Episod 7

18.9K 484 4
                                    

Tiga bulan kemudian...

FAREEL terus menghela nafas apabila sampai di tempat duduknya. Dia sebenarnya penat mencari jaket kulit kesayangannya di rumah tadi. Dia sendiri tak ingat kali terakhir dia memakai jaket itu. Umur baru 29 tahun namun pelupa orangnya.

"Kau kenapa? Gelisah je muka? Kejap lagi Inspektor Hadi nak jumpa. Pasal kes perogol bersiri  tu, apa nickname dia....haa John Klang. Lokasi terakhir dia di Johor , kemungkinan besar kita kena pergi sana. Aku pun tak sabar nak gari dia ni. "

"Aku tak rasa kita gari dia. Sama ada kau atau aku ataupun sesiapa je. Aku rasa, samada dia kena tembak atau pun mati semasa larikan diri. Kalau kena gari tu biasanya menyerah diri atau penjenayah yang lemah. Tapi si John Klang ni psiko, dia taknak mati di tangan polis atau di tali gantung rasanya. Mungkin dia akan bunuh diri lepas kena kepung nanti. "

"Dia psiko pun bijak. Macam mana dia boleh lari sedangkan kita dah kepung tempat persembunyian dia di Shah Alam haritu. Polis di mana-mana je kat sekitar tu. Tapi tahu tahu, dia dah sampai highway. Bukannya di rumah lagi. "

"Sepandai pandai tupai lompat, dia akan jatuh juga. Samada di tangan sendiri atau di tali gantung atau di tangan polis. Oh ya Kim, kau ada nampak tak jaket aku? Jaket yang aku selalu pakai sebelum ni. Baru kelmarin aku teringat dah lama sangat tak pakai semenjak aku dah beli baru haritu,"

"Jaket hijau tua tu eh? Aku pun dah lama tak nampak. Tak perasan pulak, "

Fareel terasa hampa apabila mendengar kata-kata Hakim. Terpaksalah dia menyelongkar lagi almari di rumah nanti.

"Kau ni pelupa betul lah. Bukan ke kau ada selamatkan orang haritu, then kau pakaikan jaket kau tu pada dia. Ingat tak? Kat tempat isi minyak. Yang kes bangla macam nak rogol perempuan tu. "

Zul tiba-tiba menyampuk. Fareel membuat muka keliru. Kes bangla di tempat isi minyak? Hakim menepuk bahu Fareel kemudian bersuara.

"Eh tu kan Mayra Adeena, Reel? Kau dah ada information pasal dia kan? Pergilah mintak. "

Fareel menepuk dahi. Macam mana dia boleh terlupa jaket itu ada pada Mayra? Terus dia membuka laci mejanya, mencari kertas A4 yang tertulis informasi mengenai Mayra. Nombor telefon Mayra.

"Kalau kau ni ada bela ikan emas, mesti dah mati sebab kau terlupa nak bagi makan. Hahahahaha, "

Hakim dan Zul sama-sama ketawa. Fareel tersenyum sendirian. Bukan kerana lawak hambar Zul, namun teringatkan Mayra yang akan ditelefon nanti. Sedar tak sedar, sudah 3 bulan semenjak mereka bertemu di rumah makciknya haritu. Hati kecilnya berkata-kata.



•••••••••••••••••••••••••••

AKU mengemaskan pakaian yang akan dibawa esok ke Johor Bahru. Erin juga turut membantu. Katanya bosan dan dia pula suka mengemas pakaian. Nama aku dan Erin naik untuk ikut serta Puan Harlina berjumpa client dari sana. Bolehlah nanti jalan-jalan di JPO.

Malam ini Erin bermalam di rumahku kerana esok kami akan berangkat bersama-sama ke airport dengan kereta Abang Mukhriz.

"Cantiklah jaket ni. Beli kat mana Ra? "

Aku terus memandang Erin. Jaket? Mataku terus tertumpu ke arah jaket hijau tua yang dipegang oleh Erin.

"Jaket ni....bila aku beli eh? Tak ingatlah. Hmm, rasa nak pakai esoklah jaket ni. Jangan masuk dalam beg tau,"

"Okey tapi jaket ni macam besarlah. Bukan saiz kau ni. Kau tu kecil molek and this jacket.... "

Erin merenungku. Aku keliru. Kenapa dengan minah ni? Ah, akhirnya aku faham maksud renungan Erin!

"Eh tak, ni bukan jaket lelaki entah mana-mana yang tertinggal okey? Jangan fikir negatif! Tapi....aku pun tak ingat bila aku beli jaket ni dan jaket ni pun bukan style Abang Mukhriz. Bukan dia punya, "

Tiba-tiba telefonku mengalunkan lagu menandakan ada panggilan telefon masuk. Aku cuba amati nombor yang tertera tapi aku tidak kenal pun nombor ni.

"Siapa tu? "

"Entah, tak kenal. Salah nombor kot, "

"Answer jelah, mana tahu nombor baru kawan-kawan ke, "

"Ye tak ye juga. Sekejap eh Rin,"

Aku mula menjawab panggilan dari nombor yang tak ku kenali itu. Jangan con artist sudah lah ye.

"Assalamualaikum, Cik Mayra Adeena? "

"Waalaikumussalam. Ye saya, Mayra Adeena. Ni siapa? "

"Saya Detektif Fareel Izzuddin, yang tolong Cik Mayra tempoh hari di Petronas. Rasanya tiga bulan yang lepas. Cik Mayra ingat? "

Fikiranku ligat berputar. Encik detektif mana pula telefon ni? Aku pula jenis pelupa. Mana nak ingat apa yang dah jadi haritu.

"Saya ni pelupa sikit. Err, apa yang dah jadi eh masa tu? "

"Patutkah saya berterus terang? Erm, macam ni. Masa hari kejadian, Cik Mayra terperangkap dalam tandas di Petronas dengan seorang lelaki bangla. Saya dan kawan-kawan polis saya terdengar jeritan Cik Mayra dan terus pecahkan pintu tandas tersebut. Kebetulan, saya ada pinjamkan jaket hijau tua saya pada Cik Mayra. Jaket hijau tua tu saya punya. Saya nak jaket tu balik, ya Cik Mayra? "

Aku menelan airliur. Alamak peristiwa itu. Kenapalah aku boleh terlupa ni? Terus aku terpandang jaket hijau tua yang masih dipegang oleh Erin. Alahai malunya teringat peristiwa itu. Bangla tak guna, hatiku menjerit.
"Err.. Sa.... Saya ingat. Okay macamni esok saya pergi Johor selama dua hari dan tulat nanti selepas saya balik KL baru saya pulangkan. Boleh? "

"Okay boleh tak ada masalah. Johor di mana Cik Mayra? "

"Johor Bahru, area Pasir Gudang. Okaylah encik, selamat malam. Apa apa hal nanti saya bagitahu ya? Assalamualaikum, "

Terus aku matikan panggilan. Aku terdiam seketika.

"Kenapa kau ni muka cuak? Siapa telefon tadi? "

"Erin, ingat tak yang pasal bangla kat Petronas haritu? Kan ada abang polis baik hati tolong aku tu. Rupa-rupanya jaket hijau tua ni dia punya!"

"Haa? Patutlah saiz lain macam. Aduh kau ni pelupa betul lah. Nasib baik dia telefon bagitahu, kalau tak memang kau simpan jaket hijau tua sampai ke tua. Habistu nak bawak tak pergi JB ni? "

"Bawak Erin, masukkan dalam beg tu. Matilah aku kalau ibu atau abang Mukhriz terjumpa jaket ni nanti. Aku tak ceritakan lagi pasal bangla tu pada mereka,"

Aku menghela nafas. Makin lama makin menjadi jadi pelupa aku ni. Oh abang polis haritu rupanya detektif. Aku pun terlupa wajahnya bagaimana. Tak apalah, nanti aku pulangkan jaketnya ini.



•••••••••••••••••••••



"DAH call ke? Kenapa kau tersengih-sengih macam kerang busuk tu? "

Hakim menyiku lengan Fareel di sebelahnya. Pelik tengok wajah Fareel yang berseri-seri. 

"Dia dah call Cik Mayra Adeenalah tu, kalau tak, takdanya nak senyum macamtu Kim. "

Zul membalas kata-kata Hakim. Dari tadi dia memerhatikan gelagat Fareel yang seperti tersampuk bunian cantik.

"Jangan sengih-sengih sangat Reel, kejap lagi nak pergi buru si John Klang tau, "

"Ya, aku tahulah. Johor tu area Pasir Gudang kan? "

"Buat masa ni, yes. John masih di situ. Dah aku ni pergi siap, jom Zul.."

"Gerak dulu, kau jangan lambat sangat, "

Hakim dan Zul berlalu meninggalkan Fareel. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam, namun mereka masih di pejabat polis mereka. Mereka akan berangkat ke Pasir Gudang dengan helikopter pada pukul 1.30 pagi nanti.

Mayra tak ingat langsung tentang dirinya walaupun Fareel menyebut nama penuhnya tadi. Betul betul pelupa si Mayra ni. Tak apalah, dia sebenarnya mempunyai rancangan sendiri. Kebetulan sangat Mayra ke tempat yang sama esok. Haih, kita ni berjodoh ke Mayra? Fareel tersenyum sendirian untuk sekian kalinya.



*************

#asmara

ASMARAWhere stories live. Discover now