Episode 11

17.4K 537 16
                                    

AKU berpeluk tubuh menanti seseorang di luar rumah ini. Sweater yang ku pakai ini, tidak cukup untuk menghalang angin dingin yang bertiup mengena tubuhku.

Mana dia ni? Batang hidung tak nampak. Kat luar ni sudahlah sejuk. Aku mengetap bibir. Pantang betul kalau orang datang lambat,  tak seperti yang dijanjikan. Benci, benci, benci.

Tiba-tiba kedengaran bunyi motorsikal yang tiba dari arah sana. Itu pun. Aku kenal motor berkuasa tinggi itu. Dari jauh pun dah tahu itu dia dan motor kesayangannya. Laura!

"Hai. Maaf lambat. Dah lama ke tunggu? Tegurlah Laura. Dah lama awak tak naik dia."

Tak habis-habis lagi dengan Laura. Dia mula mematikan enjin motorsikalnya itu namun dia masih berada di atasnya. Nampak handsome-lah pula tengok dia pakai helmet dan menunggang motorsikal jenis begini. Ah. Aku ni dah kenapa menggatal puji dia? Back to reality, Mayra Adeena!

"Hello Laura. Pemilik awak, Fareel Izzuddin ni sampai lambatlah. Dah lama tunggu ni. Kat luar ni pun sejuk tau. Susah sangat ke nak cari rumah ni?"

"Saya termasuk lorong yang lain tadi. Tapi asalkan tak tersalah jalan masa nak menuju ke hati awak. Kan? "

Aku lihat Fareel memberikan senyuman kereknya. Sengaja nak usik aku.

"Cliché sangat awak ni. Polis pun pandai buat pickup line ke? Ingatkan serius je memanjang. "

"Awak pernah nampak saya serius ke?"

"Selalu sangat dan saya tak pernah nampak awak ni gila-gila ke romantik ke. Yang awak tahu cuma nak kenakan saya dengan ayat pedas awak tu aje. Lagi-lagi masa kat rumah makcik awak haritu."

"Tu baru sikitlah. Saya buli awak je tu. Janganlah ambil hati, Cik Mayra. "

"Ni kenapa nak jumpa? Awak tak kerja ke harini? Kenapa tak pakai pun uniform polis tu? Langsung tak pernah nampak awak pakai."

Betul ke lelaki ni kerja polis? Detektif lagi. Masa di Johor Bahru haritu pun dia tak pakai uniform berwarna gelap itu.

"Awak nak tengok saya pakai eh uniform tu?"

"Mana ada. Lebih baik saya tengok kucing daripada tengok awak."

Aku mula berpeluk tubuh dan menjelingnya. Angin dingin semakin kuat menyapa tubuhku.

"Dah tu kenapa mention pasal uniform ? Awak ni, tak elok menidakkan keinginan sendiri. Kalau saya pakai uniform tu, awak jatuh hati nanti. Trust me. "

Dia tersenyum mengejek ke arahku. Jatuh hati? Aku jatuh hati kepada Fareel?

"Jatuh hati? Maksudnya jatuh cinta lah kan? Saya ni... Saya ni tak mudah jatuh cinta, jatuh hati, jatuh sayang atau segala jenis jatuh. Saya pun tak pernah rasa macam mana perasaan yang macamtu. Saya tertanya-tanya jugak, saya nak rasa. Tapi biarlah pada orang yang sesuai. Mungkin perasaan tu datang nanti bila jumpa jodoh yang sebenarnya. Haraplah bukannya jodoh orang lain..."

Tiba-tiba Fareel menghidupkan kembali enjin motorsikalnya itu. Berdentum-dentum bunyinya.

"Awak dah nak balik ke? Haih, penat saya membebel tadi. Ini aje respon awak, Encik Fareel Izzuddin? "

"Saya nak balik rumah. Nak fikir cara nak mudahkan awak jatuh cinta pada saya. Saya tahu, setakat pakai uniform tu awak takkan jatuh hati lagi. Macam yang awak kata tadilah, "

"Ha? Awak cakap apa ni? Jangan-jangan main-mainlah. Awak tak bagitahu lagi motif awak nak jumpa saya malam ni, "

Hatiku dipagut rasa geram. Eeee, dia ni tak habis-habis buat aku sakit hati.

ASMARAWhere stories live. Discover now