Episode 14

15.1K 530 16
                                    

PENAT terasa segala sendi badanku. Hampir setengah hari mencari rumah sewa di kawasan ini namun nasib tidak berpihak kepadaku. Jam di tangan aku kerling. Sudah pukul 2.30 petang. Patutlah perutku berkeroncong ya amat. Lapar. Kali terakhir aku makan pada pukul 9 pagi tadi sebelum keluar dari rumah. Tinggal 2 hari sebelum kami akan pergi meninggalkan rumah itu. Abang Mukhriz juga sepertiku namun kami tidak pergi ke kawasan yang sama. Hanya aku seorang diri berlegar-legar di kawasan ini.

Aku memarkirkan kereta di hadapan deretan kedai. Namun agak jauh sedikit untuk ke kedai nasi campur dan beraneka lauk pauk itu. Aku mematikan enjin dan mencapai beg tanganku. Baru sahaja langkah pertama kuatur, terasa seperti seseorang berada di belakangku. Aku yang curiga terus menoleh.

"Diam kalau nak selamat. "

Aku tersentak. Sudahlah kawasan ini tak ramai orang. Dua lelaki itu mempunyai pisau lipat di tangan masing-masing. Aku menelan airliur. Ya Allah, kenapa banyak sangat dugaanmu? Permudahkanlah urusanku. Aku ini bagaikan sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Janganlah mereka mencederakankan aku.

"Jalan cepat, "

Aku hanya menuruti arahan salah seorang dari mereka. Mereka berdua memakai cap berwarna merah dan hitam. Salah seorang itu wajahnya berparut. Tak pasti sama ada tanda lahir atau kesan... Tetak?

Aku terpaksa mengikut mereka berjalan sehingga ke belakang bangunan. Hanyalah tong-tong sampah dan sunyi sepi hening. Aku tidak tahu siapa akan mendengar jeritanku sebentar nanti. Berdebar-debar kini aku rasakan.

"Serahkan semua duit yang kau ada, kad bank, kad kredit, kunci kereta dan telefon. Cepat! "

Jerkah lelaki yang mempunyai parut di wajahnya itu.

"Tolonglah , saya merayu. Saya tengah susah, banyak nak pakai duit. Nak bergerak naik kereta, telefon nak call keluarga, orang-orang penting. Awak tak rasa ke tindakan awak ni cuma menyusahkan orang lain? "

"Kau jangan banyak cakaplah! Kita kerjakan jelah dia ni. Bila dah sedap, nanti senyaplah. Hahahahahaha,"

Gelak tawa mereka berdua menimbulkan rasa menyampah dalam diriku. Memang manusia tak berguna. Sampah.

"Cepat serahkan semuanya! Kalau tak, kau sakit nanti. Baik kau fikir betul-betul. Kalau kau serah semua, kau dapat rasa sedap dan kau takkan cedera. Kalau kau enggan , kau akan sakit dan cedera. Jadi, yang mana?"

"Aku takkan termakan dengan pilihan pilihan bodoh dan tak masuk akal kau tu lah!"

Aku meludah ke arah muka lelaki yang berparut itu. Dari tadi dia yang melebih-lebih. Geram pula rasa.

"Tak guna punya perempuan!"

Pisau itu ditujukan ke arah perutku. Namun pantas aku mengelak hingga lenganku yang tertoreh.

"Argh! "

Meleleh-leleh darah yang berwarna merah pekat itu keluar. Aku terduduk. Sakit yang ku rasa saat ini membuatkan aku sakit hati. Ah, lelaki memang sering menyakiti perempuan dari segi luaran mahupun dalaman!

"Sekarang kau dah tak boleh pergi mana-manalah.... Aku dah kata, buat pilihan betul. Sekarang rasakan! "

Satu penampar dilayangkan di pipiku. Berpinar-pinar pandanganku saat ini. Aku cuba menutup lukaku yang tak berhenti mengeluarkan darah dengan lengan bajuku. Habis penuh dengan darah. Memang dasar lelaki bangsat...

"Apa guna kau menyakiti perempuan sedangkan kau tahu mereka tak terdaya untuk melawan kudrat kau? "

Suara yang pernah ku dengar. Suara penyelamatku buat kali yang ketujuh. Macam mana dia boleh tahu aku disini?

ASMARAWhere stories live. Discover now