Episod 8

17.9K 527 8
                                    

SEBAIK sahaja client kami pergi , terus aku melepaskan keluhan. Erin pula tersandar di sofa. Banyak songeh betul client tadi, nasib baiklah aku ni penyabar. Aku perasan wajah Puan Harlina pun agak berubah tadi.

"Rileks, jangan stress-stress. Kejap lagi kita pergi shopping,  okey? "

Puan Harlina mengusulkan cadangan. Mataku dan Erin yang kuyu tadi kembali galak bersinar.

"Jomlah pergi sekarang. Tunggu apa lagi ,"

Kami ketawa bersama apabila mendengar kata-kata Puan Harlina.

"Kalau sepuluh client saya macamni, boleh pengsan dibuatnya. "

"Nak buat macam mana puan, dah begini caranya. Jomlah kita pergi sekarang , saya dah tak sabar ni. "

Erin mula memasukkan kertas perbincangan di dalam fail. Aku pun mengemas baranganku. Sempat ku membelek telefon, aih masa ni jugalah battery low.

"Saya laparlah, tadi ada nampak Secret Recipe kat depan hotel ni. Pergi makan kat sana nak? "

Aku mengangguk tanda setuju, Erin juga begitu. Aku pun dah lama tak makan di Secret Recipe.
"Eh sekejap , battery telefon tinggal 5% aje. Mayra nak naik bilik ambil powerbank tau, "

"Alright dear ,"

Aku melangkah meninggalkan Puan Harlina dan Erin di sofa restoran itu. Tak sangka client nak jumpa di restoran di hotel yang kami menginap ini, jimat tambang teksi. Aku menuju ke lif untuk pergi ke bilikku di tingkat 14. Terus punat lif aku tekan.

Tiba-tiba aku terdengar riuh rendah. Seperti orang berlari. Terus aku melangkah sedikit untuk melihat apa yang terjadi.

"Auchh! "

Seorang lelaki yang berlari menuju ke arah lif ini telah melanggar aku. Aku memegang bahuku yang terasa sengal. Apa kejadah orang ni lari dalam hotel?

Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang berbaju kasual, sama juga seperti lelaki tadi. Berlari. Apa ni, main kejar-kejar ke?

"Kau nak lari pergi mana? Menyerah jelah! Berhenti menyusahkan oranglah! "

Salah seorang dari mereka bersuara. Tiba-tiba lelaki yang melanggar aku tadi merentap tanganku. Tangannya dilingkar di leher dan aku lihat ada pisau tepat di leherku!

Serta-merta sekumpulan lelaki tadi mengacukan pistol ke arah kami. Ini....polis yang sedang mengejar penjenayah. Terus aku menelan airliur.

"Lepaskan dia kalau kau taknak diapa-apakan. "

"Kau orang semua ingat aku akan percaya ke kata-kata tu? Aku tak bodohlah! "

Lelaki ini menguatkan lagi lilitan tangannya di leherku. Aku semakin cuak. Terbayang wajah ibu di rumah. Tak pasal-pasal darahku tumpah di sini pula.

"Sudahlah, kau hentikan semua ni. Kau takkan dapat lari lagi. Sampai hujung dunia pun aku akan jejaki kau, jangan mimpi kau akan terlepas."

Seorang lelaki bersuara. Aku tak dapat melihat wajahnya kerana aku tak mampu bergerak. Lelaki ini terlalu kuat kudratnya, aku tak mampu melawan lilitan tangan di leher ini.

"Lepaskan dia! "

Kali ini suara yang lebih kasar pula keluar bersuara. Kedengaran tapak kaki menapak beberapa langkah.

"Jangan mara, kalau tak aku bunuh perempuan ni! "

Ting! Bunyi lif terbuka. Aku diseret masuk oleh lelaki itu. Eh polis ni, takkan tengok aje aku kena seret?



••••••••••••••••••••••



"BIARKAN dia, dia takkan pergi jauh. "

ASMARAWhere stories live. Discover now