Episod 9

17.5K 483 5
                                    

"MAYRA! "

Puan Harlina dan Erin terus berlari mendapatkanku. Tubuhku terus dipeluk oleh mereka berdua sehingga dadaku terasa sesak.

"Mayra tak apa-apalah. Janganlah kuat sangat peluk ni, "

Perlahan-lahan mereka meleraikan pelukan. Apakah rasanya tubuh ini dipeluk oleh dua orang dalam satu masa yang sama? Aku geli hati sebenarnya.

"Nasib baik ada abang polis tu bagitahu masa kitaorang tengah cari Mayra. Lama sangat pergi yang kononnya ambil powerbank, ingatkan pergi mana. Nasib baiklah tak jadi apa-apa tau, "

"Itulah , haih kau ni buat aku risau ajelah. Terus hilang rasa lapar lepas tahu pasal ni, "

Aku hanya tersengih mendengar kata-kata Erin dan Puan Harlina. Agaknya kalau ibu tahu, mesti dia lagi risau.

"Okay, kalau macamtu biar Mayra belanja kali ni. Jomlah Secret Recipe! "

"Biasanya kalau orang belanja ni lagi terasa sedap makanan tu. Dah jom kita pergi, "

Erin menarik tanganku untuk menuju ke luar hotel. Puan Harlina pula memaut bahuku. Namun perbuatan mereka itu langsung tidak membatalkan niatku untuk menoleh ke belakang.

Fareel bersandar di dinding sambil memerhatikan aku yang semakin menjauh. Dia tidak senyum dan wajahnya juga tidak kelat. Hanya pandangan yang menpersonakan sahaja dilontarkan kepadaku. Aku kembali memandang ke depan. Jantungku berdegup kencang sebenarnya. Rasa apakah ini? Jatuh cinta? Tidakkah terlalu awal? Ah, perasaanku ini sukar untuk ditafsirkan.

"Ada abang polis tadi tu nak mengorat Erin tau, "

Aku terus memandang ke arah Puan Harlina di sebelahku. Kami hanya berjalan untuk Secret Recipe yang berada betul-betul di hadapan hotel tempat kami menginap ini.

"Serius? Yang mana satu? Dia mengorat macam mana? Amboi kau ni, itulah cantik sangat. Abang polis pun terpikat, "

"Eh eh mana ada. Dia cuma tanya nombor telefon aku sebab senang nak maklumkan apa-apa pasal kau tau. Takdanya nak mengorat, "

"Alah kalau dia nak tackle pun apa salahnya, Erin pun belum berpunya. Betul kan Mayra? "

Nampaknya Puan Harlina pun ikut sekaki untuk mengenakan si Erin.

Kami memasuki restoran Secret Recipe dan memilih tempat di tepi sekali. Sebaik sahaja kami duduk , pelayan pun datang ke meja untuk mengambil pesanan.
Selesai semuanya, aku mula membuka topik.

"Nak tahu satu cerita tak? "

Terus mereka berdua mengfokuskan pandangan ke arahku. Wajah berminat untuk tahu sudah ditunjukkan.

"Cerita tentang apa, Mayra? "

Tanya Puan Harlina. Erin pun mengiyakan pertanyaan Puan Harlina, seperti menyokong.

"Ada tiga orang lelaki yang selamatkan Mayra. Kalaulah dia takda, Mayra tak tahu apa yang jadi pada Mayra. "

"Seriously? Okay sambung. Aku tak sabar nak dengar, "

Erin kini menongkat dagu sambil memandangku. Aku menghela nafas sebelum memulakan cerita.

"Pertama kali Mayra jumpa seorang lelaki ni, dia selamatkan Mayra. Masa tu Mayra terperangkap dalam tandas di Petronas dengan seorang lelaki bangla. And, dia pinjamkan jaket dia sebab baju Mayra terkoyak sikit. I'm happy sebab ada lagi lelaki macamtu. Dia tak harap pun apa-apa balasan lepas tolong Mayra tau. "

"Lelaki yang kedua, dia selamatkan Mayra daripada seseorang yang Mayra takut dari kecil. Biasalah, budak-budak punya takut sampai sekarang terbawa-bawa. Kalaulah lelaki tu takda, haih. Lelaki tu baik, cuma dia kerek sikit. Ayat-ayat dia terus direct tepat ke muka, tak ada tapis langsung."

ASMARAWhere stories live. Discover now