"Ikut kau lah, Dhiya. Kalau aku ni datang Kuantan heret kau sekalipun, dah kau tak datang, tak datang juga." Sungguh Iman pasrah. Menangis lah air mata darah sekalipun, kalau tak nak, tak nak juga jawapan Dhiya.

Dhiya hanya diam. Tahu Iman mungkin terkesan hati dengannya.

"Tak apa lah, aku pergi dulu. Assalamualikum."

Belum sempat pun Dhiya menjawab salam, Iman sudah matikan panggilan. Satu helaan nafas panjang dilepaskan dan Dhiya hanya bersandar.

9 tahun sudah berlalu dan boleh dia kata kan bahawa sudah banyak yang berubah. Iman sudah berkahwin 7 tahun yang lalu dengan seorang doktor juga dan dikurniakan dua orang anak. Yang sulung bernama Adam dan yang bongsu bernama Syifa.

Hanan pula mengikut suami dan sama-sama bekerja di Singapore 5 tahun dan selamat melahirkan anak perempuan bernama Qistina 4 tahun yang lalu.

Cuma tinggal dia yang masih belum berkahwin, anak dara tua. Entah lah, bukan tidak ada yang berkenan dengan Dhiya tapi Dhiya merasa banyak kekurangan ke atas diri dia.

Jauh termenung sehingga Dhiya tidak sedar jarum sudah menginjak ke waktu 6.05 petang. Nanti mak su tunggu di rumah. Gear ditukar lalu pedal terus ditekan menuju ke rumahnya.

"JADI Dhiya tak pergi lah esok ni?" pak su yang sedang basuh tangan di sinki. Sesekali kedengaran jeritan kanak-kanak yang sedang bermain di ruang tamu. Segera Zara pergi mengjenguk keadaan anaknya.

"Tak, banyak kerja. Tadi dekat tempat kerja ada lagi masalah baru yang nak kena Dhiya settle." Dari mana pak su tahu tentang doa selamat Medina pun Dhiya tidak tahu, mungkin dia ada memberitahu kemudiannya lupa bila.

"Dhiya, Dhiya. Kawan kamu tu semua dah kahwin, dah ada anak. Kamu ni dah 34 tahun, duduk seorang lagi-"

Mendengar sahaja topik kahwin yang disentuh oleh mak su terus seleranya hilang. Dia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.

"-kalau kamu kahwin, tak ada lah kena makan dekat sini. Ada juga orang yang tengok-tengok kan. Bukan apa Dhiya, duduk seorang-seorang dekat rumah tu bahaya. Memang lah kita ni duduk sebelah-sebelah je. Tapi kalau ada benda nak jadi, kami tak ada macam mana."

Hanya helaan nafas sahaja menjadi jawapan bebelan mak su. Dhiya hanya senyum. Sejak baba meninggal, dia hanya seorang diri di rumah. Sebab itu mak su yang menyediakan makan untuknya. Jika harapkan dia, memang tidak ada masa untuk makan di luar, apatah lagi memasak sendiri.

Pada mulanya, mak su ikhlas sahaja memasak untuk dia tapi Dhiya serba salah. Setiap bulan akan diberikan duit belanja kepada mak su sebagai tampungan belanja makannya. Lagipun mereka bukan orang senang walaupun anak-anak sudah bekerja.

"Dhiya."

"Ya, pak su." Muka bapa saudaranya yang agak serius dipandang.

"Result tahu esok kan?"

Dhiya angkat muka pandang mak su yang turut melihat ke arah Dhiya. "Ya, dalam pukul 10 macam tu, kalau doktor tak busy. Kalau tak, after solat Jumaat."

Suasana diam seketika.

"Insyallah tak ada apa-apa."

Kata-kata itu hanya dibalas dengan senyuman. Tipu lah kalau kata Dhiya tidak takut, ini soal hidup mati dia.

Mak su ambil tempat di sebelah Dhiya. "Insyallah Dhiya, doa banyak-banyak. Kalau mak su boleh sembuh, Dhiya akan sembuh juga." Hati anak buahnya disedapkan.

'Tapi mama tak,' bisik hati Dhiya.

Pinggan yang sudah kosong dibawa ke sinki. "Tak apa lah, mak suk, pak su. Dhiya balik dulu, banyak kerja settle. Terima kasih untuk lauk hari ni."

PAGAR yang menghubungkan rumah Dhiya dan pak su sekadar ditutup sahaja. Malam ini terasa seperti mahu mengambil angin malam lalu dia berjalan menuju ke buaian besi bulat yang sudah berkarat itu. Rasanya dia perlu membaik pulih atau buang sahaja buaian ini kelak.

Usai mengambil tempat di buian itu, terus sahaja Dhiya terfikir akan hari esok. Jujur Dhiya takut. Dia tidak mahu peristiwa 5 tahun lepas berulang kembali kerana jika ia berlaku lagi, Dhiya takut dia tidak kuat.

Kanser.

Ya, kanser. Seperti mana arwah mama dan mak su, 5 tahun lepas Dhiya disahkan menghidap kanser rahim. Namun, nasib baik ianya dapat dikesan pada peringkat awal memandangkan setiap tahun Dhiya melakukan pemeriksaan kesihatan.

Waktu itu, tiada sesiapa yang tahu melainkan keluarga mak su. Baik Iman, mahupun Medina. Kerana kejadian itu Dhiya memohon cuti setengah tahun tanpa gaji. Dia juga sudah mula bertudung, mungkin kerana kesan kemoterapi membuatkan rambutnya gugur sehingga botak Dhiya mengambil keputusan untuk bertudung sehingga ke hari ini.

Dan kerana kanser itu yang sudah mereebak di sebahagian kawasan pada rahimnya membuatkan rahimnya dibuang separuh pada bahagian kanser telah merebak.

Itu mungkin juga mengapa Dhiya masih tidak berkahwin sehingga hari ini. Kerana dia tahu kekurangan pada dirinya. Dia takut kerana dia tidak mampu untuk memberikan zuriat.

Helaan nafas dilepaskan apabila mengingatkan peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya. Dhiya amat berharap dia akan bebas sepenuhnya dari kanser.

Doktor kata sel kanser mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk benar-benar pulih. 5 tahun berlalu dan esok adalah keputusan daripada pemeriksaan kesihatan tahunannya. Sama ada masih ada kanser yang membiak atau Dhiya akan bebas darinya.

 Sama ada masih ada kanser yang membiak atau Dhiya akan bebas darinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now