Tiba-tiba anak matanya terhenti pada satu surat yang sudah dibuka sampai di rumahnya lebih kurang seminggu yang lalu. Termenung sekejap Dhiya sebelum dia keluarkan kad undangan kahwin itu.

Walimatulurus Kasyaf dan Medina.

Dia tenung lama-lama nama itu. Ya, mereka berdua akan berkahwin jumaat ini. Apa yang Kasyaf inginkan sebelum ini dia dapat, Medina.

Dan apa yang Dhiya harapkan sebelum ini dia gagal, Kasyaf. Tidak tahu bagaimana hubungan mereka bermula tapi lebih kurang semester kedua Medina di sana, gadis itu kerap bercerita tentang Kasyaf.

Selama 4 tahun, Dhiya mendengar sahaja Medina ceritakan tentang hubungan cinta mereka yang diibaratkan merpati dua sejoli.

Tipu jika dia kata dia tidak terkesan. Kasyaf, lelaki yang dia juga suka.

Tapi demi Medina, Dhiya telankan semua itu. Kasih terhadap Medina melebihi kasih yang dizahirkan kepada Kasyaf. Dia redha, memang mungkin Kasyaf bukan miliknya.

Masih terngiang-ngiang lagi perbualannya dengan Medina lebih kurang 3 bulan yang lalu. Waktu itu Medina dalam minggu peperiksaan semester akhirnya. Suara Medina yang gembira yang membawa khabar gembira itu masih boleh diulang tayang.

"Dhiya, aku ada benda nak bagitahu kau." Muka Medina berseri terpancar di skrin komputer riba melalui Skype.

Waktu itu Dhiya sedang sedang mengemas buku yang selama ini dia gunakan mempelajari kursus perakaunan selama 6 tahun.

"Aku nak tunang!"

Buku teks tebal jatuh dari tangannya. Tubuh Dhiya kaku lalu dia lihat muka Medina yang gembira tapi tidak hati dia. Hatinya bagaikan dihempap dengan buku tebal tadi.

Dhiya angkat buku tadi lalu letakkan atas meja.

"Dengan siapa?" soalan bodoh apakah itu?

"Siapa lagi? Kasyaf lah!"

Tanpa sedar, Dhiya gigit hujung bibir, satu tabiat jika dia dalam gusar. "Tak awal sangat ke? Kau orang kan masih belajar." Waktu itu Medina dan Kasyaf sudah 3 tahun bersama.

"Awal? Tak ada lah. Aku dah 25 tahun dah, Dhiya. Lagi sebulan dah nak habis degree. Kasyaf pun tengah sambung master dekat sini." Dia jawab dan Dhiya hanya pandang skrin komputer riba.

"Ayah aku suruh kahwin, aku nanti nak sambung master dekat sini juga, jadi kalau aku kahwin dengan dia, ada orang jaga aku, ada orang jaga dia," sambungnya lagi dan Dhiya dengar.

Waktu itu memang harapan Dhiya punah. Walaupun dia tahu selama ini Kasyaf dan Medina dalam hubungan, perasaan kasih terhadap Kasyaf masih dia simpan dalam hati. Berharap akan tersemai dalam hati namun terpaksa dia kuburkan nanti.

Dhiya ukir senyuman. Cuba untuk terima suratan ini. Selama ini bukan dia tidak berusaha untuk melupakan Kasyaf. Sejak dia tahu Kasyaf suka Medina, Dhiya langsung tidak pernah menghubungi Kasyaf.

Apabila mereka pulang ke Malaysia, memang Dhiya akan elak untuk bertemu dengan Kasyaf. Kali terakhir dia jumpa di Kuala Lumpur sewaktu melawat Medina. Waktu itu tiada apa-apa hubungan lagi antara mereka.

Tapi Kasyaf waktu itu sudah lain. Seperti dia, Kasyaf juga mengelak darinya. Langsung tidak bertegur, langsung tidak bertukar pandangan.

Malam itu juga dia menangis mengadu pada Iman yang memang sudah tahu. Bukan hati tidak mahu menerima, cuma dia ingin menangisi penantian selama ini yang sememangnya Dhiya sudah tahu tidak akan membuahkan hasil.

Lamunan Dhiya terhenti. Kad undangan itu kembali dimasukkan ke dalam sampul. Dia menuju ke katil lalu baju kurung itu diambil.

Medina sendiri yang membeli kain ini dan sudah memberikan amaran supaya Dhiya hadir ke majlis perkahwinannya kerana sewaktu majlis pertunangannya, Dhiya tidak pergi.

Mengelak? Ya.

Dia masih belum mampu untuk terima sewaktu itu, sekarang perlahan-lahan dia sudah redha. Dia dan Kasyaf memang tiada jodoh.

Apa yangpenting sekarang ini, adalah kawan-kawannya untuk bahagia dan Dhiya mencapai cita-citayang diinginkan.

Apa yangpenting sekarang ini, adalah kawan-kawannya untuk bahagia dan Dhiya mencapai cita-citayang diinginkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now