Episod 20

17.1K 521 9
                                    

AKU melipat kain baju dengan fikiran yang agak bercelaru. Aku asyik terfikirkan Fareel. Bagaimanakah perasaan Fareel kalau dia tahu tentang sesuatu yang terjadi antara aku dan Iqram?

Peristiwa petang semalam pun aku asyik teringat. Aku tahu Fareel cuma bergurau tentang perkataan 'hisap' itu tapi..... Ya Allah, aku sendiri buntu. Ibu di sebelah sambil tangannya juga melipat kain, matanya tertumpu pada televisyen. Layan drama, macam Abang Mukhriz juga.

"Mayra, ibu nak cakap ni. Tadi kan, mak angkat Mayra telefon ibu. Dia kata esok ada makan-makan kat rumah dia. Buat BBQ. Dia jemput kita datang sana,"

Tegur ibu yang berada di sebelahku. Mak nak buat makan-makan kat rumah dia? Mesti Iqram ada nanti.

"Yelah kan nak masuk tahun baru ni. Esok 31/1 lah kan bu? Mesti countdown untuk tahun baru ramai ramai kat sana. "

"Tak tahu pula motif dia buat makan-makan ni. Ni kita kemas baju malam ni, pastu esok kita geraklah pagi sikit. Dah tiga bulan tak jumpa dia , ibu nak sembang-sembang lebih sikit. "

"Oh boleh je. Err, Fareel ikut sekali eh bu? "

"Mestilah ikut, itu kan rumah Mak Lang dia ,"

Abang Mukhriz baru bertolak ke Cherating pagi tadi dengan rakan-rakan sekerjanya. Sambil-sambil nak makan angin kat sana, sambut tahun baru kat sanalah tu.

"Ibu nak pergi solat Isyak sekejap kat dalam bilik. "

Aku mengangguk cuma mengiyakan saja. Tinggallah aku berseorangan di ruang tamu ini melipat kain ditemani drama pada kaca televisyen.

Fareel berada di biliknya. Tadi selepas makan malam bersama di meja makan, dia naik terus ke biliknya. Ada juga berborak dengan kami, mengusik aku juga tak henti-henti. Ibu belum tahu tentang aku dan Fareel. Atau ibu sudah tahu namun sengaja berpura-pura tak tahu?

Entahlah , aku pun tak tahu.

"Hai sayang. "

Aku menoleh ke arah datangnya suara itu. Fareel sedang berkain pelikat yang berada di belakangku.

"Hai Fareel. "

Fareel tiba-tiba duduk di sebelahku. Dia dengan selamba menonton drama yang sedang terpasang di televisyen.

"Kenapa awak tak duduk kat atas sofa? Kan saya tengah lipat kain ni, "

"Nak duduk sebelah awak, tak boleh ke? "

"Pergilah duduk kat sofa dulu, nanti dah siap baru saya datang duduk sebelah awak. Okey? "

Fareel menggelengkan kepalanya. Matanya masih lekat pada kaca televisyen. Dia pun dah layan drama. Boleh geng dengan Abang Mukhriz.

"Kesian lelaki ni, dulu dia jadi taiko. Perempuan ni tak tahu pun kekasih dia tu bekas ahli gangster. Serba salah dia ni, nak jujur ke tidak. "

"Kalau kekasih dia tu betul-betul sayangkan dia, mesti dia terima lelaki betul-betul, tak kiralah lelaki tu ada masa silam teruk sangat sekali pun. "

"Susah.. Awak cakap senang ler. "
Aku tiba-tiba tersentak. Mataku terus tertumpu ke arah televisyen. Lebih kurang saja kisah aku dan kisah lelaki ini.

Aku pun ada memori silam yang sangat menyakitkan dan sedaya upaya menyembunyikan daripada Fareel.

"Kalau awak kat posisi perempuan tu, apa awak nak buat? "

Sengaja aku ingin trick Fareel.

"Saya suka kalau dia jujur terus. Lagi sakit kalau tahu sendiri apa yang dia simpan tu. Bagi sayalah, saya terima seadanya je pasangan saya. Kenapa nak benci-benci sangat, kalau diri sendiri pun tak sempurna mana, kan? Cuma kalau perkara tu berat, kenalah ambil masa sikit. Boleh culture shock. Tapi entahlah, saya tak mengalami lagi. Saya haraplah saya boleh kawal diri saya nanti. Itu je. "

ASMARAWhere stories live. Discover now