Aku bangun untuk menutup lampu kemudian terus bersiap sedia untuk tidur. Ah, 2 kali dia membuatkan aku rasa dia tu menjengkelkan. Tak guna, perasan apakah ini?

***************

AKU sedang mengemas mejaku yang agak berserabut. Hari minggu macamni memang duduk rumah saja. Lebih baik dimanfaatkan dengan mengemas bilik. Hew.

Tiba-tiba aku terpandang sebuah beg kertas yang berada di bawah meja. Aku mencapainya untuk melihat isi dalam beg kertas itu.

"Ah jaket ni. Entah bila aku nak pulangkan. "

Gumamku sendirian setelah melihat isinya. Jaket hijau tua milik Fareel. Peristiwa minggu lepas bermain di ingatanku. Dia tidak lagi menelefonku. Langsung tidak selepas dia telefon untuk menanyakan mengenai jaket hijaunya itu. Atau dia segan dan ingin aku juga yang memulakan? Ah , tidaklah. Aku tak pernah menganggap dia istimewa. Mungkin juga, tapi aku sendiri tidak pasti.

Aku memengambil jaket itu lalu digantungkan dengan hanger di dalam almari. Ketika aku sedang menyusun hanger-hanger yang lain, tiba-tiba sehelai baju terjatuh dari almari. Justeru, aku terus tunduk untuk mengutip baju itu.

Kemeja jenama Giordano berwarna Maroon. Ada kesan koyak di bahagian bahu.

Serta-merta terimbau kembali peristiwa beberapa bulan yang lepas. Di Petronas. Ah, kalau bukan sebab lelaki bangla itu cuba mengapa-apakan aku, mesti aku tak bertemu Fareel. Fareel yang baik hati namun agak direct orangnya. Tanpa kusedar, aku tersenyum mengenangkan segala peristiwa yang telah berlaku antara kami.

Tiba-tiba aku terdengar riuh rendah di tingkat bawah. Macam orang bergaduh aje. Terus aku bangun dan melangkah untuk keluar dari bilik.

Apabila sampai di tangga saja, aku lihat ibu, mak tiriku, Alissa dan Abang Mukhriz berada di ruang tamu. Abang Mukhriz dan mak tiriku sedang bertengkar. Wajah Abang Mukhriz kelihatan amat tegang sekali.

"Makcik dah ambil ayah saya, sekarang makcik nak rampas rumah ni pula? Makcik ni takda maruah ke? Letak kat lutut? Tak malu nak rampas hak orang lain? Berapa banyak lagi dosa yang makcik nak buat? "

Tegas suara Abang Mukhriz menjerkah mak tiriku, Makcik Ima.

"Kau jangan masuk campur boleh tak? Ini urusan mak aku dan madu dia! Bingit telinga aku dengar suara kau! "

"Eh budak. Kau jangan sampai aku hilang sabar dengan kau. Siapa yang datang rumah ni lepastu buat kecoh, nak merampas hak orang? Mak kau dengan kau. Sekarang kau nak aku suruh diam? Aku ke kau yang masuk campur sekarang ni? Umur baru setahun jagung tapi dah biadab macamni! "

Terketar-ketar Abang Mukhriz menahan marah. Aku menghampiri mereka kemudian mengajukan soalan.

"Hei, Mukhriz! Kau jangan nak tengking anak aku pulak. Aku yang biadap atau kau yang biadap? Aku yang mak dia pun tak pernah tengking dia, kau siapa nak buat macamtu hah?! "

Abang Mukhriz sudah mengangkat tangannya untuk dilayangkan ke muka Makcik Ima. Merah padam wajahnya saat itu. Aku terus berlari mendapat Abang Mukhriz.

"Sabar , abang. Ada apa ni? Kenapa makcik dengan Alissa datang rumah kami? "

"Aku nak kau orang keluar dari rumah ni. Aku dan keluarga aku akan tinggal kat sini. Hujung bulan ni jugak aku nak pastikan takkan ada satu pun bayang kau orang. So, abang kau ni Mayra. Emo sangat. Sampai nak tengking-tengking aku dengan anak aku pulak. "

Makcik Ima berpeluk tubuh sambil memberikan pandangan angkuh terhadap kami bertiga. Sombong, memang betul pun Abang Mukhriz kata Makcik Ima ni tak malu.

"Kalau akak dengan anak-anak akak keluar dari sini, akak nak tinggal mana? Kamu tak fikir pasal kami nanti? Lepas satu , satu masalah kamu buat. Tak cukup dulu kamu rampas kebahagiaan keluarga ni, sekarang kamu nak rampas tempat berteduh kami ni pula? Akak tak pernah sangka kamu macam ni, Ima. Dulu masa kamu jadi adik angkat akak, baik muka kamu di depan, setan kau kat belakang aku. Tiap hari datang rumah konon nak menolong aku memasak untuk meniaga. Rupa-rupanya kamu main mata dengan suami aku. Lepas ni apa lagi? Tak cukup lagi beban yang kamu nak tambah pada aku ni, Ima? "

Sendu suara ibu ketika itu. Aku memeluk bahunya. Aku tahu terlalu banyak beban yang dipikul oleh ibu. Ditambah lagi dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis yang dihadapinya. Sampaikan dia tak mampu lagi nak meneruskan perniagaan nasi campur yang dulu sangat maju.

"Kesimpulannya, kami takkan keluar dari sini. Pandai-pandailah makcik cari rumah lain. Apa makcik ingat keluarga kami ni orang suruhan makcik yang boleh diarah-arah? Lagi satu, makcik ni yang biadap atau abang saya? Kalau betul pun dia biadap, makcik tu pun sama biadap macam dia. Guna aku kau dengan ibu saya, yang jauh lebih tua dari makcik? Yang pernah makcik panggil kakak suatu masa dulu? Makcik, saya nak pesan ni. Jangan suka-suka tuding jari kat orang lain. Satu jari tuding ke orang lain, empat jari lagi tunjuk diri sendiri. "

"Sekarang makcik dah tahu jawapan kan? Nampak pintu tu? Silakan keluar. Jangan nak tambah lagilah macam-macam masalah. "

Abang Mukhriz kelihatan amat tertekan ketika itu. Wajah Makcik Ima dan Alissa juga sudah kelat. Jelingan tajam diberikan sebelum mereka melangkah pergi.

Memang gila perempuan tu. Dasar perampas.

********

#asmara

ASMARAWhere stories live. Discover now