Episode 13

15.5K 503 31
                                    

AKU hanya melipat kain pada malam ini bersama ibu sambil menonton televisyen. Drama yang ditayangkan itu menjadi hiburan untuk kami pada malam ini. Abang Mukhriz pula keluar bermain futsal bersama rakan-rakannya.

"Haritu ibu nampak Mayra jumpa seseorang depan rumah. Siapa tu? "

Pertanyaan ibu mengejutkan aku. Aku tak sangka pula ibu sempat melihat kedatangan Fareel tempoh hari. Ingatkan ibu sudah tidur ketika itu. Patutkah aku jujur saja kepada ibu?

"Mayra... Mayra jumpa Din. Anak Mak Ngah. Ibu ingat lagi kan dia tu? "

"Oh si Din. Mestilah ingat, dia yang tumpangkan Mayra pergi masjid masa Iqram nak bernikah kan? Mayra ada apa-apa ke dengan dia sekarang ni? "

Pantas aku menggeleng. Ibu tak tahu lagi tentang jaket hijau milik Fareel. Yang menemukan aku dengan Fareel buat kali yang pertama. Lagi pula insiden di Petronas belum ku ceritakan kepada ibu.

"Kitaorang kawan biasa je bu. Takda apa-apa pun. Erm,"

"Yeke? Dia macam berkenan je dengan Mayra. Nampak baik orangnya, "

Memang dia baik pun, ibu. Hanya Mayra yang sia-siakan dia.
"Eh abang kamu ada cerita tak pasal Kak Huda? Dah lama si Mukhriz tak cerita. Mereka dah tak kawan ke? "

"Oh haah tentang Kak Huda. Entahlah bu, Mayra pun dah lama tak WhatsApp dengan dia. Kalau Abang Mukhriz dengan Kak Huda dah putus pun, mesti abang frust dan broken. Ni dia nampak okay aje, takda sedih-sedih. "

Kak Huda ialah girlfriend Abang Mukhriz. Rasanya mereka sudah menjalinkan hubungan girlfriend-boyfriend sudah selama setahun.

"Harap-haraplah mereka jadi kahwin. Ibu pun tak sabar nak ada cucu. Seronok betul lah ibu tengok Makcik Midah jiran kita ni main dengan cucu-cucu dia petang tadi, "

"Makcik Midah tu anaknya memang ramai tapi anak ibu hanya dua orang je. Kena tunggu lama sikit ler kalau nak cucu ramai-ramai, "

Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka dari luar. Awalnya Abang Mukhriz balik, padahal baru setengah jam dia keluar. Aku dan ibu saling berpandangan.

"Eh Mukhriz tak jadi.... "

Pintu terkuak. Kata-kata ibu tergantung. Aku lihat ibu terkedu. Justeru aku mengalihkan pandangan ke arah pintu.

Ayah.

Namun ayah tidak berseorangan. Makcik Ima dan Alissa turut bersamanya. Bayi yang baru berusia beberapa bulan itu pula didukung oleh Alissa. Entah tidak aku mengambil tahu tentang namanya. Aku mendengus perlahan. Jangan-jangan Makcik Ima telah mengadu kepada ayah tentang kejadian tempoh hari? Oleh itu dia mengajak ayah sekali untuk menghalau aku, ibu dan Abang Mukhriz keluar dari rumah ini. Dasar perempuan jalang.

"Berani ayah balik rumah ni dengan keluarga baru ayah yang tercinta? "

Sindirku dengan riak wajah bersahaja. Berubah terus muka ayah dari kelat menjadi bertambah kelat. Tiba-tiba dengan selamba Makcik Ima dan Alissa duduk di sofa empuk itu. Makcik Ima turut memanggil ayah agar duduk di sebelahnya. Hatiku mula terbakar.

"Makcik rasa Mayra tahu tujuan kami datang sini kan? Kami akan tinggal kat sini dan makcik tahu mesti Mayra, ibu Mayra dan Mukhriz tak selesa kalau kami ada kan? Jadi harap haraplah Mayra faham maksud kami, kan? Makcik rasa Mayra taklah terlalu bodoh untuk tak faham apa yang makcik nak sampaikan ni, "

Kata-kata itu disudahkan dengan senyuman lebar namun penuh makna dan sinis daripada isteri kedua ayah. Saat ini aku lihat wajah ibu seperti ingin menangis. Sudah tiga bulan ayah tidak pulang ke rumah. Alih alih bawa pulang keluarga baru pula? Pasti ibu sangat terluka.

"Saya ada hak atas rumah ni, saya masih... "

Kata-kata ibu terus dipotong oleh ayah. Belum sempat dia ingin meneruskan kata-katanya, terus ayah mencelah.

"Hak apa pulak kamu merepek ni? Tak faham lagi ke? Aku nak kamu dengan anak-anak kamu keluar dari rumah ni! Aku nak tinggal di sini dengan mereka semua ni. Bilik-bilik tak cukup untuk menampung kalau kamu dengan anak anak kamu tak keluar! "

Herdik ayah kasar. Makcik Ima dan Alissa tersenyum mengejek. Pasti puas hati kerana ayah sudah terang terangan membela mereka.

Aku terus bangun kemudian berdiri menghadap ayat. Sabar aku juga ada tahapnya, tak rela ibu disakiti meskipun perlu melawan ayah kandung sendiri.

"Ayah ni sedar ke tak apa yang ayah tengah cakap? Ayah suruh kami keluar dari rumah yang bertahun-tahun kami dah tinggal semata-mata nak tinggal dengan keluarga baru? Ayah lebih memilih dan membela perempuan yang ayah kenal tak sampai lima tahun berbanding ibu yang ayah dah kahwini selama 28 tahun? Ayah ni dah kenapa sebenarnya? Kalau ayah nak suruh kami keluar dari sini, mana lagi kami nak tinggal? Bawah jambatan? Perhentian bas? Oh lupa , ayah bukannya kisah pun tentang kami semua kat sini. Jangan-jangan ayah dah kena makan nasi kangkang dengan betina sundal ni! "

Panggg! 

Satu tamparan dilayangkan kepadaku. Kali pertama telapak tangan ayah mendarat di pipi kananku selama 24 tahun aku hidup sebagai anak bongsunya.

Airmata perlahan-lahan mengalir di pipiku. Ternyata ayah memang memihak kepada mereka.

"Jangan apa-apakan anak aku! Aku rela aku disakitkan daripada anak aku sendiri. Kau memang lupa diri, bang.... Apa yang merasuki kau ni? Kau tak ambil peduli ke tentang kami nanti? Kenapa kau sanggup turutkan saja kemahuan isteri kedua kau sedangkan isteri pertama kau ni terabai? Aku juga isterimu. Tapi tak mengapalah. Aku taknak maruahku dipijak. Maruah anak-anakku. Baik, aku akan keluar dari sini. Selepas itu, kau hiduplah dengan bahagia dengan mereka-mereka ni semua. Aku tahu aku tak mampu memberikan kau kebahagiaan lagi, tapi kau tak perlu buat aku macamni. "

Tegas suara ibu saat itu. Aku menjeling geram ke arah Makcik Ima dan Alissa yang dari tadi seolah-olah gembira melihat pertelingkahan antara ibu dan ayah.

"Aku bagi tempoh selama 3 hari. Selepas itu, jangan tunjukkan lagi muka kau dan anak-anak kau di rumah ni! Rumah ni rumah aku. Aku yang beli. Kau orang cuma menumpang saja. Ingat, 3 hari. "

Ayah terus berlalu meninggalkan kami di ruang tamu. 3 hari cukupkah untuk aku mencari rumah sewa? Erin pun tinggal bersama keluarganya. Rakan-rakanku rata-rata tinggal bersama keluarga sendiri.

"Faham pun kata-kata aku haritu. Tak adalah kakak ni bodoh sangat. Panas sangatlah kat rumah ni. Nanti bila adik dah duduk sini, adik nak pasang aircond, ya kak. Balik dulu. "

Ujar Makcik Ima. Ingin aku robekkan sahaja wajahnya dengan pisau biar hancur. Perempuan tak guna.

"Kesian anak makcik, haraplah dia dapat hidup yang diberkati Allah sebab ibu dia sangat-sangatlah berperangai syaitan. Saya harap bayi makcik tak terikut-ikut perangai ibu dia yang menyusahkan orang lain. Kasihan, kecil-kecil lagi dah dengar ibu dan ayahnya mengeji orang lain."

Kata-kata khas daripadaku buat mereka. Wajah bayi perempuan itu aku pandang sekilas.

Makcik Ima menjeling tajam. Wajahnya merah menahan marah. Alissa pula sudah mendengus. Saat mereka keluar, Makcik Ima menghempas kuat pintu rumah ini. Bagaikan tersentap jantungku.

"Ibu jangan risau eh, Mayra cari rumah untuk kita tinggal untuk sementara waktu. Ayah dah tak sayang kita sekeluarga... Dia tak kisahkan kita lagi. Ibu jangan risau, Mayra dan abang sentiasa bersama ibu... "

Aku memaut bahu ibu yang menangis tidak berlagu. Hati ibu saat ini bagaikan dihiris sembilu berkali-kali. Lelaki yang dicintai ternyata sudah membuangnya. Apalah guna dia sebagai isteri kalau diperlakukan sebegini....

*********

Happy ending or sad ending for Mayra x Fareel? Drop your comment!

ASMARAWhere stories live. Discover now