"Ba, Dhiya okay lah, dah lama dah Dhiya ikhlas," dia ukir senyuman.

Tangan Dhiya dilepaskan. "Dah lah, jom gerak. Nanti lambat pula sampai." Encik Fauzi memboloskan diri masuk ke tempat pemandu manakala di sebelahnya, Dhiya.

"Kenapa baba tak pakai seatbelt?" waktu itu kereta sudah keluar dari pagar rumah.

"Rosak. Tersekat." Gear ditukar lalu perjalanan dimulakan.

Muka Dhiya berkerut. "Bahaya lah, ba. Dah lah kereta baba tak ada airbag." Sudah berapa kali dia suruh baba beli kereta baru tapi nasihatnya dijawab dengan keretanya masih elok.

"Tak apa. Insyallah tak jadi apa-apa." Hati anaknya disedapkan.

Sudah hampir satu jam perjalanan dan Dhiya agak bersyukur kerana perjalanan setakat ini dipermudahkan. Aliran trafik sudah mula sesak memandangkan orang lain mula ke sekolah dan tempat kerja.

Sewaktu tiba di lampu isyarat, entah bagaimana kereta di hadapan mereka berhenti secara mengejut menyebabkan Encik Fauzi juga menekan brek dengan segera.

Dalam sekelip mata sahaja kereta mereka dilanggar dari belakang oleh lori yang tidak sempat untuk brek. Perlanggaran itu membuatkan Dhiya terhentak ke hadapan.

Perkara terakhir yang dia dengar adalah Encik Fauzi memanggil namanya sebelum air mata Dhiya mengalir menandakan dia sakit lalu matanya terpejam.

SUDAH 2 jam dia selamat diijab kabul dengan Kasyaf tapi bayangan Dhiya masih lagi tidak kelihatan. Sudah berlupuh tangannya menghubunga Dhiya namun masih tidak diangkat.

Medina mengatur langkah menuju ke arah kereta Hanan yang turut ada Iman di situ. Majlis akad nikah di masjid itu sudah selesai dan mereka akan beransur pulang.

"Dhiya tak ada call kau ke?" soal Medina pada Iman yang sedang sibuk menghubungi seseorang yang Medina agak Dhiya.

Kepala menggeleng. Iman risau kerana tadi sebelum bertolak Dhiya sudah memaklumkan padanya mereka dalam perjalanan. Ini sudah dekat 7 jam tapi masih belum juga sampai. Dengan mesej tidak berbalas, telefon tidak diangkat. Baik Dhiya, atau ayahnya.

"Kot dia tak jumpa masjid ni ke?" Hanan memberi alasan yang kemudiannya dibalas dengan dengusan oleh Medina.

Air mukanya sudah berubah. "Tak jumpa apanya? Masjid ni hujung jalan rumah aku je." Tangan dikepal. Dia tidak mempedulikan muka merah menahan merah.

Iman hanya diam. Takkan lah Dhiya membuat hal seperti dulu pula. Tangannya masih cuba untuk menghubungi Dhiya.

Lama-lama air mata timbul pada tubir mata Medina. Marah dan sedih pada masa yang sama. "Dulu aku tunang pun dia kata nak datang tapi tak datang-datang. Sekarang pun dia buat benda sama."

Bahu Medina digosok perlahan oleh Hanan. "Adalah tu benda dia nak kena handle." Dia cuba untuk menyedapkan hati Medina.

"Benda apa nya? Aku kahwin hari ni kot. Itu pun tak boleh nak datang ke?" dakwaan Hanan disangkal.

Sekali lagi air matanya jatuh. "Dhiya memang-" sebelum dia menangis makin lebat, Medina terus menuju ke keretanya. Dia betul-betul kecewa dengan Dhiya. Sampai hati dia!

Namun baru sahaja Medina ingin menutup pintu kereta papanya, kelihatan Iman dan Hanan berlari kearahnya.

"Ya Allah, Dina. Kita kena balik Kuantan sekarang." Berkerut dahi Medina sambil keluar dari kereta. Tangan Iman yang sudah menangis itu dipegang.

"Kenapa ni?" orang lain yang turut berada di situ mendekati mereka.

"Dhiya." Kakinya rebah ke tanah.

Air liur ditelan. "Kenapa dengan Dhiya." Dia pandang Hanan pula.

"Mak su call, Dhiya kemalangan masa on the way datang sini."

Jantung Medina terhenti apabila mendengarkan ayat itu. Laju sahaja air matanya jatuh mengalir. Hampir juga dia jatuh tapi segera Kasyaf yang berada di situ menahan tubuh Medina.

"Astaghfirullahalazim. Dhiya macam mana?" Medina tanya lagi.

Kepala Hanan menggeleng dengan linangan air mata. "Jenazah akan dikebumikan lepas Asar."

Sungguh Medina tidak mampu untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari bibir Hanan. Tidak! Itu tidak benar!

"Kita kena balik Kuantan sekarang." Berlari anak Medina masuk ke tempat pemandu yang diikuti oleh Kasyaf yang menghalang dia dari berbuat begitu.

"Dina, no."

"No, I kena balik Kuantan."

Kasyaf cuba tarik Medina dari tempat pemandu. "You tak boleh drive sekarang, emosi you tak stabil." Dia juga bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Tapi untuk Medina pandu sehingga ke Kuantan adalah bahaya.

"No! I nak balik! I nak tengok Dhiya! She needs us, she needs me!" Medina sudah meraung di parkir masjid itu.

"Okay, kita balik, kita semua balik tapi bagi I drive." Kasyaf memujuk dan tangisan Medina makin laju. Dia mahu segera sampai ke sana.

 Dia mahu segera sampai ke sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now