Episod 1

48.1K 811 14
                                    

AKU menekan perlahan belakang ibu. Selalu ibu memang sakit belakang dan akulah tukang urutnya. Tak betah kalau . tengok ummi sakit biasa, apatah lagi sedang menanggung kesakitan. Ibu permata hatiku, ratu hatiku, bidadari hidupku. Sebagaimana dia menjaga aku sejak kecil, aku akan menjaganya sehinggalah dia akan menghembus nafas yang terakhir, dengan seikhlas rasa.

"Ayah tak balik lagi ke? "

Suara ibu kendur ketika menanyakan soalan itu kepadaku.

"Tak...Makcik Ima dah habis pantang, tapi ayah tak balik lagi pun. Tak apalah, nanti dia baliklah tu."

Ibu menghela nafas. Kedengaran nada kesal di hujung nafasnya.

"Ibu pun tak berharap dah Mayra... Kalau dia masih ingat isteri pertama dengan anak sulung dia ni, dia balik lah tu. Mungkin teruja sangat dengan kelahiran baru tu..."

"Biarkanlah dia bu, jangan ditunggu. Nanti sakit hati. InsyaAllah kalau panjang umur, adalah dia muncul nanti. "

Aku meneruskan picitanku di tapak kaki dan betis ibu pula. Ibu tidak lagi memandangku malah menyambung melihat ceramah di televisyen. Mungkin dia terlalu terasa dengan sikap ayah, sampaikan tiada lagi kata-kata yang mampu diucapkan olehnya.

Kedengaran pintu dibuka , aku dan ibu terus menoleh. Ku lihat Abang Mukhriz baru balik dari kerja, mukanya memang terpamer kepenatan. Dia meletakkan beg galas di tepi sofa kemudian mengambil tempat di sebelah ibu.

"Ayah ada balik rumah tak Mayra? "

Soalan yang sama diajukan kepadaku. Aku menggelengkan kepala.

"Tak ada pun bang. Dia nak jaga isteri muda dengan adik tiri abang lah kot, "

"Tak adalah muda sangat, dah masuk 40 pun tahun ni. Dah sampai boleh ber--shopping tadi, elok je berjalan satu mall tu,"

Ibu terus menoleh ke arah Abang Mukhriz. Mesti terkejut. Oh, ibu kat sini sakit dia langsung tak ambil tahu. Suami ke macamtu? Suami atas kertas. Getusku dalam hati. Abang Mukhriz menyambung kata-katanya lagi.

"Baguslah tu, yang sana boleh pergi ber-shopping-shopping. Yang kat sini sakit, haram nak menjenguk. "

Ibu menepuk perlahan bahu Abang Mukhriz. Mungkin untuk menenangkannya.

"Tak kisahlah dia nak buat apa, ibu harapkan abang dengan adik je. Ibu hidup pun untuk kau berdua, "

Ting! Satu pesanan mesej dari WhatsApp masuk. Aku terus memeriksanya.

Keluhan nafas aku lepaskan. Buat apa perempuan ni nak jumpa aku pula?

"Kenapa dik? Siapa mesej? "

"Alissa. Anak Makcik Ima. Dia nak jumpa lepas Maghrib. Tak tahu mimpi apa ajak Mayra berjumpa."

"Nak abang ikut ke? "

"Tak apalah, Mayra okay je kalau sorang, "

"Solat dulu baru pergi, "

Pesan ibu. Aku mengiyakannya.
Abang Mukhriz mengangguk kemudian aku meminta diri untuk ke bilik. Mimpi apa Alissa ajak aku berjumpa? Selama ini berjumpa memang tak pernah senyum. Baik aku ataupun dia. Sama sahaja. Bukan tak mencuba nak berbaik, tapi aku pernah senyum dan ingin berbual. Hanya diberikan jelingan ala maut dan berlalu pergi. Ayah berkahwin dengan Makcik Ima tahun lepas.

Hanya mampu berdoa agar Allah lindungi ibu, aku dan keluargaku.

*******

Aku memandu dengan tenang, tak ingin tergesa-gesa untuk bertemu dengan Alissa. Gadis berumur 22 tahun. Aku tua dua tahun daripadanya. Tak pernah panggil aku kakak, guna kau aku je. Itupun kalau bercakaplah. Boleh kira dengan jari berapa kali aku dan bercakap. Heh, tak ingin pun nak berkawan dengan orang sombong. Kau sekali taknak, aku beribu kali tak ingin.

ASMARAWhere stories live. Discover now