Kepala yang gatal digaru sekejap. "Cerita lah dulu, mandi tu lepas ni."

Dhiya tersengih. Hanya dengan teringat akan hal yang terjadi antara dia dan lelaki itu sudah cukup membuatkan Dhiya gembira. "Dia lah lelaki itu."

"Lelaki apa?" Iman tidak faham.

"Lelaki yang akan membuatkan aku menjadi perempuan paling bahagia." Tersimpul malu Dhiya menjawab soalan itu.

Iman keliru tidak faham. "Apa kau ni? Tak faham lah."

Keluhan dihela. "Macam ni, aku terjumpa barang dia dekat depan rumah, masa dia cari tu aku pulangkan balik."

"Dah tu apa kaitan dengan angan-angan kau?"

"Haih, kau ni. Maksudnya dia lah lelaki yang aku cari selama ni?"

Tergelak kecil Iman mendengarkan jawapan Dhiya. "Dengan hanya kejadian macam tu? Nama dia apa?"

"Tak tahu."

Sekali lagi Iman mengeluh. "Nama pun tak tahu, macam mana kau nak dia bahagiakan kau?"

"Itu nanti lah dulu. Kita kayuh perlahan-lahan."

"Ikut kau lah eh." Iman bangun dari duduknya bersebelahan dengan Dhiya, berjalan menuju ke rak tuala. "Tapi kau lambat sangat mandi, aku mandi dulu." Usai menarik tuala, terus dia berlari ke bilik air sebelum digomol oleh Dhiya.

"Woi!" Dhiya hanya tersenyum melihat keletah Iman. Tadi dia juga yang sibuk menyuruhnya mandi.

Sementara menunggu Iman mandi, adalah lebih baik dia keluar mencari angin. Nanti kalau dia baring, takut tertidur dan tidak bangun pula.

Pintu dibuka, Dhiya mengatur langkah pergi ke balkoni. Walaupun jarum jam sudah menghampiri pukul 12 malam, dari jauh dia dapat melihat lampu di bahagian pantai masih terpasang.

Rambut yang separas dada dibiarkan untuk bertebangan. Senyuman timbul di wajahnya. Ya, dia tahu dia hanya berangan. Tapi tidak salah jika dia ingin berangan.

Tiada sebarang harapan diletakkan ke atas lelaki itu. Seperti yang mereka semua kata, itu hanya lah hanya angan-angannya.

"Hai."

Lamunan Dhiya terhenti apabila dirinya ditegur dari chalet sebelah. Kepala lelaki itu terkeluar dari balkoni untuk membolehkan mereka berdua bersekemuka. Senyuman manis menghiasi wajah itu.

Tubuh dia dikebelakangkan sedikit apabila terkejut menerima gerangan lelaki itu. Tidak menyangka dia akan ditegur olehnya.

"Hai." Senyuman tidak boleh disembunyikan.

"Saya sekali lagi nak ucapkan terima kasih sebab..." Kepala yang tidak gatal digaru. "...jumpa barang saya tadi."

"Sama-sama." Kali ini lesung pipitnya sudah timbul.

Sunyi untuk seketika. Lelaki itu pandang ke depan, Dhiya pula hanya pandang ke bawah.

"Saya Kasyaf." Tiba-tiba lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Tidak berkelip Dhiya memandang Kasyaf. Adakah ini langkah pertama lelaki itu? Masakan lelaki itu...? "Saya Nadhiya. Boleh panggil Dhiya." Dia rasa mukanya sudah merah membahang menahan malu.

Lengan Kasyaf bersilang pada balkoni. "Bercuti ke dekat sini? Berapa lama?" dia memulakan perbicaraan antara mereka.

"Haah, 4 hari 3 malam. Saja datang sebab ada kawan dia nak fly insyallah bulan depan ke Jerman. Jadi kitaorang saja nak celebrate." Dhiya juga turut membuka cerita.

"Really?" lelaki itu seolah-olah tidak percaya. "Under apa? Biasiswa ke?"

"Ya. Under JPA rasanya."

"Persediaan dekat mana dia? INTEC ke?" Kasyaf mula menunjukkan minat.

Dhiya pandang Kasyaf ragu-ragu. Mana dia tahu? "Kenapa?"

"Saya pun dulu belajar dekat situ. Sama macam kawan awak saya pun belajar dekat Jerman. Tapi saya dah second year."

"Seriously? What a coincidence. Dia sambung dekat Berlin Institute of Technology. Awak?"

Kasyaf tergelak kecil. "Sama." Kecil sungguh dunia. Tidak dia sangka mereka akan berjumpa di sini.

Tawa itu juga disambut oleh Dhiya. Kebetulan apakah ini? "Kawan saya tu nama Medina. Awak cam tak yang pakai tudung masa kitaorang makan tadi?" memang dalam kalangan mereka pun hanya Medina sahaja yang memakai tudung.

"Cam." Medina. Nama itu meniti di ingatannya. Cantik seperti pemilik nama.

Jarinya mengetuk balkoni kayu dengan teruja. Medina pasti gembira. Lagipun ada sesekali Medina meluahkan hanya dia dan seorang lagi lelaki yang memilih universiti. Jadi dia gusar jika mempunyai sebarang kesukaran, dia akan bersendirian.

"Awak dekat sini lama ke?" soalan awal tadi bertukar penjawab.

Dia menukar posisi. Kali ini badannya bersandar pada tiang tinggi balkoni. Tangannya bersilang pada tubuh menahan angin malam. "Sama, 4 hari 3 malam juga."

"Sorang je?"

Kepala diangguk. "Saya sentiasa solo."

Mukanya dilarikan dari dilihat oleh Kasyaf. Adakah itu sebuah petunjuk bawa lelaki itu tidak mempunyai sesiapa.

"Kalau saya nak kenalkan awak pada kawan-kawan saya esok boleh? Terutama sekali dekat Medina. Dia mesti happy kalau dia tahu senior ada dekat sini." Saja dia mencari akal untuk menjadi lebih rapat dengan Kasyaf.

"Boleh juga. Saya pun tak ada lah seorang dekat sini. Tapi saya rasa esok saya punya pakej ada pasal scuba dengan jet ski."

"Sama!" persamaan apa kah ini? Dhiya memang tidak boleh memikirkan kebetulan apakah yang sedang dia alami sekarang.

"Saya rasa kita ni pilih pakej sama ni." Dia tergelak kecil yang kemudiannya disambut oleh Dhiya.

"Dhiya! Oo Dhiya, aku dah siap mandi." Kedengaran suara Iman dari dalam mencari keberadaan Dhiya.

Kalut-kalut Dhiya memandang jam Casio di pergelangan tangan. Patutlah, sudah pukul 12.35 malam. "Eh, saya masuk dulu lah. Esok kita jumpa lagi." Segera Dhiya berlari ke pintu.

"Kau buat apa dekat luar?" tanya Iman sambil mengintai namun pandangannya segera ditutup oleh Dhiya. Tubuhnya kembali ditolak masuk ke dalam sebelum pintu dikunci.

Tuala diambil. "Tak ada apa. Saja cari angin sementara tunggu kau mandi." Diamemboloskan dirinya masuk ke dalam bilik air.

" Diamemboloskan dirinya masuk ke dalam bilik air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now