Episod 6

19.9K 505 3
                                    

MAJLIS persandingan di pihak perempuan kelihatan agak meriah. Keluarga pihak lelaki diarak bersama bunga mangga dan alunan kompang. Sungguh meriah, memang terasa kemeriahan di kampung lebih dari di bandar. Kalau majlis di pihak perempuan diadakan sehari selepas akad nikah manakala majlis persandingan pihak lelaki pula diadakan pada minggu hadapan. Awal-awal lagi aku sudah memaklumkan kepada mak yang aku tak ikut serta. Sebab aku ada Hari Keluarga di Port Dickson yang dianjurkan oleh tempat kerjaku. Abang Mukhriz pula yang akan menghantar ibu ke rumah mak nanti.

Aku memerhatikan sahaja langkah Iqram bersama-sama isterinya, Sazwani menuju ke pelamin. Lelaki yang ku benci kerana merosakkan masa silamku kini sudah berkahwin. Patutkah aku melepaskan segala dendam yang aku simpan selama ni? Namun aku sendiri tidak pasti. Trauma aku dengan hujan dan guruh masih tertanam dalam diri ini. Kalau aku boleh lupakan segalanya pun, aku perlukan seseorang untuk merawat kesakitan ini.

Kami, keluarga pihak lelaki mula mengambil tempat duduk untuk makan. Perutku yang tak diisi sejak pagi tadi berkeroncong apabila terbau lauk pauk yang tersedia. Setelah mengambil makanan, aku memasukkan suapan pertama ke dalam mulut. Namun aku hampir tersedak apabila melihat Fareel di meja sebelah yang memandang aku sedang makan.

"Ehem. Encik Fareel, boleh tak pandang tempat lain? Tak selesa saya apabila Encik Fareel pandang saya begitu."

"Kat dagu tu ada nasi. Itu je nak bagitahu. "

Aku memegang daguku. Memang ada pun sebutir nasi yang hinggap di situ. Dia memandangku sambil senyum mengejek. Aku menghadiahkan sebuah jelingan kemudian kembali menatap nasi minyak di hadapanku. Ikut suka kaulah nak pandang aku ke nak kenakan aku atau apa, yang penting sekarang aku nak kenyangkan perut.

Ibu awal-awal lagi sudah ditarik oleh mak untuk makan di meja yang sama. Lagi pula, ibu terjumpa kawan sekolah lamanya yang duduk di kampung ini. Itu menyebabkan ibu, mak dan kawan lamanya itu asyik sangat berbual. Mesti banyak sangat topik. 

"Kak Liya rasalah, si Din tu macam suka Mayra je. Dia suka sangat mengusik Mayra, tolong Mayra banyak kali. Rasanya dengan sepupu yang lain, tak adalah sampai macamtu sekali perangai dia."

Kak Aliya berbisik di telingaku. Sekali lagi aku hampir tersedak. Terus aku mencapai gelas dan meneguk air oren.

"Takkanlah usik macamtu pun dah tersedak. Macam betul je apa yang Kak Liya cakap ni kan? Mayra pun tak ada boyfriend,"

"Tak tahulah nak bagi respon apa....tapi buat masa sekarang, Mayra nak fokus pada kerja dan nak jaga ibu dulu."

Mataku beralih ke tempat duduk Fareel di meja sebelah. Dah tak ada orangnya. Mana dia pergi? Cepat betul dia makan. Tiba-tiba aku terpandang ke arah meja di hadapanku. Rupa-rupanya dia di situ. Bersama sepupu-sepupu perempuannya. Nampak mesra betul.

"Mayra? Kenapa berhenti makan? Tengok apa? "

Kak Aliya menegurku. Aku terus tersentak kemudian kembali menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Aku cemburu ke melihat kemesraan dia dengan sepupu sepupu perempuannya itu? Ah, Mayra. Jangan bermimpi di siang hari.


*********

HARI ini hari terakhir aku dan ibu berada di sini. Sekejap lagi kami akan berangkat pulang. Betapa bahagianya aku apabila hari yang dinantikan sudah tiba. Tidaklah perlu lagi aku untuk melihat wajah Iqram durjana itu. Aku mengemaskan beg pakaianku untuk memastikan tiada pakaian yang tertinggal.

"Sedih ja muka. Macam taknak balik rumah , "

Ibu menegurku. Dia sedang melipat bajunya untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian. Aku terus menoleh ke arah ibu dan tersenyum.

"Rindu rumahlah, bu. Takkan taknak balik. Kerja pun dah menimbun tunggu kat office."

"Sepanjang kita di sini, Mayra ada tersuka sesiapa ke? Okeylah ibu terus straight to point. Mayra ada perasaan ke pada lelaki yang bernama Din? Anak Mak Ngah. Ibu ada perhatikan dia juga. Kadang-kadang dia curi curi pandang Mayra tau. Bila Mayra pandang ke arah dia, dia pura-pura pandang tempat lain. Padahal, dia tengok Mayra macam nak terkeluar biji mata tu tau. "

"Mayra tak ada perasaan suka pun pada sesiapa di sini. Mayra.. Mayra sebenarnya tak nak kisah tentang benda-benda yang melibatkan soal hati ni. Mayra kalau boleh, sekarang ni memang nak fokus cari duit dan jaga ibu. Mayra tak kisah pun orang kata Mayra ni tak laku ke, asalkan Mayra bahagia dengan keluarga Mayra. Mayra tak perlukan kekasih untuk bahagia dan ya, sekarang bukan masanya untuk Mayra fikirkan tentang tu semua."

"Tapi ibu teringin nak tengok Mukhriz dan Mayra bersanding sebelum ibu tutup mata. Ibu teringin nak main dengan cucu ibu. Kalau boleh nak mandikan dia, nak dia duduk di pangkuan ibu dan nak dukung dia, kucup pipi dia. Ibu harap Mayra fikir-fikirkanlah. Ibu pun dah tak lama. Ibu kalau boleh nak tengok anak-anak ibu bahagia. Barulah ibu boleh pergi dengan tenang, "

"Janganlah cakap macamtu, bu. Mayra cuma... "

"Kadang kadang yang ada depan mata langsung kita tak peduli, tak hargai. Tapi bila dia dah pergi, barulah kita tercari cari. Din tu bagus budaknya. Sopan je bila bercakap dengan orang tua. Kerja polis juga, bekerjaya orangnya."

Kata-kata ibu sedikit sebanyak telah meresap ke dalam hatiku. Ibu macam berkenan aje pada si Fareel tu? Belum sempat aku mahu membalas kata-kata ibu tadi, kelihatan pintu bilik terkuak dari luar. Kak Aliya menunjukkan dirinya.

"Makcik, Mayra. Mak suruh makan dulu sebelum balik nanti, jangan tak makan. Mak masak khas untuk makcik dengan Mayra tau. "

"Ha jomlah makan sekarang. Ibu pun dah lapar. Mayra dah siap berkemas kan? "

"Err, ya bu. Jomlah makan. Mayra pun dah lapar ni. "

Kami berdua bangun kemudian pergi ke ruang makan bersama-sama Kak Aliya sekali. Ketika makan, fikiranku agak melayang. Aku teringatkan kata-kata ibu. Bermain - main di mindaku. Aku tak pernah jatuh cinta apatah lagi jatuh cinta. Bukannya tak ada yang mahu, namun aku terlalu dingin. Traumaku dengan lelaki belum hilang lagi. Bagi aku, baik tua ataupun muda, mereka bernafsu meskipun diletakkan perempuan bogel yang sudah menjadi mayat di hadapan mereka.

********

AKU tercari-cari wajah Fareel namun tiada. Sebentar lagi kami akan berangkat pulang. Dia tak nak ucapkan selamat tinggal ke padaku? Ah, tidaklah agaknya. Aku bukannya penting. Cuma seorang orang luar yang pernah dia tolong beberapa kali. Kak Aliya kata, keluarga Mak Ngah dah balik. Begitu juga dengan yang lain. Tapi motor Fareel masih terparkir di tempat yang sama.

Aku mula menyalami mak dan Kak Aliya. Ibu pula memeluk mak. Nanti jumpa lagilah mak...

"Hati hati memandu tu, Mayra. Kalau mengantuk, berhenti kat RnR dulu tau, "

Mak memberikan pesanan. Aku cuma mengangguk dan tersenyum. Wajah Iqram tidak kulihat. Kak Aliya kata, dia bermalam di rumah mertuanya sejak kenduri tempoh hari. Selesai memasukkan beg pakaian ke dalam kereta, aku berlalu menuju ke pintu kereta bahagian pemandu. Aku memang takkan bertemu dengan Fareel untuk kali yang terakhir...

Aku mula masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Beberapa minit kemudian, barulah keretaku perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah mak. Entah kenapa terasa agak sayu. Aku pergi tanpa sempat bertemu dengan Fareel. Bila lagi dapat bertemu dengan dia agaknya? Aku menutup perasaan itu dan  fokuskan pada pemanduan. Jumpa lagi, Fareeel.



*********

#asmara

ASMARAWhere stories live. Discover now