"Eh eh, kenapa menangis ni? Jomlah kita main masak-masak kat dapur. Kat luar tengah hujan, mak tak kasi kita main masa hujan. "

Dia mengintai daripada lubang kecil itu, kelihatan kakak sepupunya menghampiri budak perempuan itu. Budak perempuan itu langsung tidak menceritakan hal yang telah terjadi sebaliknya mengelap airmata dan cuba untuk bangun. Kemudian budak perempuan itu menuruti langkah kakak sepupunya keluar. Dia hanya mampu memerhatikan sahaja walhal dalam hati, perasaan bersalah menebal dalam dirinya.

Selepas memastikan budak perempuan dan kakak sepupunya itu pergi, barulah dia keluar dari tempat persembunyiannya iaitu almari usang itu. Peristiwa tadi kembali berlegar-legar di kotak ingatannya. Kejamnya Iqram, bisik hati kecilnya.

"Din? Buat apa kat sini? Semua tengah main kat luar tu, pergilah join. Bukan selalu Din datang sini kan,"

Tegur Mak Langnya. Din menoleh ke arah Mak Lang yang berada muka pintu kemudian tersenyum.

"Yelah , Din nak keluar lah ni. Bye Mak Lang,"

**************

PERISTIWA pagi tadi acapkali menganggu fikiranku sehingga aku tak boleh melelapkan mata. Sepatutnya waktu seperti ini aku sudah tidur. Namun sesuatu mengganggu fikiranku.

Kenapa tiba-tiba Fareel menyentuh soal Iqram eh? Mujur semalam belum sempat aku menjawab , Abang Mukhriz telah menegur kami. Terus aku larikan diri daripada Fareel. Apa yang aku nak jawab kalau Fareel menanyakan siapa sebenarnya Iqram dalam hidupku? Takkan aku perlu berterus terang.

Namun kerana pandangan mata Fareel semalam, aku hampir lemah. Mujur keadaan diselamatkan oleh Abang Mukhriz.

Tiba-tiba kedengaran ibu terbatuk di sebelahku. Ibu yang tadi tidur kini sudah terjaga. Aku terus memandang ke arah ibu.

"Ibu nak air? Mayra pergi ambil kat dapur kejap eh?"

Ibu hanya mengangguk kemudian terbatuk lagi. Aku bingkas bangun kemudian menuju ke pintu. Sempat aku mengerling ke skrin telefon untuk melihat waktu. 12.30 tengah malam.

Aku melangkah keluar daripada bilik kemudian pergi ke dapur yang tidak jauh dari bilik ini. Segelas air suam aku bawa masuk ke dalam bilik untuk ibu minum.

"Kenapa kamu tak tidur lagi ni? "

Tanya ibu selepas meneguk air yang diberikan olehku.

"Tak boleh tidur, mungkin tempat baru jadi Mayra tak biasa lagi kot. "

"Jangan tidur lewat sangat, esok nak kerja kan. Anak dara bangun awal, lagi-lagi kita dah tinggal kat rumah orang ni. "

"Iye ibu, kejap lagi Mayra tidur. "

Tiba-tiba kedengaran guruh berdentum. Berderau terus darahku saat ini. Jantungku berdegup kencang.

"Eh hujan ke kat luar tu? "

"Baru nak hujan kot, bu. Err, Mayra hantar gelas ni kat luar sekejap. "

Aku mengambil gelas daripada ibu kemudian terus bergegas ke dapur.

Guhhguhhh.

Aku menelan air liur. Terus aku letakkan gelas di sebelah sinki. Sebenarnya aku sudah lama tidak ketakutan seperti dulu. Mungkin apabila meningkat dewasa, traumaku pada guruh dan hujan lebat makin pulih. Namun entah kenapa hari ini aku tak boleh mengawal perasaan. Sebelum ini adalah perubahan yang positif sedikit. Aku memegang dadaku yang terasa sesak tiba-tiba.

"Hei cepatlah! Jilat lagi! "

Suara remaja Iqram hadir di halwa telingaku.

"Kau diam, jangan bagitahu sesiapa pasal ni! "

"Hisap sampai aku puas!"

"Kau ni cantik sangatlah, sebab tu aku pilih kau untuk puaskan aku.. "

"Walaupun kau budak kecil, tapi aku tetap cintakan kau... "

Bertalu-talu suara itu menerjah di telingaku. Aku terus terduduk dan menekup telingaku. Kenapa tiba-tiba? Kenapa tiba-tiba saja?!

Suara Iqram yang mengucapkan kata-kata dusta dan hina itu kembali meresap di ingatan. Ditambah lagi dengan guruh yang semakin kuat dan bunyi hujan lebat di luar rumah.

"Kau lelaki tak guna Iqram... Kau memang tak guna, kau rosakkan masa silam aku..."

Aku merintih seorang diri. Apa salahku? Apa salah Mayra Adeena yang berumur 6 tahun sehingga dipaksa oleh lelaki untuk memuaskan nafsu jantannya? Di mana silapnya? Kenapa aku, Ya Allah? Di saat usiaku terlalu muda namun kau berikan aku kejadian seperti itu.

"Ma.. Mayra? "

Wajah Fareel muncul di hadapanku. Kenapa...kenapa wajah ini yang sering muncul saat aku ditimpa kesusahan yang berkaitan dengan Iqram? Kenapa mesti Fareel? Soalan ini cukup menyerabutkan fikiranku.

"Awak kenapa duduk seorang diri kat dapur? Awak okay tak ni?"

Fareel maju beberapa langkah untuk menghampiriku.

"Stop, jangan datang dekat. Sa..saya okay. Err.. Saya masuk bilik dulu."

Aku terus berjalan laju meninggalkan Fareel yang terpinga-pinga. Tombol pintu terus ku pulas. Aku lihat ibu sudah tertidur. Nafas lega terus aku lepaskan. Saat ini, aku tersandar di belakang pintu. Dugaan yang Tuhan berikan ini benar-benar menguji aku. Ya Allah, kau cekalkanlah hatiku.

********

FAREEL masih terkebil-kebil merenung siling. Matanya tidak mahu tertutup meskipun tubuhnya terasa penat. Dia asyik terfikirkan tentang Mayra. Sebenarnya, sudah lama dia perhatikan Mayra. Saat Mayra keluar dari bilik mengambil air sehinggalah Mayra keluar masuk daripada bilik itu.

"Kau lelaki tak guna Iqram... Kau memang tak guna, kau rosakkan masa silam aku..."

Kata-kata Mayra terngiang-ngiang di telinganya.

"Kenapa Mayra sebut nama Iqram? Dan Mayra label Iqram sebagai lelaki tak guna? Mayra pun kata Iqram rosakkan masa silam Mayra. Apa yang Iqram dah buat?"

Ujar Fareel seorang diri. Dia keliru. Dia perlu siasat tentang hal ini. Siapa sebenarnya Mayra dan siapa sebenarnya Iqram dalam hidup Mayra? Dia perlu cari tahu.

ASMARAWhere stories live. Discover now