Episod 2

26.2K 561 5
                                    

AKU terus merebahkan diri di atas katil. Mujur ibu dah tidur dan Abang Mukhriz menonton movie di biliknya. Jadi tak adalah mereka nampak keadaan aku sebegini. Aku mengambil jaket kulit yang diberikan oleh lelaki tadi.

"Macam mana aku nak pulangkan ni? Nama dia pun aku tak tahu, nombor telefon pun tak ada. "

Gumamku sendirian. Pelik. Takkan dia tak ingat pasal jaket ni? Mesti dia patah balik kan kalau dia teringat? Aku tunggu kat situ walaupun takut , just in case kalau dia nak ambil balik jaket dia. Tapi tak ada pun bayang dia.

Aku meletakkan jaket itu di dalam bakul untuk dibasuh. Simpan jelah, kalau ada jumpa lagi nanti aku pulangkan. Insya-Allah.

Tiba-tiba aku terpandang sampul surat berwarna putih di atas meja komputerku. Ibu yang letak lah ni. Selalunya ibu memang letak surat-surat untukku di situ. Aku mencapainya kemudian aku mengeluarkan surat dari sampulnya.

Kad kahwin.

Suffian IqramNur Sazwani

Oh betul lah berita yang mak kau bagitahu aku tu. Kau memang akan berkahwin pun, lelaki paling tak guna.

Siapalah perempuan tu kan? Aku harap dia tahulah perangai sebenar kau macam mana supaya dia tak terkejut sangat kalau tahu nanti. Sebab 'taring' kau tu boleh mencederakan sesiapa je walaupun hanya dengan menyentuhnya.

Suffian Iqram. Aku bukan berdendam tapi aku harap sangat Allah akan balas balik di atas segala perbuatan kau dulu. Mungkin kau tak rasa lagi, tapi mungkin kena pada anak kau. Atau isteri kau. Aku berharap sangat kau akan rasa segala kesakitan yang aku tanggung selama ni.

Walaupun aku tahu, takkan ada sesiapa yang rasa apa yang aku rasa.

******

"KAU buat apa tu? Ralit sangat tengok komputer tu kenapa? "

Fareel menegur Hakim yang berada di sebelahnya. Dia punya penat memerika statistik jenayah tadi manakala rakannya ralit melihat sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan kerja.

"Aku terjumpa blog ni. Memang anti sangat dengan lelaki, aku syak ni perempuan psiko. Kau bacalah entry entry dia ni , deep betul ayat dia."

Fareel seolah tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Hakim. Dia terus menarik kerusinya rapat dengan Hakim.

"Manusia yang 'berbatang' abad ke 21. Kalau dah memang seorang manusia yang mempunyai 'batang', datanglah sepuluh perempuan cantik pun, dia tetap akan pilih semua. Seorang demi seorang dia sapu semua, tak tinggal walau seinci pun dia tetap ratah..."

Fareel terkaku apabila membaca ayat tersebut.

"Pelanlah sikit Reel, kau ni pun. Kau dah tengok kan? Ayat dia ni hmm. Kau rasa umur dia berapa? "

"Baya-baya kita kot. Biarlah dia nak buat apa pun. Ni kejap lagi Inspektor Zamani nak jumpa. Kau get ready, tak pasal pasal je nanti kena sound. "

"Alah Reel, aku bukannya nak menyibuk. Tapi sebagai manusia yang berbatang, terasa do dengan ayat dia. "

"Fahaman dia, lelaki semuanya SAMA. Itu je. Oh lupa nak tanya tadi, maklumat perempuan yang aku tanya tu dah jumpa ke? "

Hakim mengeluarkan sesuatu dari lacinya. Dia menghulurkan beberapa helai kertas mengenai maklumat perempuan yang mereka tolong semalam.

"Mayra Adeena. 24 tahun. Nombor telefon.... Ah kau ni memang boleh diharap. Thanks!"

Fareel menepuk bahu Hakim kemudian kembali ke tempatnya.
Dia macam kenal perempuan malam tadi tu. Familiar betul mukanya. Fareel mengurut dagunya sambil membaca informasi tentang Mayra Adeena. Saat perempuan itu memandangnya, dia dapat rasakan mereka pernah berjumpa. Tapi di mana?

Malam tadi, dia memang terlupa tentang jaketnya. Namun dia taknak nampak tergesa-gesa. Fareel kembali ke Petronas , dan dia lihat perempuan itu masih berada di dalam kereta. Dia mengambil nombor plat kereta Swift berwarna merah itu lalu beredar pergi. Bukannya dia taknak jaket itu, tapi dia ingin menemui perempuan itu lagi. Kalau dia minta jaket tu malam tadi juga, mustahil mereka akan bertemu lagi. Jadi, baik dia tangguhkan dan akan mencari kembali perempuan itu untuk mengambil jaketnya.

"Kau jangan kata kau berminat dengan perempuan tu....tak sangka kau ni percaya pada cinta pandang pertama, "

Fareel tersentak dan menoleh ke arah Zul yang sudah berada di sebelahnya.

"Takdalah, bukan cinta ke apa. Aku rasa macam kenal dia, macam pernah jumpa. Bila aku tengok mata dia, aku rasa macam pernah nampak. Muka dia yang ketakutan tu, aku pernah nampak. Tapi aku tak ingat kat mana."

"Dalam mimpi kot? So apa kau nak buat lepasni? "

"Aku tak terfikir lagi. Mungkin berjumpa dengan dia dengan alasan nak ambil jaket. Tapi aku... Aku rasa aku takkan jumpa dia dua kali je. Ah, tak tahulah. "

"Kau takyah layan dia tu Zul. Betul lah dia dah syok pandang pertama kat Mayra Adeena tu. Meh sini join aku baca blog Asmara, "

Zul seperti tertarik dengan kata kata Hakim kemudian mendekatinya.

"Siapa Asmara, Kim? "

Tanya Fareel kepada Hakim. Kelihatan Zul pun sudah khusyuk membaca di skrin komputer itu.

"Alah nama penulis post 'manusia berbatang' tu lah. Url blog dia, asmara-1412.blogspot.com. Aku syak dia guna nama tu lah, "

Fareel hanya memandang Hakim yang berbicara namun matanya lekat di skrin komputer. Perempuan anti lelaki? Ada lagi eh masa sekarang ni? Bisik Fareel dalam hati.

Detektif sepertinya bukanlah seorang yang tergopoh gapah. Semua ada di genggamannya, sebab itu dia tenang apabila berhadapan dengan Mayra Adeena. Dia akan terus menyiasat tentang Mayra Adeena. Perempuan itu.

******

AKU tertawa apabila membaca komen-komen selepas menghantar entry di blog. Mesti si pengomen ni lelaki, kalau tak. Takkanlah dia komen menentang sangat-sangat.

Aku di dunia nyata ialah Mayra Adeena namun di alam maya, aku ialah Asmara. Blog menjadi tempat aku melampiaskan segala rasa yang terpendam terhadap lelaki, termasuklah lelaki yang bernama Suffian Iqram itu. Aku memilih nama Asmara, kerana nama itu hampir hampir dengan Mayra, namaku.

Aku tahu perbuatanku salah. Tunggu masa saja aku akan tutup blog tersebut. Tapi , nantilah. Aku merancang, selepas sahaja perkahwinan Suffian berlangsung, aku akan tutup blog ni terus. Dia tidak memilih aku, namun aku langsung tak kisah. Aku tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya. Langsung tidak. Hanyalah dendam yang membara dan hati yang sakit seperti dipanah api sembilu.

Tetapi.... Lelaki malam tadi tu membuatkan aku tertanya tanya. Rupanya masih ada lelaki yang baik hati seperti dia. Lelaki bukannya semua sama. Tapi. Ini baru kali pertama aku bertemu dengannya. Tak mustahil pun kalau dia sama seperti lelaki lain kerana aku baru sekali berjumpa dengannya.

Ah, takkan ada siapa yang mampu mencairkan hati bekuku yang sememangnya beku untuk lelaki. Manusia berbatang itu.

#asmara

ASMARAWhere stories live. Discover now