Ini bukan kali pertama Medina kandungkan anaknya, bukan juga kedua kali mahupun kali ketiga tapi kali kelima. Kandungan Medina sebelum ini semuanya keguguran sebelum sempat lahir ke dunia.

Kehamilan pertama Medina pada 9 dan 8 tahun yang lalu mengalami keguguran yang penuh. Lebih kurang 2 tahun selepas itu Medina mencuba lagi tapi masih tiada rezeki Medina dan Kasyaf untuk menimbang cahaya mata apabila kandungan ketiga turut keguguran kerana kandungan yang terancam.

Mungkin masih tiada juga rezeki dari Tuhan apabila kehamilan keempat disahkan kandungan di luar rahim 2 tahun yang lalu. Medina dan Kasyaf redha jika memang tertulis tiada rezeki untuk mereka.

Sebab itu apabila dia hamil untuk kali yang kelima memang Medina jaga baik-baik kandungannya. Dia tidak mahu lagi kehilangan janin itu.

"Jangan cakap macam tu, insyaallah tak ada apa yang jadi," pujuk Dhiya.

Air mata disapu. "Agaknya kalau aku gugur lagi, memang aku suruh Kasyaf kahwin je dengan siapa-siapa. Aku tak mampu." Perkara yang paling dia takut meluncur keluar dari mulut Medina. Dimadukan.

Tubuh Dhiya kaku. Bukan dia kerana sampai bila-bila Dhiya tidak akan pernah mampu.

"Ada sesiapa yang desak kau ke untuk ada anak?" biasanya kalau drama melayu pasti keluarga atau orang sekeliling yang mendesak.

"No one, umi dan ibu sama-sama tak pernah desak aku. Tapi aku yang rasa aku tak sempurna."

Tangan dingin Medina Dhiya pegang. "Jangan risau. Kita doakan yang terbaik."



AIR kosong diteguk sehingga habis bagi menghilangkan dahaga. Dhiya pandang ke kiri dan kanan. Beberapa meja sudah kosong memandangkan waktu bekerja sudah tamat 15 minit yang lepas.

Komputer dimatikan lalu segera Dhiya mengemas barang untuk pulang. Butang lif yang berada di tingkat satu ditekan.

Dhiya teringat peristiwa lebih seminggu yang lepas. Puas dipujuk oleh Doktor Amina, Dhiya akhirnya melkukan beberapa pemeriksaan bagi melihat perkembangan kansernya.

Dalam 3 hari lepas dia mendapat keputusan bahawa kanser masih belum merebak tapi perlu bertindak segera kerana kanser yang aktif. Dhiya tidak tahu sama ada dia perlu bersyukur atau tidak kerana merebak atau tidak, kanser masih berada dalam badannya.

Seolah-olah Dhiya sedang bernafas dalam badan yang ditanam dengan bom, bila-bila masa sahaja boleh meletup dan akan meragut nyawa dia.

Apabila lif tiba, dia masukkan badannya ke dalam lif yang sudah dimasuki oleh 3 yang lain. Telefon yang berada di tangan bergetar menandakan ada yang menelefon tadi dia endahkan kerana tiada isyarat di dalam lif.

Sebaik sahaja keluar dari lif, terus sahaja dia menghubungi Iman.

"Hello, assalamualaikum. Kenapa, Man?" Dhiya berjalan menuju ke kereta. Sejak dua menjak dia sudah tidak seaktif dulu kerana badannya mulai lenguh. Kakinya kadang-kadang membengkak.

"Medina."

"Kenapa dengan dia?" butang kunci pada suiz ditekan lalu pintu kereta dibuka.

"Kau tak baca WhatsApp group kita ke?"

Telefon ditelinga dijauhkan. Dia lihat tetapan telefon lalu dekatkan kembali telefon pada telinga. "Sorry, aku tak on data."

Walaupun perlahan, Dhiya dapat dengan keluhan nipis Iman di hujung panggilan. "Dina gugur lagi."

Tangan yang sedang meletakkan beg serta beberapa fail di tempat duduk sebelah pemandu terhenti mendengarkan khabar itu. Hatinya beristighfar beberapa kali.

"Habis tu Dina macam mana?"

"Baby dia tak ada denyutan jantung so malam ni operate keluarkan baby. Tapi dia dah masuk ward dah." Beritahu Iman.

"Kau pergi ke hospital?" Dhiya tanya lagi.

"Sekarang aku on duty lagi. Malam sikit baru aku pergi. Kau?"

Jam di tangan dilihat, 5.20 petang. Sempat jika dia cepat untuk berjumpa dengan Medina sebelum pembedahan. "Aku on the way."

"Alright, jumpa dekat sana. Kalau ada apa-apa, terus call aku."

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, terus Dhiya hidupkan kereta lalu menekan pedal. Tapi baru beberapa minit berada di jalan, Dhiya berhenti di bahu jalan.

Teresak-esak bahu Dhiya menahan sakit yang tidak tertahan diperut. Dia pandang celah kangkang, ada tompokan merah yang menghasilkan bau tidak enak jelas kelihatan pada seluar pink cair dipakainya.

Air mata lebat di pipi sebelum tangannya menghentak kuat pada stereng kereta sehingga hon berbunyi membingitkan kawasan itu.

Kenapa? Kenapa lagi dengan tubuh dia?

Terketar-ketar tangan Dhiya menggagar mencari ubat di dalam beg tangan lalu dimasukkan ke dalam mulut. Air kosong diteguk beberapa kali sebelum kepala tersandar lemah pada cermin kereta.

Sakit yang masih terasa pada perut ditahan sahaja. Tiada apa yang mampu dia lakukan sekarang ini selain berharap ianya akan reda.

Dalam keadaan seperti ini Dhiya tidak mampu untuk memandu jauh sehingga ke Kuala Lumpur jika takut berlaku apa-apa sewaktu memandu. Takut bukan sahaja menjejaskan nyawa dia sendiri, nyawa orang lain.

 Takut bukan sahaja menjejaskan nyawa dia sendiri, nyawa orang lain

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ