Episode 15

16.3K 561 15
                                    

"YA ALLAH kenapa dengan tangan Mayra ni?! "

Itu kata-kata pertama ibu apabila melihat keadaan tanganku yang berbalut. Fareel di sebelahku sudah berjanji tadi, dia yang akan menerangkan segala-galanya pada ibu.

"Mayra kena samun bu. Tapi tak ada barang hilang sebab ada polis tolong Mayra tadi, "

"Mesti Din yang tolong kan? Mayra, ibu dah pesan kan. Jangan jalan seorang diri kat tempat sunyi. Macam-macam boleh jadi. Cukuplah ibu taknak anak ibu kena apa-apa lagi. Din, mari masuk. Nasib baiklah kamu ada, "

Ibu terus masuk ke dalam rumah manakala aku dan Fareel masih berdiri di hadapan pintu. 

"Padan muka kena bebel. "

Bisik Fareel di telingaku. Aku menjelingnya kemudian terus meninggalkan Fareel yang sedang membuka kasut.

Aku pergi ke dapur untuk mendapatkan ibu yang sedang membuat air untuk tetamu kami, Fareel.

"Pergi dapur buat apa, pergi layan tetamu kat sana. Dulang ni ibu yang bawa, luka di tangan kamu tu baru je kena. "

Arah ibu kepadaku. Aku hanya mencebik. Bukannya teruk sangat pun luka ni...

"Mayra laparlah, bu. Tak makan lagi ni. Ibu masak apa harini?"

"Pergilah tengok sendiri lepastu, ajak Fareel makan sekali dengan kamu. "

Aku cuma mengiyakan arahan ibu kemudian berlalu ke ruang tamu.

Kelihatan Fareel sudah duduk di sofa sambil memeriksa telefon bimbitnya. Aku mencuri-curi pandang ke arah Fareel. Dia tidak berpakaian uniform hari ini namun dengan baju berkolar berwarna kelabu dan seluar berwarna hitam itu menampakkan dia lebih kacak dari sebelumnya. Yang paling aku suka lihat, rambutnya yang disisir rapi. Matanya yang redup serta alis mata yang lentik. Mata Fareel sememangnya cantik, mengalahkan aku yang perempuan ni.

Aku mula menapak langkah menuju ke arah Fareel. Sedar dengan kehadiran aku, Fareel terus mengangkat mukanya.

"Awak dah makan? Kalau belum, jomlah makan sekali. "

"Boleh ke? Okaylah, perut saya pun dah berbunyi dari tadi ni. Nasib baik saya cover, "

"Awak duduklah kat kerusi tu. Meja makan tu nanti saya nak letakkan lauk-lauk, "

"Eh tak apa , jangan hidangkan lauk kat meja makan. Saya ambil sendiri kat dapur. Dengan awak. Dah jomlah. Ibu awak buat apa lama sangat tu? "

Fareel mula bergerak ke dapur dan meninggalkan aku yang tercengang seketika. Aku menjongketkan keningku. Dia ni buat macam rumah sendiri, cepat betul dia selesa. Aku rasa tak sampai setengah jam lagi dia duduk kat sofa tu.

Apabila sampai di dapur, aku lihat dia sedang membasuh tangan di sinki.

"Mayra nanti sendukkan nasi, lauk untuk Din. Sudahlah tak hidang kat meja makan, tetamu pula datang dapur, "

"Eh makcik, saya tak kisah pun. Saya taknaklah susahkan makcik dengan Mayra dan saya selesa macamni. Makcik pun tak kisah kan saya datang dapur makcik ni? "

"Ya Allah, bagus betul mak kamu ni didik anak dia. Makcik tak kisah pun, Din. Buatlah macam rumah sendiri ya. "

Ibu menghulurkan senyuman kepada Fareel. Fareel hanya mengangguk kemudian membalas senyuman ibu. Ibu kemudian menatang dulang yang berisi jag air sirap limau ais bersama gelas-gelas. Aku memerhatikan saja langkah ibu yang berlalu ke ruang tamu. Kini hanya tinggal kami berdua di dapur.

Aku mengambil pinggan dan terus membuka penutup rice cooker. Apabila aku menyenduk nasi untuk kali yang pertama, tiba-tiba Fareel berdehem.

"Awak kenapa? Sakit tekak ke? "

"Tak adalah. Cumanya... bila tengok awak sendukkan nasi untuk saya tu, saya terasa macam suami isteri pula kat dapur ni, "

Bisik Fareel di telingaku. Spontan meremang bulu romaku. Aku cuba mengawal perasaan kemudian meneruskan menyenduk nasi untuk Fareel.

"Jauh sikit boleh tak? Awak ni suka rapat-rapat dengan saya dan bisik kat telinga saya. Cuba kalau saya yang buat macamtu kat awak, mesti awak tak tahan. "

Aku cuba memperlahankan suaraku supaya tak didengari oleh ibu. Namun nada suaraku masih keras. Aku menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi kepada Fareel.

"Sukalah tengok awak marah, lepasni nak buat lagilah. "

Fareel memberikan senyuman nakalnya kemudian menuju ke meja kecil yang menempatkan mangkuk-mangkuk berisi lauk. Aku hanya menjeling dari jauh. Tak habis habis nak mengusik aku, gerutuku dalam hati.

Selepas mengambil lauk kesemuanya , kami berlalu ke meja makan. Aku mengambil tempat di sebelah ibu manakala Fareel mengambil tempat berhadapan dengan aku. Ishkk, sibuk je duduk depan aku. Terpaksalah kawal sikit masa nak makan nanti.

"Ni je lauknya, Din. Kalau tak sedap tu , diam diam simpan dalam hati tau. Kalau sedap tu, alhamdulillah. Tambahlah lagi eh, "

"Ini pun dah cukup makcik, saya orang bujang makan takat mamak je. Itu pun dah naik bosan. Tapi kalau sempat,  saya singgah rumah mak jugak makan sana. Tapi itulah, bukan boleh hari-hari. Sibuk pun sibuk,"

"Janganlah makan kat kedai mamak sangat, haritu ada kes jiran makcik ni. Habis keracunan, ulang alik pergi hospital. Kita sekarang ni nak makan kena cari tempat bersih. Persekitaran bersih, InsyaAllah makanan yang dimasak pun bersih. "

Aku hanya memerhatikan sahaja Fareel dan ibu berbual. Aku macam tak wujud je kat sini, asyik sungguh berbual mereka berdua ni. Aku menyambung menyuap nasi ke dalam mulut. Ternyata Fareel ni peramah orangnya. Banyak pula topik dia nak bercerita dengan ibu. Ibu pula kalau dapat kawan berbual, memang syoklah dia.

"Ni kamu Mayra. Macam mana Mayra boleh kena samun? Sampai luka kat tangan tu. Cuba cerita kat ibu, "

"Mayra jalan nak pergi makan kat restoran. Lepas parking kereta. Tiba-tiba ada dua orang lelaki datang dari belakang. Mereka dah tunjuk pisau, tu Mayra cuak. Mereka suruh Mayra jalan sampai kat belakang kedai. Tempat tu sunyi kan. Mayra ada melawan salah seorang dari mereka tu yang sampai kena pisau. Ni pun Mayra elak kalau tak dia nak tikam kat perut tau."

"Nasib baik si Din ada. Kebetulan pula. Kamu meronda kat situ ke, tu boleh terjumpa Mayra? "

Aku tergelak kecil mendengar pertanyaan ibu kepada Fareel. Ibu, lelaki ni dah angaukan Mayra. Dia ikut Mayra kemana saja, tu yang boleh selamatkan Mayra tu. Bukan meronda. Aku lihat wajah Fareel masih tenang. Tak gelabah pula mamat ni?

"Lebih kurang macamtulah, makcik. "

Gugup suara Fareel ketika itu. Eh, pendek aje jawapan. Tadi bukan main hebat bercerita.

"Sedap masakan makcik. Lepasni boleh saya rasa lagi tak? "

"Boleh tapi mungkin kamu tak datang rumah ni lagilah. "

Aku memandang wajah ibu. Ah, aku terlupa tentang rumah sewa. Aku masih belum dapat mencari rumah sewa untuk kami sekeluarga sedangkan tinggal 2 hari saja lagi.

"Makcik nak pindah ke? Pindah kemana?"

"Tak confirm dan tak tahu. Esok saya pergi cari lagi rumah sewa."

Aku menjawab pertanyaan Fareel meskipun soalan itu untuk ibu. Berkerut dahi Fareel mendengar jawapanku.

"Kalau macamtu, apa kata tinggal di rumah saya? Kalau tak keberatanlah. Rumah teres saya tu dua tingkat, bilik kosong ada lagi. Kalau makcik okay, saya pun okay je. "

Aku dan ibu saling berpandangan.

"Awak serius? Tapi Abang Mukhriz pun ada sekali nanti, "

"Oh kalau abang awak ada lagilah bagus. Boleh tengokkan awak dengan ibu awak masa saya tak ada di rumah tu nanti. "

Aku merenung Fareel. Lelaki ini terlalu baik. Masakan sanggup mempelawa kami tinggal di rumahnya? Sedangkan kami tidaklah serapat dengannya sebagaimana kami rapat dengan keluarga mak.

Aku terkedu seketika.

ASMARAWhere stories live. Discover now