Lelaki itu hanya menggelengkan kepala. "I nak you makan je." Dia tidak mahu menyusahkan Medina, tahu isterinya penat dengan segala apa yang berlaku pada hari ini. Seperti Dhiya, Medina juga belum menjamah apa-apa hari ini.

Punggungnya direbahkan ke atas kerusi kosong. Dia pandang Iman sekilas sebelum beralih kepada Kasyaf. Kedengaran helaan nafas panjang dilepaskan. Akui bahawa hari ini badannya agak penat.

MALAM itu Dhiya terbangun apabila kesejukan malam mencengkam tubuh. Telinganya menangkap halus bunyi air hujan menghempap atap rumah. Jam loceng di sebelah katil dilihat, pukul 4.20 pagi dan dia mengeluh kecil.

Kepalanya dirasakan sedikit berpusing apabila dia bangunkan tubuhnya untuk duduk di hujung katil. Mata Dhiya agak pedih, mungkin kerana seharian menangis. Sekujur tubuh Iman yang lena disebelahnya dilihat beberapa saat.

Dhiya hanya membuang pandang sambil melihat ke arah tangkap. Tiada apa yang menarik membuatkan kepalanya mengingati kejadian yang berlaku semalam.

Dhiya berharap itu semua adalah mimpi yang baru sahaja dia bangun. Dhiya harap perkara itu tidak pernah berlaku namun dia tahu itulah kenyataannya apabila menyentuh kepalanya yang berbalut.

Sekali lagi air mata mula mengaburi pandangannya sebelum laju sahaja ia mengalir membasahi pipi. Dhiya membuat keputusan untuk keluar dari biliknya, takut Iman tersedar.

Daun pintu biliknya ditutup dan perkara pertama yang dia lihat adalah bilik baba yang berada berhadapan dengannya. Terketar-ketar kakinya melangkah ke bilik itu.

Perkara pertama yang dia hidu setelah membuka pintu adalah bau babanya. Masih kuat dalam ingatan membuatkan ingin sahaja Dhiya menidakkan takdir Allah bawa baba telah pergi meninggalkan.

"Baba," suaranya tenggelam dalam tangisan sendiri.

Sampai hati baba.

Sampai hati baba tinggalkan Dhiya.

Sampai hati baba pergi dulu!

Mahu meraung tapi Dhiya tidak mahu ada yang terbangun.

Bingkai gambar yang berada di sebelah katil Encik Fauzi diraih. Gambar sewaktu mereka termasuk arwah mamanya bercuti di Cameron Highlands 18 tahun yang lalu ditatap.

Hanya ada dia yang masih bernyawa. Mama sudah pergi 15 tahun yang lalu, dan baba semalam. Kenapa perlu Tuhan ambil orang yang paling dia sayang darinya? Kenapa perlu Tuhan biarkan dia berseorangan di dunia ini?

Tangisannya makin lebat membuatkan Dhiya menepuk-nepuk dadanya yang senak menahan tangisan. Kenapa? Kenapa dia yang Tuhan ambil segalanya?

"Dhiya nak mama-" Dhiya tahan sedu.

"Dhiya nak baba." Bingkai itu ditarik ke dada. Air matanya makin lebat, mengalahkan langit yang sedang menangis saat ini.

MATA yang masih mengantuk digosok perlahan. Pintu ditutup perlahan agar tidak menghasilkan bunyi yang boleh membangunkan sesiapa. Dia ingin turun ke dapur untuk menghilangkan dahaganya.

Namun apabila dia berada di permulaan anak tangga, anak matanya terhenti pada bilik yang intunya tidak tertutup. Setahunya, itu bilik arwah baba dia.

Apabila kedengaran bunyi esakan halus dari bilik itu, dia berfikir sepuluh kali sama ada perlu menjenguk atau tidak. Dia bukan lah seorang penakut tapi kecut juga perutnya jika terdengar kejadian seperti itu di pagi buta seperti ini.

Namun dia kumpulkan keberanian untuk pergi ke muka pintu itu. Kakinya terhenti apabila dengan bantuan lampu jalan, samar-samar kelihatan tubuh yang terduduk di tepi katil.

Tidak perlu meneka siapa, Kasyaf agak itu adalah Dhiya. Lama dia berdiri di depan pintu kerana tiada apa yang boleh dia lakukan. Menangisi pemergian seseorang itu lumrah manusia.

Kasyaf pandang lagi, dan pandang lagi. Tangisan Dhiya kali itu agak lama.

Ingin dia memujuk Dhiya namun dia tahu hubungannya dengan Dhiya tidaklah sehangat dulu, ianya sudah dingin. Kasyaf sendiri tidak tahu mengapa mereka berdua boleh menjadi seperti itu. Cuma dia sedar, dia dan Dhiya sudah tidak berteguran.

Keluhan dilepaskan.

Tangan memegang tombol pintu, dengan penuh berhemah, Kasyaf menutup pintu.

Tidak jadi untuk turun ke bawah, Kasyaf kembali masuk ke dalam bilik tetamu yang berada di sebelah bilik Dhiya.

Kasyaf kembali mencuba untuk melelapkan diri sementara menunggu waktu Subuh masuk.

Kasyaf kembali mencuba untuk melelapkan diri sementara menunggu waktu Subuh masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now