Episod 21

15.2K 513 19
                                    

"SYAZEL! Meh sini. Ya Allah, budak ni hyperactive betul."

Hampir setengah jam aku melayan Syazel ni bermain. Lincah betul. Boleh kurus kalau aku main kejar mengejar dengan budak ni. Syazel berlari anak-anak sehingga kawasan belakang rumah. Aku terpaksa mengejarnya untuk membawa dia masuk ke halaman rumah kembali. Tak pasal-pasal kalau ada haiwan yang tak diundang pula datang kat belakang rumah mak ni. Kebun kan. Beberapa kali juga mak cerita yang dia pernah terjumpa ular. Ayah pun pernah terjumpa anak ular.

Setiba aku di sana, bayang Syazel tidak kelihatan.

"Syazel! Syazel kat mana? "

Panggilku. Haih, terasa risau pula.

"Syazel, petang-petang macam ni jangan main sorok-sorok. Bahaya tau, "

Masih tiada sahutan. Aku maju menapak beberapa langkah ke depan. Mana pula budak lincah ni pergi?

"Kalau aku yang sorok, bahaya juga ke? "

Berderau darahku apabila mendengar suara Iqram yang kedengaran pula.

"Aku dah suruh Syazel balik rumah ikut jalan sana. Kau ni lambat sangat. "

Ujar Iqram yang tiba-tiba muncul dari arah yang bertentangan.

"Oh baguslah kalau macamtu. "

Aku terus berpusing ke belakang untuk pulang ke rumah. Sekarang ini aku berdua-duaan sahaja dengan Iqram di kawasan sunyi ini. Hatiku mula tak sedap. Iqram ni durjana, tak boleh dipercayai.

"Tinggalkanlah si Fareel tu, dia nak main-main je dengan kau. Hakikatnya, dia masih ingat tunang lama dia. Sia-sialah kau percayakan dia. "

Langkahku terhenti.

"Kau ingat kau boleh bahagia ke dengan dia? Dia tu tak boleh move on dengan bekas tunang dia. Kau tahu kenapa Amzar, adik dia tu yang kahwin dulu? Sebab sepatutnya majlis tu jadi majlis Fareel tapi pengantin dia dah lari ikut lelaki dari UK. Dia tu nak gunakan kau je untuk lupakan ex dia, "

"Kau ingat aku nak percayakan lelaki macam kau ke? Eh Iqram, kau tak payahlah nak busybody pasal orang lain. Baik kau kisahkan bini kau yang tengah mengandung dengan anak kau yang bakal lahir tu. Tak payahlah nak sibuk pasal aku dengan Fareel, kau tak perlu sibuk dan kau tak harus sibuk pun. "

"Ni benda betul lah, Mayra. Kenapa? Tak nak percaya ke? "

"Aku malas nak layan kaulah. Buang masa, buang air liur dan takda guna pun."

Aku terus berpaling namun tiba-tiba tanganku direntap dari belakang.

"Lepaslah! Kau ni dah kenapa?! "

"Aku... Aku nak kau puaskan aku! "

Iqram cuba menarik aku ke dalam semak namun dengan pantas aku menendang pehanya.

"Kau ni dah gila ke? Isteri kau tengah mengandung,  lagi kau nak buat hal! Dan lagi satu, aku ni bukan pemuas nafsu kaulah! Kalau bertahun-tahun yang dulu kau boleh nak paksa aku sesuka hati , jangan ingat kau boleh ulang benda yang sama. Patutnya aku report polis lah pasal kau ni!"

"Oh kau nak report polis? Kau ni janganlah bebal sangat. Kalau kau report polis, benda ni akan heboh. Heboh sampai orang kampung sebelah pun tahu. Tapi kau rasa, apa reaksi Fareel lepas dapat tahu apa yang terjadi kat kau? Dia nak terima kau lagi ke? Kau tu dah kotor! Mana suci lagi! Kau ingat lelaki nak sentuh ke perempuan kotor macam kau?!"

Panggg!

Kelima-lima jariku mendarat di pipi kiri milik Iqram. Terketar-ketar aku menahan kemarahan.

ASMARAWhere stories live. Discover now