Episod 4

20.9K 506 3
                                    

SEMUA sibuk, begitu juga dengan aku. . Aku sudah melihat bakal isteri Iqram, Kak Aliya yang menunjukkan gambarnya kepadaku. Boleh tahan manis juga, kecil molek orangnya. Kenalah dengan Iqram yang tak berapa nak tinggi tu. Aku membantu Kak Aliya mengemaskan bilik pengantin, Iqram tu bukannya pandai mengemas pun. Cumanya, aku tertanya tanya. Siapa lelaki malam tadi? Yang menolong aku? Aku cuba juga cari dalam banyak banyak orang tadi. Adik beradik mak tadi semakin ramai yang datang. Makin sukar untuk aku mengesan lelaki itu dalam lautan manusia. Lagi lagi ramai lelaki bujang di sini. Nasib baik rumah mak ni besar. Rupanya ramai lagi saudara mara mak yang aku tak cam wajah mereka. Mungkin masing-masing dah membesar, jadi muka pun dah berubah.

"Mayra nak pergi minum kat dapur kejap eh, tak apa ke Kak Liya kemas sorang-sorang? "

"Tak apa, pergilah minum. "

Aku mengangguk kemudian terus keluar dari bilik. Haih, dulu kau pernah janji nak kahwin dengan aku, Iqram. Tapi hari ini, aku yang kemaskan bilik untuk kau dan bakal isteri kau.

Aku melintasi bilik yang menjadi tempat aku bersembunyi malam tadi. Kemudian beberapa langkah melewati bilik itu, aku berpatah balik. Aku rasa lelaki tu mesti dah cam aku, tapi aku nak tahu sangat siapa dia. Pintu bilik itu perlahan-lahan aku tolak. Tak salah aku, ini bilik adik Iqram. Aizad. Mungkin lelaki itu sepupu mereka? Tapi aku tak cam muka dia sebabnya malam tadi, gelap. Wajahnya tak jelas.

Perlahan-lahan aku jengahkan kepala. Kemudian terjengket jengket aku mengatur langkah. Tiada sesiapa pun dalam bilik ini sehinggalah aku terpandang ke arah belakang pintu.

"Aaaaahhhhhh! "

Lelaki yang hanya berseluar trek itu juga terkejut memandang aku.

"Din? Kau ke tu? Kenapa tu? "

Kedengaran suara Aizad di luar bilik. Terus lelaki itu bersuara.

"Takda apa Zad. Aku tengah pakai baju ni, jangan masuk lagi tau, "

"Aku tunggu kat luar ni, cepat sikit. Nak ambil charger, "

Aku menggigit bibir. Sekali lagi dia membantuku. Untuk tujuan apa? Atau mungkin dia faham motif aku masuk ke bilik ini.

Dia menutup pintu kemudian menguncinya. Perlahan lahan dia menghampiriku. Aku menelan airliur. Dia nak buat apa ni? Dahlah tak pakai baju. Teriakku dalam hati.

"Ja...jangan datang dekat.  Kalau tak.... aku jerit! "

Lelaki itu menghampiriku dan aku terpaksa berundur ke belakang sehinggalah bertemu dengan dinding. Gulp. Mana aku nak lari? Dia mendekatiku kemudian tapak tangan kanannya dilekap ke dinding, di atas kepalaku. Dadanya amat rapat dengan mukaku, sehingga aku boleh terbau sabun yang dia gunakan semasa mandi. Ibu! Tolong Mayra!

"Tepilah. Aku nak keluar ni, "

Aku cuba menolak tubuh lelaki itu. Dia tunduk kemudian memandang wajahku.

"Okey pergilah. Ucapkan hai sekali masa jumpa Aizad kat depan pintu tu. "

"What? Kalau ya pun, janganlah buat macam ni."

Lelaki itu memberikan senyuman sinis. Apabila aku mahu melepaskan diri. Dia menekapkan tangan kirinya pula di dinding menyebabkan aku tidak dapat bergerak kemana mana.

"Lama lagi ke Din? "

Aizad berteriak lagi dari luar bilik. Ah aku terlupa pasal Aizad. Matilah aku kalau dia nampak aku keluar dari bilik dia nanti. Lagi lagi hanya ada aku dan lelaki bernama Din ni. Siapa dia ni? Aku tak kenal!

"Kau pergi dulu Zad, nanti aku bagi charger tu kat kau, "

"Okay, aku nak pergi jamban kejap. Nanti tunggu aku depan jamban tau? "

ASMARAWhere stories live. Discover now