluka. Aku terluka.

#asmara

ASMARAWhere stories live. Discover now