Episod 10

18.5K 486 3
                                    

AKU terkelip-kelip memandang icon di laptop ini. Benarkah keputusan yang aku buat ni? Nampaknya , aku harus merelakan semua yang pernah terjadi. Walau apa pun, perkara dah jadi. Tindakan keji Iqram yang sering memaksa aku untuk perlakuan tidak senonoh di saat aku berumur 6 tahun. Kejam, jahat, manusia tak guna.

Blog asmara-1412.blogspot.com dicipta khas olehku. Semuanya kerana dendam kepada Iqram , aku melepaskan amarah pada yang tak bersalah dan melibatkan orang yang tak berkenaan. Aku menyalahkan semua lelaki berperangai seperti Iqram. Tapi adakah aku terlalu ikutkan rasa benci, sehingga terlupa kewujudan Abang Mukriz? Abang Mukhriz benar-benar menjaga aku dengan baik dan melindungi aku. Untuk apa lagi aku terus aktif dalam blog ini , ianya cuma memercikkan air ke dalam api.

'Delete blog'.

Aku mengklik icon itu. Aku ingin melupakan semuanya. Biarlah kisah silamku itu pahit sebab ia tidak bermakna masa depanku takkan cerah. Sudah tiba masanya aku melepaskan segala yang terpendam. Aku bukan Tuhan untuk menghukum Iqram. Cukup memori hitam itu akan dilupuskan oleh aku, suatu hari nanti.

Wajah Fareel hadir di ingatanku. Eh kenapa pula tiba-tiba dia muncul? Aku sendiri tidak pasti. Selepas meng-shut down laptop, aku merebahkan diri di atas katil. Hari yang memenatkan. Aku baru pulang dari Johor Bahru sebenarnya. Pukul 6.30 petang tadi baru sampai ke rumah. Sekarang jarum jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Sudah tiba masanya untk merehatkan badanku yang letih.

Tiba-tiba telefonku vibrate. Ada panggilan yang masuk. Aku terus terbangun apabila melihat nama Fareel yang tertera di skrin telefon. Sempat aku berdehem beberapa kali untuk membetulkan suaraku. Aku sengaja membiarkan telefon tu vibrate sehinggalah menjadi satu missed call. Aku bukannya apa, aku cuma nak tengok effort dia. Sekali lagi telefonku vibrate. Aku tersenyum kemudian barulah aku menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum. "

Gemersik suara garau itu namun lembut menyapaku.

"Waalaikumussalam, ada apa Encik Fareel? "

"Saya nak tanya kalau awak free esok. Saya nak ambil jaket saya yang tertinggal haritu. Awak yang simpan kan? "

"Takda, tak simpan pun. Bukan Encik Fareel dah bawa balik ke? "

Sengaja aku ingin mengusiknya. Geram. Sampai hati dia meninggalkan aku keseorangan tempoh hari. Peristiwa semalam kembali menerpa mindaku. Berputar seperti piring hitam yang menayangkan gambaran hitam putih scene di restoran.

"Are you serious? Janganlah main-main. "

"Betul lah saya kata ni. Jaket awak tu tak ada pada saya. Saya tak simpan. Faham tak? "

Aku ternanti-nanti responnya. Orang kata, polis kebanyakannya tegas. Teringin juga nak tengok Fareel jadi tegas walaupun selama ni dah dapat sikit sikit perangai kerek dia.

"Okay, baiklah kalau macamtu. Good night, Mayra. Jangan panggil saya Encik Fareel lagi ya. Just Fareel, "

"Alright. Good night too, Fareel. "

Panggilan dimatikan oleh Fareel. Berkerut seribu dahiku memandang skrin telefon.

"Dia pergi macam tu je?! "

Aku mengetap bibir. Menyesal pula tak mengaku. Kalau dibuatnya aku terlupa lagi tentang jaket ni, memang sampai ke tualah aku simpan.

Lain macam si Fareel ni. Oh ya, aku teringat kata-kata dia semalam semasa di restoran. Dia tak mahu berterus terang tentang semuanya kepadaku semasa di rumah mak tempoh hari. Sebabnya, taknak nampak desperate. Ni, lelaki macam ni. Mesti ego tinggi! Aku mengutuknya dalam hati. Geram pula rasa ni.

ASMARAWhere stories live. Discover now