Episod 3

22.3K 519 1
                                    

AKU bakal bermalam di rumah keluarga Iqram yang merupakan keluarga angkatku di Nilai. Maknya dulu ialah jiran kami. Bila ibu pergi kerja, selepas balik sekolah terus aku ke sana. Dan ketika itulah peristiwa peristiwa hitam itu berlaku.

Aku juga panggilnya mak, sehingga kini. Mak tak pernah tahu tentang aku dan Iqram, begitu juga dengan ayah, ayah kepada Iqram. Aku panggil ayah juga. Adik Iqram, Kak Aliya juga tak tahu tentang itu. Kekal rahsia antara aku dan dia. Rahsia bodoh yang tak mungkin aku lupakan.

Aku bermalam di sana pun kerana mak mengajakku. Aku juga ingin menolong persiapan untuk kenduri nanti, Kak Aliya juga ada mengajak. Sememangnya aku rapat dengan mereka sejak kecil lagi. Aku kenalah tunjuk muka kerana mereka sekeluarga memang baik kepada kami sekeluarga. Ikutkan hati, aku ingin saja membongkarkan segala-galanya kepada keluargaku dan keluarganya. Tapi fikirkan hubungan yang terjalin antara kami, aku cuba untuk menjadi lebih matang.

Kereta yang dipandu olehku perlahan-lahan tiba di luar rumah mak. Aku lihat Iqram dan beberapa orang lain sedang duduk di sebelah khemah kecil di halaman rumah. Mak berpindah ke kawasan rumah setinggan memang agak luas kawasan rumahnya sehingga boleh memasang khemah di halaman.

Aku dan ibu mula keluar dari kereta. Aku lihat mak mula keluar dari pintu rumah menuju ke arah kami.

"Kak Ha datang juga rupanya. Mayra makin cantik dah, last jumpa masa raya kan. Sibuk sangat lah saya ni Kak Ha, sampai jemput datang guna telefon dan pos kad aje, "

"Tak apa Yah, Kak Ha tak kisah. Ni tak apa ke kami tidur sini? "

"Eh kenapa tanya macamtu, saya lagi suka. Maklumlah saudara mara saya jauh, datang lagi 2 3 hari lagi. Kak Ha dengan Mayralah sampai paling awal tidur sini. "

Mak bersalaman dengan aku dan ibu. Kemudian muncul pula Kak Aliya dan anaknya dari dalam rumah.

"Eh Aliya... Ni anak yang masa bersalin awal tahun haritu kan? "

Ibu menegur Kak Aliya. Kak Aliya bersalaman dengan aku dan ibu.

"Haah makcik, kejap je dah 9 bulan. Marilah masuk, mak jom masuk. Meh Mayra, makcik. Apa borak kat luar sini, "

"Masuklah dulu, Mayra ambil beg kejap. Nanti tak yah keluar lagi dah, "

Ibu dan mak mengikut jejak Kak Aliya masuk ke dalam rumah. Aku kembali ke kereta untuk mengambil beg pakaian ibu dan aku.

Aku menjinjit dua beg kecil dan satu beg galas aku pakai. Kelihatan Iqram memandangku sehinggalah sampai ke pintu rumah. Sempat aku menoleh ke arahnya, kemudian aku terus berlalu. Kau masih boleh pandang aku dengan tanpa rasa bersalah? Kau pandang aku dengan nafsu juga ke? Bodoh. Lelaki tak guna. Aku terus masuk ke dalam rumah untuk menyertai ibu, mak dan Kak Aliya. Terasa sakit pula hati ini memandang wajah Iqram. Wajah yang tak pernah berubah, wajah yang memandangku penuh dengan nafsu. Entah apa yang dia gilakan saat aku masih kanak-kanak dulu. Ni kat dada, belum tumbuh lagi pun dua buah ni. Tak tahu apa yang bernafsu sangat. Bodoh. Lelaki tak guna macam itulah. Sampah.

*******

SAUDARA-MARA mak dari Kuala Lumpur mula tiba. Keluarga Mak Ngah. Aku kenal mereka semua, begitu juga dengan mereka. Terus aku bersalaman dengan mereka semua. 

"Esok eh packing goodies bag tu?"

Tanyaku kepada Kak Aliya. Kami berada di ruang tengah, ruang menonton televisyen. Hanya kami berdua dan anaknya, Afira sahaja di sini.

"Ye, malam ni rehat aje. Rehat-rehat dulu. Esok barulah kita gotong royong. Lusa dah nikah, tulat baru bersandingnya, "

"Oh... Keluarga Mak Ngah je ke yang sampai malam ni? "

ASMARAWhere stories live. Discover now