Episod 19

15.5K 482 6
                                    

AKU menanti Fareel di sofa sambil menonton televisyen. Sebentar lagi kami akan pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Hanya aku dan dia. Ibu tengah bersiap untuk pergi ke Giant dengan Abang Mukhriz, nak beli barang dapur.

"Manalah dia ni, bersiap macam perempuan. "

Bebelku sendirian. Rasanya sudah setengah jam aku menanti dia di sini. Buat apa lama-lama kat atas? Jangan kata dia tertidur pula.

"Mana si Fareel? Jadi ke tak pergi? "

Tanya Abang Mukhriz yang baru sampai di tingkat bawah. Dia melabuhkan punggung di sebelahku kemudian mencapai remote. Lantas channel ditukar. Aku mengetap bibir.

"Kenapa abang tukar? Ala Mayra tengah tengok cerita tadi lah. Suka hati je dia ni ,"

"Alah kejap lagi Mayra nak keluar kan , bukan boleh tengok sampai habis pun cerita tu."

Ujar Abang Mukhriz dengan nada selamba. Aku menjelingnya geram.

"Ehem, "

Tiba-tiba kedengaran seseorang berdehem dari belakang. Aku terus menoleh. Fareel sedang tersenyum memandangku.

"Tu Fareel dah turun, dah pergi sana. "

"Alah kejap lagi ibu dah siap, abang kena tutup tv jugak. So tak dapat tengok sampai habis. "

Aku menjelirkan lidah kepada Abang Mukhriz.

Selepas itu, aku memberi isyarat kepada Fareel kerana ingin pergi menyalami ibu di bilik. Beberapa minit kemudian, aku kembali menuju ke ruang tamu. Kelihatan bayang Fareel sudah tiada.

"Mana Fareel? "

Tanyaku kepada Abang Mukhriz yang masih menonton televisyen. Tak habis-habis layan drama. Mat jiwang, memang macam tu.

"Dah pergi dulu tadi. Mayra lambat sangat. "

"Eee, abang ni loyar buruk je tahu. Dahlah, Mayra pergi dulu. Nanti drive bawa ibu tu elok-elok, tolak troli betul-betul. Jangan bagi ibu leka dan abang pun jangan leka. Nanti hilang pula, ibu tu tak boleh dijangka. Dah , bye. "

Aku berlalu pergi selepas Abang Mukhriz memberikan isyarat OK sedangkan matanya masih tertumpu pada skrin televisyen. Kasut sukan Airmax aku sarungkan. Rupanya Fareel sedang berada di luar rumah sambil berdiri di pintu kereta membetulkan sesuatu.

"Awak betulkan apa tu?"

Tegurku saat tiba di sebelah Fareel.

"Takda betulkan apa-apa, cuma saya tengah tengok ada kesan calar ni. Macam ada orang buat. Tengok ni dia gores panjang betul ,"

Fareel menunjukkan satu garisan yang dicalarkan oleh seseorang pada pintu kereta.

"Orang gila kot, mana tahu tangan pegang batu and then masa jalan sebelah ni tangan dia tak reti duduk diam. "

"Hish , tak guna betul. Sial, menyusahkan orang. "

Gulp.

Aku menelan air liur saat mendengar Fareel berkata begitu. Mataku tidak berkelip memandang Fareel yang masih membelek pintu keretanya itu. Fareel mencarut? Marah betul dia ni.

"Awak pergi masuk dalam dulu. Saya dah on aircond. "

Aku terus melangkah masuk ke dalam kereta. Tidak berani untuk menjawab apa-apa.  Marahnya Fareel. Mungkin ini kereta kesayangannya. Selain Laura iaitu motor berkuasa tinggi itu. Honda Civic ini jarang aku lihat Fareel memandunya. Tapi Fareel nampaknya sayang sangat akan kereta ini. Mungkin dia beli dengan duitnya sendiri, hasil dia penat bekerja.

ASMARAWhere stories live. Discover now