Episod 5

20.7K 524 3
                                    

AKU mengemaskan lilitan tudung satinku. Tibalah hari yang dinantikan. Akad nikah. Disebabkan pasangan Iqram ini berasal dari kampung sama, jadi upacara itu dibuat di masjid kampung ini sahaja. Ibu sudah ke masjid dulu dengan menaiki kereta ayah bersama mak dan Kak Aliya. Aku naik keretaku sendiri saja. Setelah mengemaskan segalanya, aku mencapai clutch dan telefon bimbitku. Kunci kereta yang tergantung juga aku ambil. Langkah kuatur keluar dari bilik. Rumah itu sudah sunyi, ramai sudah pergi ke masjid. Cuma ada beberapa lagi orang. Termasuk Aizad dan sepupu-sepupunya. Sengaja aku datang lambat. Aku bukannya pengantin perempuan dan langsung tak penting pun dalam majlis ini. Kereta Swift merah yang terparkir di luar rumah mak aku tuju. Terus aku menghidupkan enjin. Kenapa terasa lain macam pula kereta ni? Tiba tiba pintu keretaku diketuk. Wajah Aizad yang sebaya denganku terjegul di situ. Aku terus membuka pintu kereta.

"Tayar kau pancitlah Ra, cemana kau nak pergi sana? Kitaorang semua ada naik motor je ni, "

Terus membulat mataku setelah mendengar penerangan Aizad sebentar tadi. Tayar pancit? Aduhai. Macam mana ni? Jeritku dalam hati. Takkanlah aku nak seorang diri tunggu di rumah ini. Seriau aje.

Aku keluar dari kereta dan menguncinya. Kalau aku tumpang aje si Aizad ni, tapi aku pakai kain dan baju kurung bersulam ni.....macam mana?!

"Ha motor Din tu ada, tak ada sesiapa bonceng lagi. Naiklah dengan dia, "

Aku terus mencari Fareel bersama motornya. Terlopong sebentar aku melihatnya. Tu motor kena tonggek kalau aku naik. Main gila ni! 

Lah motor Ducati hitam yang menawan ni dia punya? Bisikku dalam hati. Aku ternampak juga motorsikal ini terparkir, fikir siapa pula bawa motorsikal macamni bawa masuk kampung.

"Zad... Aku taknak naik dengan dia. Seganlah, "

"Takda masa dah ni, ala naik ajelah. Din! Mayra tumpang kau boleh? "

Fareel menoleh dan hanya menunjukkan isyarat OK. Aku menghela nafas kemudian berjalan menuju ke arahnya. Nasib kaulah, Mayra. Aku dahlah naik motor tak sampai 10 kali je selama 24 tahun aku hidup ni. Tahun ni tak ada langsung aku naik motor.

"Be careful, jangan apa-apakan Laura. "

"Laura? Siapa Laura? "

Berkerut dahiku memandang Fareel. Aku kemudian mengalihkan pandangan kepada motornya. Motor ni ke nama Laura? Terus terhambur ketawaku.

"Gelak apa? Greet her. "

Sekali lagi aku ketawa. Ditambah lagi dengan riak wajah Fareel yang serius itu. Patutlah tak kahwin kahwin lagi. Tak ada awek pun. Sebab dah ada 'makwe' yang sedia bawa dia kemana-mana.

"Gelak apalagi? Greet her formally. "

"Okay okay, hello Laura. I'm Mayra. Nice to meet you, "

"Laura said, you're pretty. Just like her,"

Sekali lagi aku ketawa. Jangan mamat ni ada gangguan mental pula dah. Akhirnya dia turut tersenyum. Mungkin geli hati juga sepertiku?

Dia menghidupkan enjin motorsikal kemudian memberikan isyarat untuk aku naik. Haih kalaulah masjid tu dekat, dah lama aku jalan kaki. Perlahan lahan aku duduk di atas Laura. Ini kali pertama dan terakhir aku naik motorsikal dengan dia! Sumpah!

"Pegang kuat-kuat. Jangan lepaskan. "

"I will be fine, takkanlah nak peluk kau, "

"Suka hatilah. Tapi jangan menyesal nanti, "

Motorsikal itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah mak. Angin yang menerpa ke mukaku menimbulkan rasa yang teramat nyaman. Seronok juga naik motor ni. Dapat rasa angin segar!
"Kat KL tak ada nak rasa macam ni, "

ASMARAWhere stories live. Discover now