Episode 12

15.8K 463 4
                                    

"MUNGKIN terlalu awal untuk saya sayangkan awak. Saya suka kenal awak sebab saya selesa dengan awak dan awak banyak tolong saya je. Tak lebih dari itu. Saya harap awak faham, Fareel."

"Awak ada sebab yang munasabah ? Kenapa, saya tak layak ke untuk awak? "

"Saya minta maaf, Fareel. Saya pergi dulu. "

Fareel teringatkan peristiwa petang tadi. Hatinya dikocak hebat oleh gadis bernama Mayra Adeena. Jawapan Mayra benar-benar melukakan hatinya. Namun dia cuba mengawal sehabis baik emosinya saat itu. Kenapa Mayra? Aku tak layak ke untuk kau? Dari tadi soalan tu berlegar-legar di fikiran Fareel.

Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa di Mak Langnya. Semasa hari dia menginap di sana sempena pernikahan sepupunya, Iqram. Peristiwa malam itu amat mencurigakan. Apa kaitan Mayra dan Iqram? Kenapa Mayra lari daripada Iqram dan langsung tidak mahu bertemu dengan Iqram?

Mata Mayra saat itu dibayangi ketakutan. Sama seperti matanya ketika insiden di Petronas. Saat dia terperangkap di tandas bersama lelaki bangla itu. Takkan Iqram cuba nak mengapa-apakan Mayra pula? Mustahil. Lagi beberapa hari saja Iqram akan bernikah,  takkan dia nak buat masalah pula kan?

Fareel amat mengesyaki mereka berdua. Pasti ada sesuatu yang pernah berlaku antara mereka. Mungkin mereka pernah bercinta. Tapi siapa yang meninggalkan dan yang ditinggalkan?

Dia perlu siasat tentang hal itu. Fareel menghela nafas. Hatinya masih hampa setelah Mayra menolaknya mentah-mentah petang tadi. Mayra takkan langsung tiada hati terhadap aku? Getusnya dalam hati.

Fareel mula menutup matanya, bersedia untuk berlayar ke lautan mimpi. Fareel sangat berharap Mayra akan hadir dalam mimpinya. Fareel ingin bertemu dengan Mayra lagi, dia sangat rindukan Mayra. Biarlah dia bertemu dengan Mayra walau sekadar dalam mimpi.

***********

"Tolong... Tolong... Sakit.. Ibu.. Abang.... "

Dia terkaku di sebalik pintu almari, tempat dia menyorok ketika ini. Dia berada dalam almari kayu ini kemudian dengan jelas dia dapat menyaksikan insiden di sebalik lubang yang terdapat di pintu almari ini.

Dia melihat lelaki yang tua daripadanya itu semakin agresif. Perempuan yang mengongoi meminta tolong tadi semakin kuat esakannya. Dahinya berpeluh. Seolah-olah mendebarkan. Jantungnya berdegup kencang. Dia benar benar buntu. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan untuk menghentikan perbuatan lelaki terhadap kanak-kanak perempuan itu.

ASMARADonde viven las historias. Descúbrelo ahora